Khamis, September 28, 2017

Tidak menghairankan apabila bekas Perdana Menteri Malaysia ini masih lagi menyimpan pandangan skeptikal terhadap parti yang ditubuhkan semata - mata untuk menentang pentadbirannya sebelum ini.

Hakikatnya, Tun Mahathir masih lagi tidak yakin dengan komitmen yang diberikan PKR bagi menghadapi Pilihan Raya Umum kelak memandangkan parti itu masih cenderung dengan PAS.

Rasa tidak yakin itu timbul sewaktu Ketua Umum PKR sebelum ini mengeluarkan kenyataan menyokong usaha partinya untuk terus berunding dengan PAS berhubung isu kerjasama tersebut.

Jika sebelum ini, Tun Mahathir pernah mendakwa bahawa Pakatan Haprak pimpinannya itu masih menghadapi masalah dengan pendirian PKR yang mahu mewujudkan kerjasama Politik dengan PAS.

Tun Mahathir tetap menegaskan bahawa Pakatan yang berada dibawah pimpinannya tidak akan menerima penyertaan PAS dan bersedia untuk menghentikan sebarang rundingan dengan parti itu.

Alasan Tun Mahathir, sekiranya PAS kembali menyertai Pakatan, bermakna gabungan pembangkang itu akan terdiri daripada lima buah parti dan sudah pasti mereka akan berebut kerusi.
"Kami menghadapi sedikit masalah dengan PKR kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim secara terbuka mengatakan mereka harus terus bercakap dengan PAS,
“Sebagai satu gabungan, kami sudah putuskan tidak lagi berurusan dengan PAS. Tidak mungkin kami akan menerima PAS dalam pakatan ini. Kenyataan Anwar mahu cuba berbincang dengan kawan lama. Kami akan hentikannya,” katanya.
Walaubagaimana pun, beberapa pemimpin PKR sebelum ini akur dengan keputusan yang dibuat oleh Tun Mahathir itu dan mendesak agar rundingan dengan PAS itu dihentikan serta merta.

Namun, jika dilihat secara dasar, adalah tidak mustahil sekiranya pandangan skeptikal Tun Mahathir terhadap keakuran PKR berhubung pendirian Pakatan itu masih kekal sehingga ke hari ini.

Apa yang jelas, kenyataan yang dibuat oleh Tun Mahathir itu membuktikan bahawa dia lebih mengutamakan soal peluang untuk partinya sendiri, PPBM bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang daripada nak menjaga kepentingan rakyat!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Tak usah layan org tua yg ada kepentingan diri nak berkuasa.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping