Sabtu, September 23, 2017

Netizen terumatanya rakyat Selangor membanjiri akaun FB rasmi Azmin Ali dengan komen berbaur kritikan dan sindirian selepas Menteri Besar dari PKR itu berkunjung ke China untuk menarik pelaburan ke negeri ini.

Rakyat bukanlah marah dengan usaha Azmin memajukan negeri ini tetapi kecewa dan menyampah terhadap sikap para pemimpin Pakatan Harapan yang tak ubah seperti talam dua muka.

Apa tidaknya, ketika Najib Razak membawa lebih RM300 bilion pelaburan asing ke negara ini, mereka melontarkan pelbagai tohmahan ke atas sosok Perdana Menteri Malaysia itu seperti menggadai maruah negara dan menjual kedaulatan tanah air.

Azmin Ali juga dikatakan turut tidak terkecuali mengkritik usaha yang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri itu. Semua bentuk makian dan cacian dihamburkan terhadap YAB Perdana Menteri. 

Malah Si Azmin Ali tu katanya pernah mendakwa Najib Razak adalah "Perdana Menteri paling bodoh!" ketika berucap dalam satu majlis baru-baru ini selepas China bersetuju melabur dalam projek ECRL.

Bahkan, Azmin juga tidak bersura malah seolah - olah menyokong kenyataan penganut - penganut Pakatan yang mendakwa kononnya YAB Perdana Menteri "Sembah Kaki" China.

Malangnya, inilah standard seorang Menteri Besar kesayangan penganut Pakatan Selangor ketika ini. Sekarang, siapa yang BODOH? Siapa yang cuba menjual kedaulatan kepada Negara China?

Justeru, jika kita memakai logik yang sama, maka boleh juga disimpulkan bahawa Azmin Ali ialah Menteri Besar paling bodoh dalam sejarah Selangor kerana mahu menjual negeri ini kepada orang China.

Sekarang, anda dipersilakan meludah ke muka Azmin dan muka anda sendiri kerana kebodohan anda menyebabkan Selangor bakal tergadai sepenuhnya.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Huih dasyatnya hang Semuthitam80 , ingatlah, kita dah tercirit birit tapi masih berdegil kata sihat senantiasa. Siapa kita di sisi Allah? Ada akal dan boleh berfikir TAPI blogger macam kamu bebal dan tak mahu berfikir secara rasional...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pulak dah. Maknanya, masa Najib buat pelaburan dengan China dulu tuan Tanpa Nama 8:19PTG pun bebal dan tak mahu berfikir secara rasional jugak la ya. Hahaha!!!

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping