Isnin, September 25, 2017

Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi menyelar kenyataan Menteri Besar, Azmin Ali berhubung penganjuran pesta arak Better Beer Festival 2017 yang mencetuskan kontroversi pada ketika ini. 
“Satu persoalan yang saya nak bangkitkan, arak ini agama siapa atau milik kaum mana? Kalau nak kata hormati agama dan kaum lain, buktikan arak ini milik siapa.
“Kristian, Buddha dan apatah lagi Islam semuanya menolak arak. Kita tidak halang kaum lain untuk minum arak tetapi jangan buat pesta kerana ia mencabar dan tidak menghormati agama lain,” katanya yang dipetik akhbar Utusan Malaysia hari ini.
Sallehen mengulas Azmin semalam yang berkata, meskipun kerajaan negeri menghormati hak kaum dan agama lain, penganjur pesta arak tertakluk kepada peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT) jika mahu mengadakan di negeri itu.

Azmin bagaimanapun berkata, dirinya tidak pasti sama ada penganjur ada membuat permohonan di peringkat majlis tempatan kerana ia tidak sampai di peringkat negeri.

Sehubungan itu Sallehen yang juga ADUN Sabak berkata, PAS akan cuba sedaya upaya menghalang pesta arak berkenaan jika penganjurnya cuba memindahkan acara tahunan itu ke Selangor berikutan keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menolak permohonan permit penganjurannya atas sebab keselamatan.

Menurut Sallehen, acara itu jelas tidak menghormati sensitiviti agama selain mencabar keharmonian hidup beragama.

Pada Jumaat lalu, gabungan 25 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Selangor mengadakan himpunan aman di hadapan Masjid Negeri di sini bagi memohon campur tangan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sekiranya terdapat cadangan pesta arak dianjurkan di negeri itu.
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. Halang apa cara sekalipun. Pesta arak ini boleh dieksploit dan disabotaj, seolah olah pihak yg menentang melakukan tindakan berkenaan demi meraih political mileage khususnya parti politik yg menyokong pesta tidak bermoral ini. Tujuan mereka hanya untuk mencabar umat islam di malaysua.

    BalasPadam
  2. Jgn tunduk kpd desakan mereka yg cuba cabar keharmonian Islam dn agama lain.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping