Itulah tahap kebijaksanaan yang dimiliki oleh seorang yang digelarkan sebagai 'Pendebat Terhebat' dalam PPBM. Kalau nak dibandingkan dengan Rafizi, Si Budak Hingusan ni lebih hebat.
Setidak - tidaknya, Si Rafizi tu tidak mengakibatkan orang lain turut diheret ke mahkamah ekoran fitnah yang dilakukan. Tapi, dek kerana kebijaksanaan Si Budak Hingusan ni, habis semua orang terjebak.
Akibat terlalu nak tunjuk hebat dengan bermain Politik Murahan menyebabkan bukan sahaja Si Budak Hingusan tu menghadapi saman fitnah, tetapi pemimpin lain dalam PPBM tu sendiri.
Alasannya, pemimpin PPBM seperti Muhyiddin Yassin selaku Presiden parti hanya sekadar menjadi Tunggul Batu bila Si Budak Hingusan tu buat pendedahan terhadap bekas pemimpin parti itu.
Tambah memburukkan keadaan, Si Budak Hingusan tu juga sehingga ke hari ini masih lagi belum membuat sebarang laporan kepada pihak SPRM berhubung dakwaan yang telah didedahkan.
Soalnya, kenapa baru hari ini dia nak membuat pendedahan tersebut sedangkan dia kata dia mengetahui mengenai hal itu sejak akhir tahun lepas? Kenapa baru sekarang dia nak merenggek?
Itu menunjukkan yang Si Budak Hingusan tu hanya sekadar mencari Publisiti Murahan dan menagih simpati dari kalangan rakyat semata - mata. Bukannya sebab dia nak tegakkan kebenaran.
Maka tak hairan la Si Budak Hingusan tu sanggup mengulangi skrip Tun Mahathir dengan mengadakan sidang media sambil menitiskan air mata secara terbuka sewaktu buat pendedahan.
Sekarang, dek kerana sifat kebudak - budakkan yang ditonjolkan oleh Si Budak Hingusan itu sendiri membuatkan integriti PPBM tercalar. Habis semua pemimpin dalam parti itu hilang kemaluan. Jangan lepas ni dia nak salahkan UMNO atau Barisan Nasional pulak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.