Khamis, Oktober 12, 2017

Heh! Rasanya itu pendirian yang sepatutnya dilakukan oleh Si Ahli Parlimen Kuantan ni. Bukannya dia hanya mengeluarkan kenyataan yang jelas berdasarkan kepada andaian semata - mata.

Bukan ke dia juga yang membuat dakwaan kononnya kawasan disekitar Pelabuhan Kuantan itu berada dalam keadaan bahaya ekoran pembinaan kilang Lynas yang memproses nadir bumi sebelum ini?

Puas dia berkempen sampai sanggup bersekongkol dengan pihak yang mahu membakar kilang tersebut hanya semata - mata kerana andaian yang dibuat kononnya kilang itu akan menjejas keselamatan.

Maka sepatutnya Si Ahli Parlimen Kuantan itu perlu berkempen supaya memastikan Pelabuhan Kuantan itu ditutup terus kerana berada dalam kawasan yang tidak selamat dari kilang Lynas.

Tapi sekarang, lain pulak yang menjadi bahan pertikaian Si Ahli Parlimen Kuantan ni. Dia tampil pulak mempertikaikan soal keselamatan negara kerana pelabuhan itu kini didakwa dikuasai Negara China.

Antara lain, Si Ahli Parlimen Kuantan itu cuba memberikan gambaran seolah - olah Kerajaan menggadaikan keselamatan rakyat terutama di Kuantan ekoran penguasaan tersebut.

Namun apa yang pasti, kenyataan yang dibuat oleh Si Ahli Parlimen Kuantan itu hanya sekadar 'Mempersoal' tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan sedangkan dia sendiri takde buat apa - apa.

Sehingga ke hari ini, dah dua penggal dia menjadi Ahli Parlimen, berapa banyak peluang pekerjaan yang telah diwujudkan untuk penduduk disekitar kawasan Parlimen dia sendiri?

Tambah memalukan ialah apabila Si Ahli Parlimen Kuantan tu hanya mendiamkan diri apabila Rejim Pakatan Selangor pimpinan Azmin Ali membuat pelaburan dengan Negara China.

Kenapa dia tidak mempersoalkan tindakan yang dilakukan oleh Si Azmin Ali tu sedangkan jika benar China memberi ancaman kepada Negara, maka keselamatan Selangor juga bakal terjejas.

Apa yang jelas, tindakan pemimpin Pakatan Haprak seperti Si Ahli Parlimen Kuantan ni hanya sekadar mempersoalkan tindakan orang lain sedangkan dalam masa yang sama diorang sendiri tidak mengambil apa - apa tindakan untuk membantu rakyat!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Sembang kenalah lebih...rakyat pedulukan sahaja janji cukup bulan alaun MP masyukkkkk.

    BalasPadam
  2. No action, talk talk talk talk only hik hik hik

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping