Rabu, Februari 19, 2020

Pejuangan disebalik skrin dalam dunia Screen Society atau juga disebut bloggersfera bukan suatu perkara yang mudah. Kebanyakkan dari mereka yang digelar sebagai Pejuang Maya ini adalah Wira Yang Tidak Didendangkan.

Tiada siapa kenal siapa individu disebalik penulisan melalui dunia bloggersfera ini melainkan beberapa nama besar seperti Papagomo. Kebanyakkan diantara mereka lebih selesa berjuang disebalik tabir.

Namun tidak dapat dinafikan, sumbangan yang telah mereka berikan dalam mencorak dunia Politik tempatan cukup besar walaupun penulisan mereka hanya dianggap Picisan oleh pihak atasan, khususnya pemimpin Politik.

Walau saban waktu mereka terpaksa berhadapan dengan cemuhan Netizen, mereka tetap setia melakar pemikiran dan melontar pandangan terhadap isu - isu yang dibangkitkan. Jarang sekali mereka ini mendapat pujian.

Hari ini, seorang pejuang bloggersfera Malaysia telah pergi menghadap Tuhan Yang Maha Esa. Beliau pergi setelah sekian lama menabur jasa dan bakti kepada perjuangan melalui media sosial ini.

Selama admin menjadi sebahagian dari dunia bloggersfera Malaysia, beliau yang cukup dikenali dengan nama jolokan 'The Flying Kick' banyak membantu dalam perjuangan ini. Banyak perkongsian pandangan yang telah diberikan.

Penulisan beliau seringkali mendapat perhatian dan turut memberi inspirasi kepada admin untuk terus berjuang. Cara olahan penulisan yang ditampilkan cukup bersahaja dan tidak terlalu ilmiah namun dalam masa yang sama tidak juga wajar dianggap Picisan.

Berehatlah wahai sahabat. Moga Allah S.W.T memberi keredhaan, mencucuri rahmat ke atas ruh beliau dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Salam takziah buat seluruh keluarga. Al-Fatihah.
Categories:

1 ulasan:

  1. Al fatehah...saya salah seorang peminat blog tersebut,,patutlah hampir tiga minggu tidak aktif. Semoga Allah swt merahmati almarhum dan menempatkanya bersama org2 solehin...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping