Memaparkan catatan dengan label PAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PAS. Papar semua catatan

Isnin, April 29, 2019

Admin dapat jemputan ni dari sahabat - sahabat di Pahang. Dengar katanya ramai juga yang akan hadir di program Himpunan Penyatuan Ummah Pahang kali ini. Kalau ikut pertimbangan, boleh la pergi.
.
Pergi pun bukan ada sebab lain. Tapi sekadar nak melihat sambutan diperingkat akar umbi terhadap agenda Penyatuan Ummah ni. Adakah ia diterima disemua peringkat dan bukan pemimpin sahaja yang syok sendiri.
.
Dengar katanya sebelum ini, ada juga kekangan yang dibuat oleh pihak - pihak tertentu untuk menghalang program ini diadakan termasuk mempertikaikan mengenai isu permit kebenaran untuk penganjur.
.
Tapi itu semua dah menjadi kebiasaan dibawah Rejim Pakatan Hancing yang menguasai Putrajaya hari ini. Diorang mana boleh tengok rakyat bersatu padu, apatah lagi dikalangan umat Islam dan Melayu itu sendiri.
.
Diorang lebih suka memecah-belahkan rakyat dengan fitnah yang disebarkan supaya senang diorang nak kekal berkuasa. Dalam masa yang sama, habis semua harta rakyat di jual dan digadaikan demi kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri.
.
Korang nak ke harta Negara dijadikan bahan lelongan sedangkan kos sara hidup semakin meningkat setiap hari? Kalau rasa dah tak sanggup hidu bau tengit hancing Rejim Pakatan Haprak ni, JOM SAMA-SAMA kita turun ke HIMPUNAN PENYATUAN UMMAH PAHANG HARI INI!!!

Isnin, Jun 25, 2018

Kemelut kepimpinan ekoran ketidak-cekapan pemimpin di Kedah kini berada dalam keadaan yang cukup kronik apabila Rejim Pakatan Negeri itu dilaporkan sedang berhadapan dengan konflik.


Dengar katanya, Rejim Pakatan Kedah yang hanya mampu membentuk Kerajaan dengan majoriti mudah kini sedang berada diambang Pilihan Raya Negeri ekoran tuntutan yang dibuat oleh PAS.


Menurut laporan media, PAS membuat tuntutan untuk mencalonkan wakil mereka sebagai Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah kerana parti itu memiliki jumlah majoriti.

“Soal kemuka calon dari pembangkang bukan isu baru kerana pada 2013, pembangkang ketika itu dari Pakatan Rakyat (PR) juga pernah berbuat demikian apabila kita mencadangkan Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, namun beliau kalah dengan Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

“Jadi, sekarang tidak salah Pas mengemukakan calon kerana kita memiliki kerusi yang banyak dan rasional untuk berbuat demikian,” beliau dipetik berkata hari ini.

Sekiranya isu pelantikan ini gagal ditangani oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) terpaksa diadakan dan PAS sedia berdepan sebarang kemungkinan.


Ekoran desakan yang dibuat oleh PAS itu membuatkan ramai penyokong Rejim Pakatan melabelkan parti tersebut sebagai sebuah parti yang kemaruk kuasa. Padahal, tuntutan itu adalah hak mereka. Kenapa pulak Rejim Pakatan Kedah takut sangat???

Selasa, Mei 29, 2018

Memang agak menghairankan juga apabila membaca kenyataan yang dibuat oleh Presiden PAS ini. Malah kenyataan yang dibuat dalam temubual semalam pun membangkitkan pelbagai persoalan.


Adakah PAS masih belum sedar dengan taktik Politik yang dimainkan oleh DAPigs sedangkan parti itu sendiri berpecah dari Pakatan kerana terasa seolah - olah mereka dipermainkan sebelum ini?


Apakah PAS tidak melihat tindakan DAPigs yang berdiam diri pada ketika ini dari menyentuh soal kedudukan Islam hanya sekadar wayang Politik parti itu untuk sembunyikan agenda sebenar mereka?


Kalau sebelum ini, DAPigs sanggup bersetuju dengan konsensus Pakatan, "Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju" hanya semata - mata untuk memperbodohkan PAS. Perkara yang sama juga cuba dilakukan pada ketika ini.


Jika dilihat dari pendekatan yang dimainkan oleh DAPigs hari ini, memang mereka sedang melaksanakan taktik 'Baling Batu Sembunyi Tangan' bagi mengaburi mata rakyat, terutama dikalangan umat Islam.


Sekiranya DAPigs bersuara seperti mana yang menjadi kebiasaan mereka lakukan sebelum ini, sudah pasti hayat parti itu untuk merasa kuasa pemerintahan dalam Rejim Pakatan akan menjadi singkat.


Maka sebab itu DAPigs menggunakan NGO yang jelas memperjuangkan ideologi Liberalis sebagai suara bagi pihak mereka. Mereka menggunakan platform lain untuk mempertikaikan soal kedudukan Islam dan bangsa Melayu.


Seandainya PAS masih mahu bergabung dengan DAPigs hanya semata - mata kerana parti itu 'Mendiamkan Diri' bercakap mengenai Islam, itu hak mereka. Tapi jika satu hari nanti PAS sedar yang mereka telah dipermainkan oleh DAPigs, jangan meroyan tak tentu arah pulak!!!

Jumaat, Mei 25, 2018

Sejak dari dulu lagi Integriti SPRM ini menjadi persoalan. Banyak tindakan yang dilakukan agensi itu hanya menimbulkan tanda tanya dikalangan rakyat. Tapi tidak ada yang ambil peduli pun.


Sekarang SPRM dah dapat seorang Ketua Pengarah yang dipandang Suci diatas ketelusannya menjalankan tugas sehingga berjujuran air mata sewaktu mengadakan sidang media.


Maka tidak salah sekiranya pihak SPRM mendedahkan hasil siasatan mereka terhadap aduan yang dibuat oleh ahli - ahli PAS ini. Setidak - tidaknya, rakyat juga perlu tahu perkara sebenar.


Malah, hubungan akrab beberapa orang Taikun Besar di Malaysia dengan Tun Mahathir juga turut menjadi salah satu persoalan. Adakah mereka memang berkawan baik semenjak dari kecil?


Adakah taikun - taikun itu sering bertandang ke rumah Tun dan bermain guli semasa mereka bersekolah di Tadika? Atau, adakah mereka hanya mengenali Tun sewaktu dia menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri sebelum ini???

Khamis, Mei 10, 2018

Percaturan Politik yang digembar - gemburkan selama hari ini membuktikan bahawa telahan beberapa pihak telah meleset apabila mereka terlalu yakin dengan petandingan tiga penjuru.


Jika sebelum ini, ramai yang mendakwa kononnya PAS akan menyebabkan Pakatan hilang majoriti dan sekaligus ianya akan menyebabkan Barisan Nasional boleh kekal sebagai Kerajaan.


Namun perkara itu ternyata meleset apabila pertandingan tiga penjuru itu lansung tidak memihak kepada Barisan Nasional sehingga menyebabkan parti itu gagal mengekalkan kuasa.


Malah sebaliknya, BN telah hilang 20 peratus undi dan Pakatan berjaya meningkatkan jumlah peratusan majoriti mereka sebanyak 10 peratus untuk membentuk sebuah Kerajaan baru.


Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila calon Pakatan berjaya meningkatkan undi mereka sebanyak seribu dibeberapa buah kawasan walaupun tanpa sokongan kuat dari jentera PAS.


Maka, itu membuktikan bahawa Pakatan mampu berjaya tanpa sokongan PAS. Tidak seperti mana yang diduga sebelum ini dimana rata - rata membuat dakwaan kononnya gabungan Pakatan itu tidak boleh berjaya tanpa sokongan PAS!!!

Rabu, April 25, 2018

Tindakan seorang ahli DAPigs yang mengambil keputusan keluar dari parti itu dan menyertai PAS semalam merupakan satu tamparan yang cukup hebat bagi parti tersebut secara terbuka.


Ianya membuktikan bahawa didalam kepimpinan DAPigs hari ini wujud konflik serta perbalahan dalaman diantara mereka dan ianya tidak dapat diselindungi dari pengetahuan rakyat.


Tindakan ahli DAPigs itu yang turut dinamakan sebagai calon PAS bagi kawasan DUN Tras, Raub itu menunjukkan bahawa ada dikalangan ahli parti itu yang tidak puas hati terhadap pucuk pimpinan parti.


Secara tidak lansung, tindakan itu juga memalukan bakal calon DAPigs yang juga merupakan bekas ADUN Mentakab yang sebelum ini pernah menghina institusi Islam di Pahang.


Mana tidaknya. Bekas ADUN Mentakab itu merupakan anak kepada salah seorang pengasas PAS Kawasan Raub, tetapi dia mengikuti haluan yang berlainan dari bapanya dan menyertai DAPigs.


Maka, penyertaan ahli DAPigs yang juga merupakan Naib Pengerusi Kawasan Raub itu sedikit sebanyak membuktikan bahawa parti yang diasaskan oleh bekas ADUN Mentakab itu lebih baik dari parti yang disertainya pada ketika ini!!!

Sejak dua tiga minggu yang lalu, Si Azmin Ali ni sudah pastinya tidak mampu tidur dengan nyenyak memikirkan kedudukan dia di Selangor berada dalam keadaan yang semakin tergugat.


Beberapa hari lepas, Si Azmin Ali tu dikejutkan dengan pengumuman yang dibuat oleh adiknya sendiri yang mahu mececahkan undi dimana sahaja dia bertanding dalam PRU kali ini.


Kini, Si Azmin Ali mula menyedari bahawa kemenangannya di Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa banyak dibantu oleh PAS kerana dua kawasan itu adalah kubu kuat PAS.


Sekiranya perkara itu diteliti semula, kira - kira 80 peratus undi yang telah dia perolehi dalam Pilihan Raya Umum yang lalu juga datangnya daripada penyokong - penyokong tegar PAS. 



Tapi, memandangkan hubungan PKR dengan PAS sudah terputus, ianya meletakkan Si Azmin Ali tu dalam dilema kerana peluang untuknya menang di kawasan itu pada kali ini agak tipis.


Dan sejak itu mula timbul khabar angin yang mengatakan bahawa kemungkinan Si Azmin Ali tu terpaksa memilih kawasan lain untuk bertanding pada PRU kali ini semakin kuat kedengaran.


Namun, rakyat jangan mudah tertipu dengan permainan Politik puak - puak pembangkang Haramjadah ni. Waima PAS sekali pun tidak boleh dipercayai kerana parti itu jelas tidak mempunyai pendirian.


Maka tak mustahil sekiranya PAS akan tetap memberi kemenangan kepada Azmin walaupun Menteri Besar Selangor tu acap kali menghina dan memperbodohkan kepimpinan PAS secara terang - terangan asalkan mereka mendapat habuan yang menguntungkan!!!

Rabu, April 18, 2018

Tak payah la PAS nak tunjuk yang diorang ni 'Maksum' sangat dengan mempertikaikan pendirian orang lain mengenai isu agama sedangkan diorang pun pernah jadi Pak Turut kepada Pakatan.


Hari ini, PAS sibuk menjaja cerita kononnya MCA selaku rakan komponen Barisan Nasional menentang perlaksanaan RUU 355 sebagai bahan modal untuk mereka berkempen dalam PRU ke 14.


Tapi PAS lupa dosa - dosa yang mereka sendiri pernah lakukan sebelum ini. PAS lupa mereka pernah menghalalkan Pakatan Haprak mengguna isu kalimah Allah sebagai bahan Politik.


PAS pada ketika itu hanya diam membisu dan tidak bersuara pun menentang parti gabungan Pakatan Haprak yang lain menuntut agar kalimah Allah itu diguna-pakai oleh penganut agama Bukan Islam.
Adakah kepimpinan PAS juga lupa yang diorang pernah mengambil tindakan menggugurkan jawatan Hasan Ali selaku Pesuruhjaya PAS Selangor dan seterusnya memecat keahliannya sebelum ini?


PAS gugurkan jawatan Hasan Ali kerana menentang bantahan DAPigs yang mahu kekal menjual arak dikawasan majoriti Melayu Islam di Selangor. Takde seorang pun pemimpin PAS yang mempertahankan Hasan Ali ketika itu.


Tapi, PAS bagi alasan kononnya Hasan Ali dipecat kerana enggan akur dengan arahan kepimpinan parti kerana hadir ke perhimpunan yang memperjuangkan akidah umat Islam di Shah Alam.


Pokok pangkalnya, kempen PAS nak menunjukkan seolah - olah diorang ni Maksum hanya kerana nak menegakkan Hukum Islam hanya sekadar Retorik semata - mata. Sebaliknya, PAS hanya sebuah parti Politik yang nak memperjuangkan kepentingan peribadi mereka sendiri!!!

Isnin, April 16, 2018

Memalukan! Bekas pemain bola sepak kebangsaan je yang diumumkan sebagai calon PAS bagi kawasan Parlimen Pokok Sena pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan datang.


Pencalonan Radhi, 53, diumumkan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pada program ceramah Gelombang Hijau Kedah PRU14 di Markas PAS Cawangan Alor Ibus di sini malam tadi.


Radhi bakal bertembung dengan bekas Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar yang bertanding kerusi Parlimen Pokok Sena di atas tiket PAN mewakili Pakatan serta calon dari Barisan Nasional.


Dalam pada itu, seorang lagi muka baru, Muhamad Riduan Mohd Othman, 43, diumumkan menjadi calon Parlimen Kuala Kedah yang disandang Pengerusi PKR Kedah, Dr Azman Ismail.


Abdul Hadi juga turut mengumumkan calon bagi DUN Pengkalan Kundur yang akan ditandingi oleh Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurrazi.


PAS dijangka mengumumkan semua calonnya yang akan bertanding kerusi DUN dan Parlimen di Kedah pada 19 April ini. Sementara parti serpihannya, Amanah dijadualkan berbuat demikian, 17 April ini.

Khamis, April 12, 2018

Umum mengetahui bahawa Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man mengalami kekalahan demi kekalahan yang cukup memalukan sejak tahun 2004 sehingga PRU yang lalu.


Timbalan Presiden PAS itu gagal mempertahankan kerusi DUN Jengka yang dimenangi sejak tahun 1999 apabila dia tewas kepada Dato Wan Salman dalam Pilihan Raya Umum ke - 11.


Sejak itu, bekas Pesuruhjaya PAS Pahang itu mengalami kekalahan teruk walaupun pada ketika parti itu bergabung bersama - sama Pakatan Haprak yang dianggotaoi oleh PKR dan DAPigs.


Desas desus terkini mendapati, Timbalan Presiden PAS itu mahu beralih arah dan memberi tumpuan kepada kerusi Parlimen. Tetapi kali ini bukan di Negeri Pahang. Sebaliknya, di Kelantan.


Dengar khabarnya, nama Tuan Ibrahim menjadi sebutan sebagai calon bagi kawasan Parlimen Pengkalan Chepa yang pada ketika ini disandang oleh Dr. Izani Husin yang juga wakil dari PAS.


Persoalannya, kenapa sampai begitu jauh Timbalan Presiden PAS itu membawa diri? Kenapa dia sendiri tidak bertanding di Parlimen Temerloh dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang?


Secara tidak lansung, spekulasi berhubung kawasan yang akan ditandingi oleh Tuan Ibrahim Tuan Man menjadi bahan sindiran, terutama dikalangan puak - puak parti Ternakan DAPigs.


Antara lain mereka mendakwa, Timbalan Presiden PAS itu takut kalah dan tidak yakin untuk menawan Negeri Pahang dalam PRU kali ini. Maka sebab itu dia cari tempat selamat hanya untuk menjaga kepentingan Politik dirinya sendiri!!!

Rabu, April 11, 2018

'Tak buat kerja'. 'Jarang turun ke kawasan'. 'Banyak menghabiskan masa di Kuala Lumpur'. 'Lantik wakil bukan dari kalangan orang tempatan'. 'Tidak mesra dengan pengundi di Temerloh'.


Itu diantara rintihan dan rungutan yang didengari dari pengundi - pengundi di Temerloh terhadap Si Nasa Tantawi tu sepanjang 5 tahun yang lalu. Termasuk dari kalangan ahli PAS sendiri.


Kata mereka, Si Nasa Tantawi tu jarang tunjuk muka sejak dia menang dalam Pilihan Raya Umum yang lalu. Malah, untuk mendapatkan bantuan dari dia pun agak sukar dan menyusahkan.


Maka tidak hairan la sekiranya dalam Pilihan Raya Umum kali ini, Si Nasa Tantawi tu 'cabut lari' dari Temerloh dan balik semula ke kawasan Indera Mahkota dengan alasan kononnya dia anak tempatan.


Padahal, alasan yang diberikan itu hanya sekadar omongan kosong semata - mata sebab PAS sendiri sedar kelemahan yang telah dilakukan oleh Si Nasa Tantawi akan menyukarkan mereka mempertahankan Parlimen Temerloh dalam PRU kali ini!!!

Isnin, April 09, 2018

Seorang sahabat yang juga merupakan bekas pengikut PAS tampil mengingatkan parti itu supaya tidak berlagak sombong tak tentu arah dan mendabik dada mengatakan yang mereka maksum.


Jelas sahabat itu, kepimpinan PAS sejak kebelakangan ini seringkali tampil dengan kenyataan sombong yang akhirnya telah memakan diri mereka sendiri secara tidak lansung.


"Sebelum ini, PAS kata rakyat perlu memilih orang Islam sebagai pemimpin. Tapi dalam masa yang sama, PAS turut mencalonkan orang bukan Islam bagi mewakili parti itu.


"Dan sejak beberapa minggu yang lalu, PAS menggunakan isu 'Sifar Rasuah' sebagai bahan untuk mereka berkempen bagi Pilihan Raya Umum kali ini.


"Kenyataan itu dilihat agak canggung apabila ramai pemimpin serta ahli PAS meninggalkan parti itu secara berjemaah. Jika benar PAS sebuah parti yang bersih, kenapa pemimpin mereka meninggalkan parti itu secara terbuka?"


Malah, tegas sahabat tersebut juga, tindakan bekas pemimpin dan ahli PAS yang meninggalkan parti itu secara tidak lansung membuktikan kegagalan PAS mentadbir parti dengan lebih baik.


"Jika sekiranya ahli parti pun gagal dijaga dan ditarbiahkan dengan betul sehingga menyebabkan mereka meninggalkan parti, bagaimana mungkin PAS boleh menjamin masa depan Negara?"


Bahkan, katanya, PAS juga menjadi punca kenapa kedudukan Islam hari ini tercabar kerana parti itu yang membiarkan DAPigs bermaharajalela sesuka hati mempertikaikan Islam secara terbuka.


"Bila Hasan Ali desak tutup kedai jual arak dikawasan majoriti Islam, PAS pecat keahlian dia. Bila orang bukan Islam desak nak guna kalimah Allah dalam Bible, PAS diamkan diri. Tapi sekarang, PAS nak bersihkan diri dengan menyalahkan DAP? Tak masuk akal!!!"

Rabu, April 04, 2018

Langkah PAS menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Anti Berita Tidak Benar 2018 adalah kerana banyak fitnah dilontar oleh DAP ke atas parti itu, kata Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan.
“Pas menjadi mangsa yang cukup banyak kepada fitnah-fitnah yang tidak berasas, termasuk DAP sendiri.
“Mungkin betul ia (DAP) takut pada bayang sendiri. Undang-undang ini tidak boleh diambil untuk perkara yang menguntungkan kita sahaja, ini adalah untuk semua. Dan bagi Pas, kandungan akta ini sendiri juga sebagai langkah pencegahan,” beliau dipetik berkata hari ini.

Jelasnya, pelaksanaan undang-undang tersebut dapat membersihkan nama mana-mana pihak yang menjadi mangsa fitnah dan juga dapat menegakkan keadilan bagi pihak yang difitnah.

“Contohnya seseorang yang difitnah melalui media sosial dan sebagainya, dia boleh pergi ke mahkamah, buat permohonan sebelah pihak dengan bukti-bukti laporan polis dan kandungan fitnah itu. Mahkamah boleh minta orang yang buat fitnah itu untuk hapuskan penyiaran tersebut.
“Kalau orang itu tidak buang, maka orang itu melakukan satu kesalahan. Maka ini satu langkah yang baik untuk kawal fitnah yang semakin berleluasa dalam masyarakat kini. Bagi saya, ia adalah ‘timely’, sudah sampai masanya. Ada undang-undang yang kawal,” katanya.

PAS menyokong RUU AntiBerita Tidak Benar 2018 dibentang oleh kerajaan semasa diluluskan dalam Dewan Rakyat tempoh hari walaupun ia tidak disokong blok pembangkang, Pakatan Harapan.


Tapi jangan lupa. PAS juga pernah menabur fitnah sewaktu Pilihan Raya Umum yang lalu apabila mendakwa calon PKR seorang yang suka mengambil pil kuda. Jadi dalam erti kata lainnya, PAS ni tidak la se-MAKSUM seperti yang didakwa!!!
Keceluparan PAS membangkitkan isu berkaitan dengan peruntukan ADUN di Selangor sebelum ini jelas mewujudkan tekanan kepada pemerintahan Rejim Pakatan pimpinan Azmin.


Nak pulak apabila PAS menghantar surat terbuka kepada DYMM Sultan Selangor agar baginda turut mengambil berat terhadap tindakan diktator yang dilakukan oleh Rejim Azmin itu.


Keadaan itu membuatkan Azmin berada dalam keadaan yang sangat terdesak, disamping dihimpit dengan isu berkaitan tanah peneroka di Ijok yang masih GAGAL dijelaskan sehingga kini.


Maka, jalan keluar sementara yang dapat difikirkan oleh Azmin ialah dengan memberikan 'Gula - Gula' kepada sebahagian daripada ADUN PAS Selangor agar mereka menutup mulut.


Tapi realitinya, tidak semua ADUN PAS Selangor itu yang mendapat 'Gula - Gula' dari Rejim Pakatan Selangor pimpinan Si Azmin Ali tu. Sebaliknya, hanya segelintir sahaja yang memperolehinya.


Jika dilihat dari satu sudut, tindakan yang dilakukan oleh Rejim pemerintahan Azmin Ali ni tak lebih dari sekadar 'Wayang Politik' untuk menutup skandal berkaitan dengan peruntukan tersebut.


Mungkin Rejim pemerintahan Azmin Ali ingat, dengan memberikan sebahagian peruntukan kepada beberapa orang pemimpin tertentu dalam PAS boleh membuatkan rakyat lupa tindakan zalim mereka itu.


Apa yang jelas, tindakan Rejim pemerintahan Azmin Ali itu membuktikan bahawa mereka tidak benar - benar ikhlas nak menjaga kebajikan rakyat. Sebaliknya, mereka cuba nak memperbodohkan rakyat dengan taktik Politik Longkang sedemikian rupa!!!

Selasa, Mac 27, 2018

Kalau tak menipu, memang tak sah Si Azmin Ali ni. Dia ingat dengan cara itu dia dapat melarikan diri dia dari dipersalahkan dan ianya dapat menipu rakyat secara terang - terangan?


Tembarang Si Azmin ni semakin hari semakin kian terselah apabila kenyataan yang dibuat berbelit - belit dan akhirnya memakan dirinya sendiri. Pun dia masih lagi nak salahkan orang lain?


Jika sebelum ini, Si Azmin Ali tu pernah mempertikaikan tindakan ADUN PAS yang membuat aduan kepada DYMM Sultan Selangor berhubung isu peruntukan dana kewangan mereka.


Malah Azmin juga turut memperlekehkan usaha ADUN PAS yang mengadu kepada Tuhan berhubung isu yang sama dengan alasan mereka tidak pernah mengadu kepada dia mengenai isu tersebut.




Tapi kali ini, lain pulak alasan yang diberikan oleh Si Azmin dengan membuat dakwaan kononnya dia tidak menjaga peruntukan kewangan untuk wakil rakyat di Selangor termasuk ADUN PAS.


Soalnya, kalau Azmin tidak menjaga peruntukan tersebut, kenapa sebelum ini dia sibuk sangat mempertikaikan tindakan ADUN PAS tu buat aduan kepada DYMM Sultan Selangor?


Nampak sangat yang Si Azmin Ali tu cuba memperbodohkan rakyat dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian. Dan yang malangnya, ADUN PAS tu juga kena kencing dengan Si Azmin Ali ni padahal diorang juga yang angkat dia jadi Menteri Besar Selangor sebelum ini!!!

Khamis, Mac 22, 2018

Orang mengadu pada Sultan, Si Azmin Ali ni sibuk meroyan tak tentu arah dan menggesa agar institusi istana tidak diheret dalam kepincangan pentadbiran Rejim Pakatan di Selangor.


Bila orang mengadu pada tuhan pun Si Azmin Ali ni meroyan seolah - olah memberikan gambaran yang dia lebih besar dari tuhan sebab takde orang yang datang mengadu pada dia.


Namun, apa yang jelas, tindakan Si Azmin tu menunjukkan yang dia sedang dalam ketakutan walaupun pada dasarnya dia mengaku yang dia tidak melakukan sebarang kesalahan.


Soalnya, kalau dia tak buat salah, kenapa Si Azmin Ali tu takut sangat bila PAS mengadu kepada Sultan dan Tuhan? Kenapa dia beria - ia sangat nak mempertikai tindakan PAS Selangor tu?


Itu juga persoalan yang dibangkitkan oleh PAS apabila Si Menteri Besar tu dilihat seolah - olah menjadi seperti orang hilang akal selepas PAS mengambil tindakan mengadu kepada Sultan.
"Apa masalah dia nak persoal kita nak mengadu kepada Allah, kepada Tuanku (Sultan Selangor). Kita maklumkan sahaja supaya Tuanku tahu hal yang sebenarnya, tidak hanya dengar cerita daripada dia (Azmin) sahaja.
"Ikut suka kitalah kita nak mengadu pada Allah, kalau dia kata dia tidak mahu mengadu pada Allah, terpulang kepadanya. Memang kita selalu mengadu pada Allah, nama pun kita sebagai hamba Allah, apa yang dia nak persoalkan kita nak mengadu kepada Allah," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Tapi, apa yang pasti, semua ni boleh dianggap sebagai Kifarah ke atas PAS kerana menyokong seorang pemimpin yang Anguh dan Sombong serta mementingkan diri seperti Si Azmin Ali tu. Kalau tidak kerana sokongan PAS, mana mungkin dia boleh dapat kuasa? Sekarang, Padan Muka Diorang!!!

Rabu, Mac 21, 2018

Salahnya pada PAS kerana terlalu mempercayai seorang manusia yang sombong dan angkuh seperti Si Azmin Ali ni serta menjadikan dia Menteri Besar Selangor sewaktu Langkah Kajang dulu.


Kerana tindakan itu, PAS menjadi bahan lawak jenaka Azmin Ali apabila memperlekehkan tindakan mereka yang 'mengadu pada Allah dan Sultan' namun tidak kepadanya berhubung isu dana.
"Dia (PAS Selangor) mengadu pada Allah (solat hajat), mengadu kepada Sultan Selangor, tetapi dia tak mengadu dengan saya," katanya kepada pemberita, pada Isnin.
Azmin bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa dia enggan berjumpa ADUN PAS Selangor meskipun mereka sudah menghantar mesej memaklumkan mahu berjumpa dengannya bersabit isu itu.


Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi sebelum ini memberitahu pihaknya sudah memulakan langkah untuk berjumpa dengan Azmin, namun permohonan mereka tidak dilayan.


Menurut Sallehen, pihaknya diberitahu dana itu sudah disampai ke tangan Pejabat Daerah masing-masing namun tiada arahan bertulis yang membolehkan ADUN PAS mendapatkan wang tersebut.


Dari satu sudut, kenyataan Azmin Ali itu seolah - olah memberikan gambaran yang kedudukan dia sebagai Menteri Besar jauh lebih besar jika hendak dibandingkan dengan Tuhan ataupun Sultan Selangor.


PAS Selangor kini dalam proses menyediakan dokumen - dokumen berkaitan untuk memulakan langkah seterusnya iaitu meminta Jabatan Audit Negeri dan SPRM membuat siasatan kemungkinan wujud unsur salah guna kuasa dalam kerajaan negeri. 

Isnin, Mac 19, 2018

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali yang sebenarnya menghina PAS apabila bertindak menyekat peruntukan ADUN mereka, bidas Pesuruhjaya Negeri,  Sallehen Mukhyi. 

Sallehen menjelaskan, tindakannya mengutuskan surat kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dibuat kerana menyedari institusi tersebut adalah 'payung' yang mampu menegakkan keadilan kepada wakil rakyat mereka.
"Ini (sebenarnya) merupakan satu penghinaan kepada mereka (ADUN PAS). Hari ini (semalam) saya difahamkan apabila kita telah menghantar surat kepada istana, kita hantar surat sekadar memaklumkan kepada Tuanku atas apa yang telah berlaku kerana Tuanku merupakan payung keadilan kepada rakyat.
"Kepada siapa kita nak hantar nak mengadu cerita yang betul, apa yang berlaku kerana masalah sebelum ini diberitahu kepada kita sangat tidak tepat.
"Kita tanya kepada MB dia kata jumpa kepada DO (pegawai daerah), jumpa DO dia kata jumpa MB, begitulah keadaanya.," katanya ketika menyampaikan ceramah sempena 10 tahun PAS dalam kerajaan negeri Selangor, malam tadi.
Terdahulu, Azmin pada semalam menganggap tindakan Sallehen melibatkan pihak istana dalam isu pembekuan peruntukan terhadap 13 ADUNnya di negeri itu sebagai satu penghinaan kepada institusi diraja Selangor.

Reaksi Azmin itu sebagai maklum balas terhadap tindakan Sallehen pada Isnin lalu yang telah mengemukakan surat rasmi kepada Sultan Sharafuddin,  berhubung tindakan kerajaan negeri itu.

Sallehen sebelum itu memberitahu Antarapos, tindakannya itu adalah bagi memaklumkan tekanan yang dihadapi wakil rakyat PAS.

Ujar Sallehen, pihaknya sudah memberikan masa yang secukupnya pada Azmin namun sudah masuk bulan ketiga (Mac), hak ADUN PAS untuk mendapat peruntukan wakil rakyat terus dinafikan.

Khamis, Mac 15, 2018

Jenis orang Lupa Daratan ni memang bersepah dalam Pakatan Haprak tu. Diorang ni bukan jenis manusia yang tau mengenang budi. Bila dah senang, diorang lupa siapa yang bantu mereka.


Bak kata pepatah Melayu, bagai kacang lupakan kulit. Kot selama hari ini, yang banyak membantu kemenangan puak Pakatan Haprak tu adalah dari kalangan penyokong serta pentaksub PAS.


Malah DAPigs pun dapat mencapai kedudukan mereka hari ini pun adalah hasil dari bantuan yang diberikan oleh jentera PAS yang berkempen sewaktu Pilihan Raya Umum yang lalu.


Bahkan, Si Azmin Ali ni berjaya mencapai hasrat untuk menjadi Menteri Besar dengan cara merampas kuasa dari Khalid Ibrahim dan mencantas Wan Azizah pun adalah atas bantuan PAS juga.


Kalau bukan kerana PAS yang menyokong nama dia sewaktu perlaksanaan agenda Langkah Kajang dulu, belum tentu lagi Si Azmin Ali tu boleh menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.


Tapi, bila dah berada ditampuk pemerintahan, Si Azmin Ali tu mula lupa diri dan bersifat zalim terhadap PAS secara terang - terangan. Malah dia tidak mengiktiraf parti itu secara terbuka.


Namun dari satu sudut, semua itu bukan salah Si Azmin Ali seorang sahaja. Semua orang tau yang Si Azmin Ali tu memang semulajadi terkenal dengan sifat tamak dan sombong tak tentu arah.


Maka, kenyataan angkuh seperti yang dikeluarkan memang suatu yang sudah boleh dijangka. Azmin dilihat seolah - olah tidak mengiktraf sumbangan PAS kepada kejayaan Rejim Pakatan di Selangor. Cuma PAS je yang bodoh percaya pada orang macam Si Azmin Ali tu!!!

Selasa, Mac 13, 2018

Selama hari ini, Si Azmin Ali tu kerap mendabik dada membanggakan diri kononnya dia seorang pemimpin yang hebat. Tapi hakikatnya, Si Azmin Ali tu hanya sekadar Pelawak ditepi longkang je.

Si Azmin Ali tu lupa bahawa kedudukan yang dimilikinya hari ini adalah kerana dia disokong oleh PAS. Tapi dek kerana keangkuhan Si Azmin Ali tu telah mengatasi kewarasan akal fikirannya.

Bak kata peribahasa orang putih, "When the Balls is Bigger then the Head", atau jika diterjemahkan dalam bahasa Melayu, bila Buah Kerandut tu lebih besar dari Kepala Otak.

Jika sebelum ini, Si Azmin Ali tu sering membanggakan diri kononnya dia seorang pemimpin yang 'Peduli Rakyat'. Tapi hakikatnya, dia telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh rakyat.

Kalau betul Si Azmin Ali tu seorang pemimpin yang 'Peduli Rakyat', kenapa dia bertindak kejam dan zalim terhadap wakil rakyat dari parti PAS sehingga tahap dibekukan peruntukan mereka?

Adakah motif Si Azmin berbuat demikian hanya untuk mempertahankan kepentingan peribadinya atau PKR, atau, sebenarnya dia akur pada strategi besar Pakatan Haprak bagi menjahanamkan PAS?

Atau, adakah Azmin mahu membuat persiapan awal untuk “memusnahkan” PAS kerana sudah tidak lagi menganggap PAS Selangor sebagai rakan kongsi dalam pentadbiran negeri itu?

Pokok pangkalnya, dalam hal ini, PAS yang harus dipersalahkan kerana kebodohan mereka memberi kepercayaan kepada seorang pemimpin Khianat seperti Si Azmin Ali ni kuasa. Penyudahnya, rakyat juga yang terpaksa hidup sengsara!!!

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping