Pemimpin utama dalam Pakatan Haprak tu hanya mempunyai 'mimpi' yang sama iaitu mahu menjatuhkan kerajaan dan perdana menteri, kata seorang penganalisis Politik Tempatan.
Namun menurut Dr Kamarul Zaman Yusoff, mereka sehingga kini gagal menyatakan pendirian secara jelas dalam membuat keputusan untuk negara sekiranya mereka mentadbir kelak memandangkan kesemuanya mempunyai 'mimpi' yang berbeza-beza.
"Parti-parti dalam PH ini sebenarnya tidak mempunyai matlamat yang sama dari segi perjuangan mereka untuk mentadbir negara, macam mana ingin mentadbir negara, siapa yang akan menjadi pemimpin utama dan benda-benda ini yang sampai sekarang pun belum dapat diputuskan dengan jelas.
"Contoh terbaru dalam isu pengharaman pesta arak, menampakkan bahawa parti-parti dalam Pakatan Harapan tidak mempunyai perjuangan yang sama," katanya kepada Antarapos.
Mengulas lanjut, Kamarul bersetuju dengan kenyataan YAB Perdana Menteri dan tidak menolak ke semua parti di dalam PH itu sememangnya mempunyai kepentingan dan agenda tersendiri.
"Ini orang tak panggil berkongsi mimpi yang sama tapi 'marrige of convinience' untuk kepentingan masing-masing. Macam tidur semalam sahaja, bila dah dapat keperluan masing-masing, ikut haluan masing-masinglah kemudiannya," ujarnya lagi.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa pemimpin utama pembangkang, Tun Dr Mahathir, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidur sebantal tetapi mempunyai ‘mimpi’ yang berbeza.
Justeru beliau mengingatkan rakyat agar berhati-hati dalam membuat pilihan berikutan Pakatan Harapan memiliki ideologi dan agenda yang berbeza sekali gus menyumbang kepada ketidakstabilan negara.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.