Selasa, Oktober 03, 2017

Hah! Agak lama juga tak dengar nama Si Mahfuz Bean ni muncul menjadi bahan bualan dikalangan pengguna laman media sosial. Mungkin sebab dia dah tak laku dalam arus Politik semasa kot.

Tapi, apa yang berlaku semalam mengimbau kembali kenangan kita kepada apa yang pernah dilakukan oleh Si Mahfuz Bean tu sebelum ini. Cuma kali ini ianya dilakukan dengan lebih hebat.

Kalau dulu, Si Mahfuz Bean tu pernah juga memalukan dirinya secara terbuka dihadapan wartawan dalam satu sidang media yang diadakan berhubung isu kes pembunuhan Altantuya.

Pada ketika itu, Si Mahfuz Bean tu mendakwa dia boleh membuat panggilan kepada Koperal Sirul yang mencari suaka politik di Australia. Namun malangnya, panggilan yang dibuat GAGAL dihubungi.

Maka mula la Si Mahfuz Bean tu menggelupor memberikan alasan untuk menutup kemaluan dirinya dengan mendakwa kononnya panggilan yang dia buat telah disekat oleh pihak tertentu.

Tapi, itu yang dibuat oleh Si Mahfuz Bean. Yang berlaku semalam lagi menarik. Seorang Budak Hingusan yang baru setahun jagung melangkah kaki dalam arena Politik kantoi memalukan dirinya sendiri.

Dia yang pada mulanya mendakwa kononnya ada orang menawarkan wang sogokan sebanyak RM 5 juta untuk dia keluar dari PPBM akhirnya hanya menjadi bahan lawak jenaka.

Nak pulak bagi wartawan yang hadir dalam sidang media tersebut. Mereka akhirnya pulang dengan penuh rasa kecewa kerana banyak soalan yang diajukan tidak dijawab. Semuanya kena tunggu belaka.

Diantaranya, Si Budak Hingusan tu GAGAL menjawab persoalan dari kalangan wartawan yang bertanya, siapa yang bodoh sangat cuba memberikan sogokan kepada dia sebanyak RM 5 juta tu? 

Katanya, Si Budak Hingusan tu hanya sekadar menjawab yang dia akan mendedahkan perkara tersebut selepas berbincang dengan peguam. Kalau itu jawapannya, buat apa dia buat sidang media?

Sepatutnya, kalau semua persoalan yang diajukan perlu mendapatkan restu daripada peguam, Si Budak Hingusan tu perlu tampil dengan mereka. Bukan buat sidang media secara berseorangan.

Maka secara kesimpulannya, sidang media yang dibuat oleh Si Budak Hingusan tu semalam hanya sekadar menghabiskan masa sahaja. Malah ada dikalangan wartawan yang hadir berpendapat, sidang media itu mampu mengalahkan sidang media yang dibuat oleh Si Mahfuz Bean tu sebelum ini!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping