Huh! Sembang je lebih Si Budak Hingusan ni rupanya. Bila kita kata dia hanya sekadar nak mencari Publisiti Murahan dengan membuat dakwaan KONONnya dia disogok, ramai yang tak percaya.
Kalau kena gayanya, bukan main lagi dia kata yang dia ada bukti lengkap mengenai kewujudan gerakan membeli pemimpin PPBM sebelum ini. Siap buat sidang media dan sebagainya.
Malah dia kata dia juga turut cuba disogok habuan dedak dengan jumlah sebanyak RM 5 juta. Tapi bila dicabar untuk mendedahkan bukti tersebut, tak berani pulak Si Budak Hingusan tu.
Namun apabila ada pihak yang buat laporan sebelum dia mengambil tindakan, mula la Si Budak Hingusan tu menggelupor tak tentu arah. Konon kata dia, laporan kepada SPRM akan dibuat.
Tapi malangnya, sampai ke hari ini, jangan kata Si Budak Hingusan tu nak buat laporan kepada SPRM, bahkan Batang Hidung dia pun dah tak nampak. Ke mana pulak dia pergi bersembunyi?
Menurut laporan yang disiarkan sebelum ini, SPRM memberikan gambaran seolah - olah pihak mereka masih belum menerima laporan daripada Si Budak Hingusan tu berhubung dakwaan yang dibuat.
Sebaliknya kata mereka, sekiranya Ketua sayap PPBM itu benar mempunyai bukti berhubung dakwaan wujudnya gerakan membeli pemimpin parti itu, dia perlu tampil membuat laporan.
"Dalam apa keadaan pun sekiranya ada individu dia ada maklumat berhubung rasuah dan salah guna kuasa, sebaik-baiknya dia patut lapor kepada pihak wajib, dalam kes ini adalah SPRM, supaya kita boleh ambil tindakan.
"Kita dalam Malaysia tidak tahu semua benda dengan keanggotaan yang terhad. Kadang-kadang orang anggap SPRM ini seperti 'Superman' tahu belaka. Kita juga perlu maklumat daripada orang ramai, baru boleh ambil tindakan sewajarnya," katanya.
Pokok pangkalnya, dakwaan yang dibuat oleh Si Budak Hingusan tu hanya layak dianggap sebagai SAMPAH semata - mata sekiranya dia tidak membuat sebarang laporan. Kalau setakat berani buat sidang media je, baik tak payah. Suruh budak tadika pun pandai!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.