Ahad, September 24, 2017

Heh! Nampak sangat yang Si Nurul Izzah ni pun dah bankrap idea untuk dijadikan sebagai bahan modal Politik murahan dia. Maka sebab itulah dia dok sibuk ulang benda yang sama.

Dek kerana dia terlalu ketandusan idea untuk memburukkan pihak Kerajaan, maka sebab itu Si Nurul Izzah ni mengulangi dakwaan kononnya Kerajaan akan menaikkan cukai GST jika diberi mandat oleh rakyat.

Antara lain, Si Nurul Izzah ni mendakwa pihak Kerajaan dijangka akan menaikkan cukai GST sebanyak 10 peratus jika mereka terus diberi mandat kemenangan pada PRU yang akan datang.
"Jangan kata isu politik tidak ada kena mengena dengan wanita, bila masa kita ke pasar, harga barang melonjak naik, siapa yang harus dipersalahkan tentulah pimpinan politik dalam negara yang memutuskan memperkenalkan GST, sekarang baru 6 peratus, tunggulah... bagi Najib menang lagi, nanti naik sehingga 10 peratus.
"Ramai wanita bertanya, apa kesan rasuah kerana tiada kena mengena dengan saya (wanita), tetapi bila wang yang sepatutnya dilaburkan dalam 1MDB tiada kesan kerana saya masih dapat BR1M, kerana RM41 billion itu adalah sama dengan kutipan GST, kalau tiada skandal, kita tak perlu sibuk dibebankan dengan cukai ini, biasiswa dipotong, sebab itu kita perlu lawan.
"Kita nak bercakap ini bukan seolah-olah semua nak cuba provikasi dan nak bagi orang benci kerajaan tetapi memang kerajaan memang silap, kena bencilah, bisalah takkan semua nak kena menang sentiasa," katanya.
Tapi realitinya, yang paling benci dengan perlaksanaan cukai GST ni adalah dikalangan pemborong - pemborong yang tak bertanggungjawab menaikkan harga barang sesuka hati mereka.

Diorang selama hari ini bebas melarikan diri dari membayar cukai perniagaan dan pendapatan melalui sistem cukai yang lama. Tapi dengan GST, diorang tak boleh nak menipu.

Dan tambah menghairankan, Si Nurul Izzah tu tak sebut pulak isu pasal pelaksanaan cukai GST tu sekiranya puak Pakatan Haprak memerintah. Perkara itu pernah disebut oleh Tun Mahathir.

Dalam erti kata lainnya, Si Nurul Izzah tu cuba nak memburukkan pihak Kerajaan sedangkan dalam masa yang sama, diorang pun mengakui bahawa cukai GST tu menambah pendapatan Negara dan hasil cukai itu digunakan untuk keperluaan rakyat!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping