Jumaat, April 27, 2018

Nampak gayanya, kebebalan pucuk pimpinan PKR terhadap rasa kecewa ahli diperingkat akar umbi masih tidak diendahkan dan ianya membuatkan ahli parti itu semakin bertambah meluat.


Keadaan itu membuatkan PPBM kini terpaksa berdepan dengan situasi sukar apabila bantahan dilakukan oleh lima cabang PKR Perak yang tidak bersetuju mereka menggunakan logo parti itu pada PRU14.


Sebelum ini juga ada beberapa bantahan oleh akar umbi PKR yang tidak berpuas hati berkenaan isu logo ini. Namun PKR cuba menafikannya dengan mendakwa pihak tersebut bukan ahli parti.


Tapi, rasanya logik bantahan ini dilakukan kerana PPBM menjadi punca banyak kerusi yang sepatutnya ditandingi PKR terpaksa dikorbankan tanpa persetujuan akar umbi, terutama di Perak.


Malah persediaan berkempen di kawasan masing - masing menjadi sukar apabila difahamkan calon dari parti ‘payung terjun’ tiba - tiba dicalonkan dan menggunakan logo PKR.


Difahamkan juga, lima kerusi Parlimen dan lima kerusi DUN di Perak yang sepatutnya diberi kepada PKR bakal diserahkan kepada calon PPBM termasuk di Lumut, Tapah, Gerik, Bukit Chandan dan Bota.


Rasanya, apa tindakan PKR? Takkan hanya diam saja dan tak ambil peduli dengan bantahan yang dibuat oleh mereka yang berada diperingkat akar umbi sendiri? Kalau dengan ahli parti pun PKR dah buat tak peduli, inikan pulak rakyat yang takde kaitan dengan parti tersebut!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Rajin sangat buat fitnah tu la padahnya ;)

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping