Isnin, September 25, 2017

Hahaha!!! Banyak la akal Si Rafizi tu cuba nak tutup kemaluan diri dia yang sudah terdedah kepada umum apabila iklan penyata kebankrapan dia mula tersebar dalam laman media sosial semalam.

Antara lain, Si Rafizi tu mendakwa kononnya iklan penyata itu sengaja dibuat untuk memalukan diri dia secara terbuka dan ianya merupakan satu tindakan terdesak pihak yang melakukannya.
“Saya tidaklah terkejut, malah bersimpati dengan beliau kerana pada umur sedemikian beliau nampak terlalu terikut-ikut dengan perasaan marah dan dendam atas apa yang berlaku ke atas NFC yang mengheret keluarga beliau," katanya menerusi kenyataan dikeluarkan hari ini.
Sedangkan Si Rafizi tu selama hari telah membogelkan dirinya sendiri. Ibarat macam orang terlupa pakai kain keluar rumah. Kot macam mana sekali pun, dia tetap akan kata dia pakai kain tu.

Realitinya, Si Rafizi tu sejak mula lagi dah memalukan dirinya apabila dia GAGAL dalam kes saman yang difailkan oleh Pengerusi NFCorp Sdn Bhd ekoran fitnah yang telah dilakukannya.

Dan dalam masa yang sama, keangkuhan yang dipamerkan oleh Si Rafizi tu sendiri sebelum ini yang telah memakan dirinya. Dia juga yang berlagak mendakwa kononnya ramai orang bantun dia.

Maka sebab itu dia buat kenyataan media mendakwa kononnya dia berjaya kutip derma sebanyak RM 1.5juta daripada penganut - penganut Pakatan walhal dia cuma nak guna RM300 ribu je.

Dan hakikatnya, kutipan derma yang berjaya dikutip oleh Si Rafizi tu kini menjadi persoalan. Betul ke dia dapat kutip duit sebanyak itu? ATAU, adakah itu juga salah satu taktik pembohongan dia?

Sebab bukan hari ini rakyat kenal dengan Si Rafizi ni. Malah dikalangan pemimpin dalam PKR tu sendiri pun tak berapa percaya dengan dia. Bukan ke Si Tipah Koyak tu sendiri pernah cakap, Si Rafizi ni kutip duit sampai berjuta tapi yuran peguam seposen pun dia tak bayar!!!
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping