Rabu, Oktober 04, 2017

Hahaha!!! Nampak gayanya, Exco Rejim Pakatan Selangor pimpinan Si Azmin Ali tu terpaksa menanggung kemaluan yang cukup besar akibat dimalukan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Ianya ekoran penafian pihak berkuasa tempatan (PBT) itu yang menyatakan bahawa mreka tidak mengeluarkan permit kepada mana - mana pihak untuk menganjurkan pesta arak seperti yang didakwa.

Sebelum ini, Exco Rejim Selangor, Teng Chang Khim mendakwa, penganjur pesta arak di Selangor itu tetap akan meneruskan acara tersebut kerana sudah mendapatkan permit sementara.

Malah, kata pemimpin DAPigs itu, pihak penganjur bagi pesta tersebut telah mendapatkan permit bagi mengadakan acara itu dengan bayaran sebanyak RM 400 kepada pihak MPK.


Namun, dakwaan yang dibuat oleh Exco Rejim Selangor itu telah dinafikan oleh Yang DiPertua Majlis Perbandaran Klang dalam satu kenyataan media yang turut disiarkan hari ini.

Katanya, tiada sebarang permit dikeluarkan oleh pihak MPK kepada pihak penganjur Centro Properties Group Sdn. Bhd. bagi membenarkan mereka untuk mengadakan pesta tersebut.

Katanya, antara syarat pengeluaran permit penganjuran pesta Centro Mall German Food & Beverages Festival pada 12 dan 13 Oktober ini, adalah pihak penganjur diwajibkan mendapat penilaian serta kelulusan daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlebih dahulu. 
“Bagaimanapun, pihak penganjur tidak mendapat kelulusan daripada pihak PDRM. Oleh itu kita (MPK) tidak boleh mengeluarkan apa-apa permit kerana penganjur tidak memenuhi syarat yang ditetapkan,” katanya yang dipetik Utusan Malaysia. 
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menegaskan tidak membenarkan penganjuran Centro Mall German Food & Beverages Festival ekoran wujudnya ancaman militan berkaitan dengan acara tersebut.

Yang herannya, kenapa sibuk sangat DAPigs nak buat "Pesta Arak" ni? Tak cukup ke mereka sekadar minum arak dipremis yang sedia ada? Kot kalau diorang nak bantu rakyat secara berjemaah, tahan jugak. Ini setakat nak mabuk tak tentu arah, baik tak payah!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Jgn biarkan pesta maksiat berleluasa

    BalasPadam
  2. Sekadar nak timbul kebencian terhadap kaum melayu dan umat islam. Ini tidak menghairankan. Ini juga ujian kepada pak-pak ustaz branded PAS di mana mereka dalam melawan kemungkaran. Selama asyik berkokok kuat di masjid2 dan surau2? Bila gang sendiri dalam kerajaan buat mungkar, boleh ke melawan?

    BalasPadam
  3. Allah hendak tunjuk pemimpin ph terdiri dari pak sanggop kpd dapig!! jadi faham2le kita rakyat marhaen benam juak2 liberal dan Anti Islam dlm kertas undi..sama spt 2004 PRU11 cantik!!!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping