Ini baru real! Kalau sebelum ini, Si Rafizi tu seringkali tampil dengan idea basi untuk dijadikan bahan jajaan Politiknya kerana dia sudah 'Bankrap Idea' untuk memburukkan orang lain.
Namun sejak semalam mula tersebarnya satu penyata "KEBANKRAPAN" yang dikeluarkan oleh mahkamah tinggi Shah Alam terhadap Si Rafizi Ramli tu menjadi tular dilaman media sosial.
Penyata mahkamah itu dikeluarkan ekoran kes saman fitnah yang dilakukan oleh Si Rafizi terhadap Pengerusi NFCorp sebagai Ex-Parte bersama - sama dengan syarikat NFCorp Sdn Bhd.
Dalam penyataan itu, Si Rafizi didakwa sebagai Penghutang Penghakiman atau Pemiutang sebanyak RM 306,999.17 setakat 13 Julai 2017 dan penyata itu perlu dihantar kepada Si Rafizi.
Bagi sesetengah pihak, sudah pasti penyataan kehakiman itu boleh dianggap sebagai senjata untuk terus menggugat kedudukan Si Rafizi tu secara terbuka. Nak pulak bagi musuh - musuh Politiknya.
TAPI, kita bukan bercakap pasal musuh Politik yang bertentangan dengan Si Rafizi tu. Kita bukan bercerita pasal Barisan Nasional. Sebaliknya, Musuh Politik yang ada didalam parti Si Rafizi tu sendiri.
Jika sebelum ini, Si Rafizi tu teruk kena belasah dengan kartel - kartel Azmin Ali yang membuat dakwaan serta tuduhan terbuka terhadap yang menganggap dirinya "Pakar Strategi PKR" itu.
Diantara yang paling terbuka mengutuk Si Rafizi tu ialah Tipah Koyak yang menggelarkan Si Rafizi sebagai "Barah" dalam PKR dan turut dilabelkan dengan gelaran "Ponorogo" yang dikaitkan dengan pemimpin UMNO.
Maka tak mustahil sekiranya isu berkaitan dengan status bankrap Si Rafizi ini akan menjadi bahan gelak ketawa dan lawak jenaka pejuang Liberalis seperti Si Tipah Koyak yang memang secara terbuka membenci Anak Buah Kesayangan Wan Azizah tu!!!
Akibat fitnah akhirnya diri sndiri yg susah.
BalasPadam