Rabu, Januari 10, 2018

Walaupun polemik pencalonan Perdana Menteri dikalangan puak Pakatan Haprak itu dilihat seolah - olah sudah diselesaikan, namun keputusan yang dibuat memberi kesan negatif.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila pelbagai pihak dari kalangan puak Pakatan Haprak tu sendiri tampil mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan mereka.

Rata - rata komen yang dibangkitkan memberi gambaran bahawa pencalonan tersebut tidak diterima secara menyeluruh diperingkat akar umbi gabungan parti pembangkang itu sendiri.

Malangnya, walau apa pun bantahan yang dibuat sama ada secara terbuka atau pun sebaliknya, pucuk pimpinan Pakatan Haprak tu seolah - olah tidak mengambil peduli terhadapnya.

Tambah memalukan ialah apabila kepimpinan puak Pakatan Haprak tu hanya menganggap tindakan mereka yang membuat bantahan itu sama seperti "Anjing Yang Menyalak Bukit".

Namun, disebalik pertikaian serta bantahan yang dibuat, ada juga pihak yang membangkitkan persoalan, dimana Tun Mahathir akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum nanti?

Perkara itu kini menjadi satu isu yang hangat diperkatakan dikalangan rakyat. Kata mereka, sekiranya Tun Mahathir nak menjadi Perdana Menteri, maka dia perlu bertanding dikerusi Parlimen.

Soalnya, Parlimen mana yang akan menjadi pilihan Tun Mahathir? Adakah dia akan bertanding di Putrajaya? Atau, adakah dia akan kembali bertanding di kerusi Parlimennya sebelum ini?

Bagi pendapat sesetengah pihak, tidak mustahil sekiranya Tun Mahathir akan bertanding di kawasan Parlimen Pekan, tempat yang disandang oleh YAB Perdana Menteri pada ketika ini.

Persoalan itu kini mula menghantui pemikiran puak Pakatan Haprak memandangkan mereka perlu meletakkan Tun Mahathir dikawasan yang dijamin menang bagi merealisasikan harapan untuk menjadikan dia sebagai Perdana  Menteri kelak!!!
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping