Sabtu, September 23, 2017

Ada usaha untuk membawa pesta arak ke Selangor selepas cadangan itu ditolak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), tegas Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim.
"Kita agak terkilan, selepas DBKL membatalkan mereka menempelak pihak DBKL bahawasanya DBKL cuba menjadi 'jaguh agama apabila bertindak membatalkannya pesta itu. Jadi mereka kata kalau tak jadi di Wilayah maka mereka akan pindah di Selangor," katanya.
Kenyataan itu dibuat ketika memberikan ucapan dalam perhimpunan lebih 10 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membantah penganjuran Better Beer Festival 2017 di Selangor.

18 September lalu, DBKL telah menolak permohonan permit Mybeer (M) Sdn Bhd bagi penganjuran pesta tersebut atas sebab keselamatan dan bercanggah dengan enakmen undang - undang kecil DBKL.

Pesta berkenaan sepatutnya diadakan dari 6 hingga 7 Okt di pusat beli-belah Publika, Kuala Lumpur, dengan menampilkan 250 jenama arak yang berbeza daripada 43 kilang arak dari seluruh dunia.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan NGO Selangor, Nazilah Idris menberitahu pihaknya sudahpun menghantar memorandum kepada Sultan Selangor agar masuk campur sekali gus menghalang penganjuran pesat tersebut di negeri itu.
"Kami turut menghantar memorandum kepada Sultan Selangor. Kami merafak sembah supaya Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh campur tangan sekiranya pihak penganjur ini masih berdegil untuk melaksanakan pesta arak di negeri Selangor," katanya.
Ujarnya lagi pihaknya bimbang jika pesta itu benar-bernar dibawa ke Selangor sementelah seorang Exconya yang juga Naib Pengerusi DAPigs Selangor yang menyatakan sokongan terbuka kepada acara itu.

Teng juga dilaporkan turut mengkritik PAS yang membuat bantahan sebelum ini atas alasan Malaysia sebuah negara majmuk dan bukan hanya orang daripada parti itu sahaja yang tinggal di negara ini.
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Ayuh semua kita ramai2 pakat boikot kedai yg ada jual arak spt giant, seven eleven dsb. Anda mempunyai kuasa beli dan mampu mengubahnya...

    BalasPadam
  2. Negara majmuk bukan alasan nak buat pesta arak. Kita mahu negara majmuk yg harmoni bukan majmuk yg mabuk.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping