Jumaat, Mac 16, 2018

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dianggap telah menghina para pengundi di kawasannya apabila mendakwa kononnya ‘letak kucing pada Pilihan Raya Umum (PRU) pun PKR boleh menang’.

Pengerusi MCA dan Barisan Nasional (BN) Bahagian Pandan, Datuk Leong Kok Wee berkata, kenyataan Rafizi itu sudah melampau apabila menyamakan pengundinya sebagai haiwan.

Malah, kata - katanya itu jelas menunjukkan bahwa kebanyakkan pemimpin PKR itu terdiri dari kalangan mereka yang sombong dan angkuh sehingga sanggup melabel pengundinya sedemikian rupa.
“Kami penduduk dan pengundi di kawasan Pandan berasa sungguh marah dan kecewa dengan kata-kata begitu. Rafizi telah menghina dan menyinggung perasaan penduduk di kawasan ini. Sebagai wakil rakyat dia tidak sepatutnya bercakap seperti itu.
“Inilah dia seorang pemimpin yang sombong dan telah meremehkan kebijaksanaan pengundi-pengundinya,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Dalam pada itu Kok Wee juga turut menerima banyak aduan dan rungutan daripada masyarakat di sekitar Pandan berhubung sikap Rafizi yang sambil lewa menggalas tanggungjawabnya.
“Rafizi kena tahu dalam tempoh lima tahun dia sebagai wakil rakyat di kawasan Pandan ini, ramai yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatannya. Banyak perkara yang berlaku di kawasan Pandan dan namun, tidak ada satu pun yang dapat diselesaikan.
“Sebagai contoh, pembinaan gudang besar di Taman Putra serta penyewaan dewan orang ramai di taman yang sama tidak juga diambil peduli olehnya,” ujarnya.
Tambah Kok Wee, banyak lagi perkara yang tidak dapat diselesaikan oleh wakil rakyat tersebut yang kelibatnya juga jarang dilihat bertemu dengan penduduk setempat sejak PRU yang lalu.

Tidak cukup setakat itu sahaja. Bahkan Pakar Strategi PKR itu juga turut terpalit dengan pelbagai kes saman fitnah sehingga menyebabkan dia hilang kelayakan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Fiji tak tanding dah pru 14. Tunggu kes mahkamah bnyk kot..

    BalasPadam
  2. kalau letak anak babi, PKR boleh menang jugak ke?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping