Khamis, Oktober 12, 2017

Di sebalik kesediaan DAPigs mengadakan pemilihan semula CEC sepertimana yang diarahkan ROS, Lim Guan Eng telah merancang muslihat tersendiri untuk memanjangkan tempoh jawatannya sebagai Setiausaha Agung parti sekurang-kurang sehingga tahun 2020.

Meskipun pemilihan semula CEC bakal bermula pertengahan bulan depan, 12 Nov, di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam, namun Guan Eng sepertimana dilapor Malaysiakini sudah menawarkan diri untuk kekal menguasai jawatan Setiausaha Agung DAPigs bagi penggal ketiga.

Mengulas perkembangan terbaharu itu, pemerhati politik Lim Sian See berkata ia bukan suatu perkara yang mengejutkan, malah sudah dijangka dari awal, walaupun dinafikan oleh beberapa aktivis DAPigs yang rapat dengan Guan Eng.
“Apabila saya orang pertama yang menegaskan bahawa Guan Eng mendapat manfaat besar sekiranya pemilihan semula CEC diisytiharkan tidak sah kerana dia akan memberi ruang kepadanya untuk memanjangkan tempohnya sebagai Setiausaha Agung dari 9 tahun hingga 18 tahun, Anthony Loke telah menyerang saya dan berkata saya berniat jahat dan berkata Guan Eng tidak akan melakukan perkara seperti ini. Gobind Singh juga memanggil saya dengan nama yang lebih teruk.
“Dia (Guan Eng) sepatutnya terpaksa berundur dari jawatan itu pada tahun lepas, tetapi kini dia boleh memanjangkan tempoh jawatannya sekurang-kurangnya hingga tahun 2021 atau pertengahan tahun 2022 ..,”ulas Lim Sian See dalam Facebook.
Seorang lagi pemerhati politik, Azizi Safar berkata jika Guan Eng menawarkan diri sekali lagi untuk memegang jawatan Setiausaha Agung parti disebabkan RoS telah membatalkan pemilihan CEC sebelum ini.

Maka persoalannya, bagaimana pula dengan kedudukan Ahli Parlimen dan Wakil Rakyat DAPigs yang telah diberi watikah perlantikan menjadi calon pada PRU 13 dan PRN Sarawak 2016 yang lalu?
“Apakah kedudukan Wakil-wakil Rakyat DAP yang bertanding pada PRU 13 lalu dengan watikah yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung DAP yang dipilih secara tidak sah?
“Apakah watikah yang mereka guna untuk jadi calon DAP pada PRU 13 lalu juga menjadi tidak sah?
“Jika tidak sah, apakah terbatal kemenangan mereka dalam PRU 13 itu? Bagaimana pula dengan wakil-wakil rakyat DAP yang menang kerusi dalam PRN Sarawak lalu?,” soalnya.
Tambah Azizi, tuduhan-tuduhan DAP yang mendakwa RoS sebagai alat pemerintah untuk menindas parti itu juga boleh dipertikai kerana dalam masa sama Guan Eng sendiri sudah melakukan tipu muslihat walaupun pemilihan semula CEC masih belum diadakan lagi.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping