Selasa, Februari 13, 2018

Lebai oh lebai, cukup - cukup la perasan tak ketahuan hala. Memalukan sungguh!” Itu sindiran Angkatan Wanita PAN kepada PAS kerana mahu bertanding di Parlimen Lembah Pantai.

Menurut AWAN, keputusan yang dibuat oleh PAS itu sangat memalukan kerana parti itu baru pertama kali bertanding di kawasan tersebut dan calonnya pula baru setahun menjadi ahli.
“Kemudian mengaku banyak bantu jentera Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding dulu. Kononnya nak `claim’ Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang dulu pun sebab jentera PAS yang tolong buat kerja,” sindir AWAN dalam satu kenyataan di Facebook.
Semalam PAS membuat pengumuman bahawa mereka akan bertanding di kerusi Parlimen Lembah Pantai yang pada ketika ini disandang oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Lembah Pantai, Mohamad Kamzuri Mohd Fuad dipetik berkata, PAS buat pertama kali akan meletakkan calon di kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Menurutnya, PAS membuat keputusan itu kerana menganggap jentera parti itu banyak membantu PKR sewaktu Pilihan Raya Umum yang ke 13 untuk memenangi kerusi Lembah Pantai.

Dari satu sudut, kenyataan sindiran yang dikeluarkan oleh Angkatan Wanita PAN itu seolah - olah memperlihatkan bahawa diorang cemburu kerana PAS lebih berminat dengan Nurul Izzah dan tidak mengambil peduli terhadap mereka!!!
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Pan dok diam2. Bakal hanyut dlm pru 14.

    BalasPadam
  2. PAN..cacamerba..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping