Isnin, Oktober 09, 2017

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menganggap pertembungan 3 penjuru pada Pilihan Raya Uum ke-14 (PRU-14) di Kelantan sebagai satu perkembangan yang baik.

Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu juga berkata persaingan 3 penjuru akan membolehkan pengundi di Kelantan memilih wakil rakyat daripada parti yang boleh membantu mereka.

Dipetik BH Online, Tengku Razaleigh yakin rakyat Kelantan akan menolak parti lain termasuk PAS yang tidak membawa perubahan terhadap taraf hidup rakyat walaupun sudah lama memerintah.
“Rakyat Kelantan mungkin beralih sokongan kepada Umno yang bersedia membawa perubahan,” kata beliau selepas merasmikan Himpunan Usahawan Amanah Iktiar Malaysia (AIM) Parlimen Gua Musang di Bukit Chekati di Gua Musang, hari ini.
Ketika diminta mengulas kemungkinan kerjasama di antara Umno dan PAS, Tengku Razaleigh berkata, setakat ini belum ada cadangan bagi tujuan itu dan peringkat bawahan Umno juga mungkin menolak kerjasama terbabit.
“Tak ada cadangan nak bergabung dengan PAS. Saya juga tak fikir peringkat bawahan bersetuju berbuat demikian,” katanya.
Dalam masa yang sama, Ku Li juga tidak mahu ‘pisang berbuah 2 kali’ sekiranya hubungan kerjasama Politik diwujudkan di antara UMNO dan PAS di Kelantan dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Sehubungan itu, bekas menteri kewangan ini mahu kepemimpinan UMNO mengkaji terlebih dahulu perkara terbabit kerana sejarah di Kelantan sudah membuktikan bahawa perjuangan kedua - dua parti berkenaan jauh berbeza.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Yang sorang ni pun boleh bersara dah. Bagi yg muda plk.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping