Khamis, September 28, 2017

Disebalik ancaman dan ugutan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor yang mahu mengambil tindakan saman terhadap Utusan, lain pulak dengan apa yang didedahkan PAS semalam.

Jika sebelum ini, Si Menteri Besar Selangor tu mendakwa tajuk berita yang disiarkan melalui akhbar tersebut cuba memberikan gambaran buruk terhadap Rejim Pakatan pimpinannya.

Tapi kalau baca kenyataan yang dibuat oleh PAS ini, lain pulak ceritanya. PAS mendakwa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah menerima permohonan dari pihak penganjur pesta tersebut.

Dan apa lebih memeranjatkan ialah apabila Ahli Parlimen PAS merangkap Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS mendakwa perkara itu telah disahkan sendiri oleh pihak MBPJ.
“Kita dimaklumkan permohonan itu belum lengkap dari segi prosedur…antara prosedur yang diperlukan melibatkan kelulusan pihak polis dan kastam,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di MBPJ.
“Yang di Selangor mereka hendak adakan di One Utama pada Oktober nanti dibuat selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan permohonan,” tambahnya.
Pemimpin PAS Pusat itu telah mengadakan perjumpaan selama 30 minit bersama dengan pihak MBPJ yang turut dihadiri oleh kepimpinan PAS Selangor bagi menyatakan bantahan rasmi.

Kalau dilihat dari satu sudut, dakwaan yang dibuat oleh pemimpin PAS itu seolah - olah membuktikan bahawa Rejim Pakatan Selangor pimpinan Si Azmin Ali tu cuba meluluskan pesta tersebut secara tersembunyi.

Sebagai rekod, Rejim Pakatan Selangor sebelum ini pernah meluluskan pesta seperti itu pada tahun 2014 yang turut dihadiri pemimpin PKR serta DAPigs dan disokong pula oleh pemimpin PAN.

Bahkan, lokasi penganjuran pesta itu kali ini juga didakwa bakal diadakan ditempat yang sama seperti yang telah diadakan sebelum ini.

Maka, secara tidak lansung, tidak mustahil kali ini perkara yang sama juga akan berulang sekiranya ia tidak didedahkan kepada umum. Mungkin Rejim Pakatan pimpinan Si Azmin tu fikir mereka boleh menipu rakyat dengan cara sembunyi - sembunyi!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping