Khamis, Mac 08, 2018

Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi menyifatkan Menteri Besar Selangor Azmin Ali sebagai “kebudak-budakan” apabila menahan dana Rejim Pakatan negeri untuk ADUN parti itu. 

Malah dia juga percaya Azmin bertindak demikian kerana terlalu terpengaruh dengan budaya Politik Longkang yang dibawa oleh Tun Mahathir yang kini menjadi Pengerusi Pakatan Haprak ti.
“Sebenarnya yang budak-budak ialah Azmin Ali, menteri besar. Untuk apa dia tahan peruntukan? Adakah dia fikir, bila kita tak ada duit, maka kita gagal menjinakkan hati orang? Adakah dia fikir dengan dia ada duit itu, dia boleh jinakkan hati orang?,” kata Sallehen ketika ditemubual secara eksklusif Antarapos, semalam.
“Dia (Azmin) selalu baca ayat al-Quran. Bahkan sikap budak-budak dia itu jelas kelihatan ketika sidang DUN sebelum ini, dia sendiri yang baca ayat Fastabiqul Khairat (berlumba-lumba buat kebaikan). 
“Hari ini bila kita nak menyalurkan kebaikan kerajaan negeri kepada rakyat (disekat pula). Sekarang ini yang timbul adalah kebencian dan kemarahan rakyat pada dia (Azmin) sendiri,"  katanya.
13 ADUN PAS setakat ini telah dinafikan peruntukan RM800,000 dari pihak Rejim Pakatan Selangor pimpinan Azmin untuk membiayai projek - projek mesra rakyat di kawasan masing-masing. 

PAS percaya tindakan itu diambil untuk mencantas parti meskipun PAS masih menganggotai kerajaan negeri pimpinan PKR sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diumumkan. 
"Dia (Azmin) perlu bertindak secara profesional. Sekarang nampak macam dia pula yang mengulangi apa yang Umno pernah buat, yang satu masa dia sendiri yang memperjuangkan ketidakadilan itu," tegas Sallehen yang juga ADUN Sabak.
Beliau merujuk kepada tindakan Dr Mahathir semasa menjadi presiden Umno dan perdana menteri, menafikan Terengganu dan Kelantan di bawah teraju PAS, pelbagai hak dan peruntukan. 

Sallehen berkata tidak ada rasional untuk Azmin berlaku tidak adil kepada PAS kecuali jika ada tekanan luar, khususnya daripada PKR atau Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Dr Mahathir.
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. apa yg di buat oleh azmin adlh legasi tun m semasa pemerintahan dia dulu.. itulah stail pemerintahan yg akan di buat oleh PH jika memerintah negara.. malah ISA juga akan diwujudkan semula utk mendiamkan mulut rakyat..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping