Jumaat, Oktober 13, 2017

Jangan pelik sangat la dengan Si Rafizi ni bila dia buat dakwaan separuh masak terhadap mana - mana agensi yang ada kaitan dengan Kerajaan. Ini bukan kali pertama dia buat kerja macam tu.

Sedangkan dulu pun, dia pernah serang Tabung Haji dengan taktik yang sama sehingga menyebabkan ramai pengikut - pengikut taksub Pakatan Haprak tu hilang peluang nak menunaikan Haji.

Dan kali ini, perkara yang sama jugak cuba dipertikaikan terhadap Felda yang diterajui oleh Tan Sri Shahir Abdul Samad dengan dakwaan kononnya agensi itu sedang mengalami kerugian.

Selaku Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyifatkan Si Rafizi Ramli sebagai akauntan setengah masak kerana tidak mendedahkan semua butiran tentang dakwaannya berhubung perbelanjaan misteri operasi Grand Plaza Serviced Apartments sebanyak RM80 juta.

Menurutnya, dakwaan tersebut adalah tidak berasas kerana komponen utama administrative expenses FIC Grand Plaza Ltd yang dirujuk oleh Rafizi adalah bayaran kadar pajakan tahunan.
“Kadar pajakan ini merupakan bayaran sewa yang perlu dibuat oleh FIC Grand Plaza Ltd, syarikat yang menguruskan perniagaan bagi pihak syarikat induk, iaitu, FIC UK Properties Sdn Bhd.
“Ini jelas dinyatakan di dalam Detailed Income Statement yang merupakan sebahagian daripada penyata kewangan FIC Grand Plaza.
“Dia (Rafizi) hanya tunjuk muka depan suruh kita keliru.  Memang fesyen akauntan setengah masak atau half baked accountant. Macam itulah, dia hanya tunjuk separuh dan tak tunjuk separuh lagi (penyata).
“Kalau orang baca (nampak macam dia) hebat,  dia pergi sampai London.  Dia suka buat kenyataan yang seksi dan menarik, misteri RM80 juta itu adakah (bermakna) duit tersebut diseleweng?,” kata Shahrir.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahli Parlimen PKR Pandan itu berhubung laporan penilaian keberuntungan Grand Plaza SA yang dibuat oleh ejen hartanah yang dilantik Felda iaitu CBRE.

Shahrir menjelaskan Grand Plaza mahu dijual kerana pengurusan dan pemilikan hotel bukan ‘core bussiness’ atsu teras FELDA.
“Lagipun, perniagaan ini merugikan, jadi lebih baik jual dan hasilnya digunakan untuk faedah peneroka  iaitu ‘core business’ FELDA sesuai dengan hasrat kita ‘balik asal’,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, Shahrir berkata serangan Rafizi terhadap FELDA kerana Naib Presiden PKR itu mula menghidu kejayaan kepimpinan hari ini untuk membaik pulih insitusi tersebut.
Categories:

5 ulasan:

  1. Rapiji tu tak takut ke dosa buat fitnah..bukan satu bukan dua tapi bersyusun syusun.

    BalasPadam
  2. 1 juta..1 juta...

    BalasPadam
  3. Respect lah si Shahril...buktikan dengan membuat hebahan keseluruh media arus perdana biar si kaki fitnah ini tersungkur. Nak lagi saman biar terberak.

    BalasPadam
  4. Terbaik Tan Sri Shahrir!.. Rafizi memang akauntan yang pandai.. MENIPU!

    BalasPadam
  5. Ermmmm....yg pelik geran hotel bukan milik fic tapi dimiliki oleh Sapa ntah...Dan didaftar di virgin island kaau x silap seperti dakwa rafizi...yg jadi mushkil org cam aku Ni..adalah dh tentu geran hotel bukan atas nama fic...tapi nk jual...dh tu x Tau sapa Punya penama...ajaib sungguh Malaysia Negara ku....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping