Jangan la pelik sangat bila Si Tian Chuak tu dakwa dia lebih rela masuk penjara dari meneruskan rayuannya dimahkamah hari ini. Takde benda yang boleh dibanggakan sangat bila dia terima hukuman tersebut.
Lain la kalau Si Tian Chuak tu masuk penjara kerana dituduh membela kepentingan rakyat. Kalau itu sebabnya, boleh juga puak Pakatan Haprak tu nak merasa bangga dengan tindakannya.
Tapi malangnya, Si Tian Chuak tu rela masuk penjara diatas kesalahan yang dia lakukan diatas kebodohan dirinya sendiri. Bukannya sebab dia nak membela nasib rakyat sangat pun.
Tambahan pulak, Si Tian Chuak tu masuk penjara pun tak lama. Dia hanya dijatuhkan hukuman penjara selama SEBULAN kerana didakwa meroyan dalam kawasan Pulapol lima tahun lalu.
Hukuman itu berkuatkuasa selepas dia menarik balik rayuan akhirnya di Mahkamah Rayuan atas kesalahan tidak mematuhi perintah Polis selepas ditahan kerana menghadiri Perhimpunan Bershit.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Mohtaruddin Baki menetapkan demikian selepas Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 54, selesai membacakan kenyataannya dari kandang pesalah.
Mahkamah Rayuan hari ini sepatutnya mendengar rayuan Tian Chua terhadap sabitan dan hukuman penjara sebulan serta denda RM1,000 setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen pada 23 Januari 2014.
SEBULAN je dia kena penjara? Cuba kalau dia kena SETAHUN. Nak tengok dia sanggup ke tidak masuk penjara. Kalau setakat sebulan ini, Si Tian Chuak tu tak hilang kelayakan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang!!!
Digigitnya tangan polis...
BalasPadam