Memaparkan catatan dengan label PKR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PKR. Papar semua catatan

Khamis, Februari 20, 2020

Presiden PKR, Anwar Ibrahim menggesa supaya kes melibatkan bekas pembantu penyelidiknya, Muhammed Yusoff Rawther dengan setiausaha politik beliau, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang dibuka semula siasatannya tidak dipolitikkan.

Beliau berkata biarlah polis yang membuat keputusan mengenainya, sekali gus menyifatkan kes itu kecil.

“Biarkan polis membuat keputusan itu. Terdapat banyak kes serius yang saya tahu. Jangan mempolitikkan kes kecil ini,” katanya pada satu acara di Bangsar hari ini.

Sebelum itu, polis memanggil Yusoff susulan arahan Jabatan Peguam Negara (AGC) supaya membuka semula siasatan ke atas satu laporan yang dibuat terhadap pembantu presiden PKR itu tahun lepas.

FMT difahamkan bahawa polis diminta mengemukakan kertas siasatan kepada AGC hari ini sebaik sahaja mereka selesai mengambil kenyataan Yusoff.

Difahamkan juga bahawa satu siasatan baru dijalankan ke atas setiausaha politik Anwar, Farhash di bawah Seksyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan berkait kesalahan intimidasi jenayah dan menyebabkan kecederaan.

Isnin, Februari 17, 2020

Anwar Hanya Layak Jadi Beruk Dalam Pakatan

Jawatan PM pernah tercicir daripada tangannya meskipun hanya selangkah lagi daripada jawatan itu ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri pada 1990-an. Beliau dipenjarakan atas tuduhan salahlaku seksual.

Anwar tercicir lagi jawatan PM pada 2013 ketika mengetuai Pakatan Rakyat. Pakatan pembangkang ketika itu hampir menewaskan BN. Waktu itu, beliau adalah ketua pembangkang.

Ketika Pakatan Harapan berjaya menewaskan Barisan Nasional pada 2018, jawatan PM tercicir lagi daripada tangan Anwar kerana beliau masih dalam penjara, sekali lagi kerana salahlaku seksual. Kali ini, beliau menerima pengampunan selepas PH menawan Putrajaya.

Cuma yang tidak sangka, situasi Anwar kembali ke zaman 1990-an apabila jawatan PM kembali ke tangan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kini, Anwar berpeluang lagi menjadi PM. Beliau hanya perlu menunggu persaraan Mahathir. Manifesto PH cukup manis baginya kerana ia menyatakan gilirannya menjadi PM adalah selepas Mahathir.

Bezanya kali ini, beliau bukan sebahagian daripada kabinet Mahathir mahupun timbalan bekas bosnya. Beliau hanyalah presiden PKR.

Apakah Anwar akan tercicir lagi jawatan PM kali ini? Inilah persoalan yang sedang mengugat emosi dan suhu politik negara melebihi Covid-19.

Jadi apakah yang berada antara Anwar dan jawatan PM yang diimpikannya selama ini?

Rabu, Februari 05, 2020

Timbalan Ketua PKR bahagian Ampang, Hamsah Djabir mendakwa wujud pakatan jahat daripada beberapa pemimpin parti itu yang mahukan Zuraida Kamaruddin dipecat dan disingkirkan.

Beliau berkata tersebar satu pesanan WhatsApp yang dihantar Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kedah, Johari Abdul yang berbunyi:

“Salam. Saya difahamkam Zuraida akan turun di Sik. Saya ingatkan semua PKR Kedah jangan beri ruang untuk mereka fitnah kita. Jangan buat apa-apa provokasi, termasuk berhimpun tunjukkan kekuatan kita.

“Jangan layan puak-puak kartel. Mereka memang harap kita provok jadi nyawa Zuraida akan panjang. Ingat bulan Februari 2020 akan dipecat. Saya ingatkan sekali lagi jangan ada apa-apa aktiviti dan jangan layan mereka. Terima Kasih.”

Hamsah mendakwa dalam pesan WhatsApp itu, Johari merujuk kepada Zuraida dengan mengutarakan ayat yang berbunyi “ingat bulan Februari 2020 akan dipecat”.

Beliau berkata PKR bahagian Ampang juga melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan itu dan meminta Johari menjelaskan dengan terang maksud mesej tersebut.

“Kami cabar beliau (Johari) nafikan wujud pakatan jahat segelintir pemimpin kanan PKR mahukan Zuraida dipecat dan disingkirkan.

“Kami PKR bahagian Ampang desak Presiden PKR Anwar Ibrahim tampil ke depan dan arah pemimpin PKR ini hentikan kerja jahat mereka,” katanya satu sidang media khas bersama pimpinan PKR bahagian Ampang.

Selasa, Jun 04, 2019

Hebat Kerajaan PH. Sebelum perintah PH berjanji tiada lantikan politik untuk jawatan tertinggi Kerajaan. Sekali dengan jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM pun orang PH sapu habis. Mampukan seorang ahli politik tegar kepartian pastikan mereka tidak pilih kasih apabila melibatkan kawan sekapal? Sekadar bertanya.


Pada tahun 2016, Ketua Pesuruhjaya SPRM ditangkap khalwat dengan S Surendran, MP padang Serai, Kedah. Dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin. Sekadar bertanya, apa kesudahannya? Kes digugur atau 'no further action'?


Pertama kali dalam sejarah apabila Ketua Pengarah yang dilantik mempunyai 'zero working experience' dalam agensi awam Kerajaan terbabit. Boleh diumpamakan seperti melantik Chef Wan sebagai Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.


Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2019/06/rakyat-dikencing-lagi-apabila-latheefa.html#6w0sWFEqtMgotDoJ.99


PS: Tambah menghairankan ialah apabila Si Tipah Koyak ni pernah menghalang Rafizi membuat laporan kepada pihak SPRM berhubung kes dakwaan berlakunya Rasuah Betina dalam pentadbiran Rejim Pakatan Selangor pimpinan Azmin.


Jadi, bagaimana mungkin dia boleh dilantik menjadi Ketua Pengarah SPRM sedangkan dia sendiri pernah cuba menyembunyikan salah laku rasuah yang melibatkan Rejim Pakatan sendiri???

Isnin, Mac 11, 2019

#MaluApaBossKu vs #GilaApaBossKau

Baru ni, aku ada dengar ucapan Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR sewaktu merasmikan Bilik Gerakan parti itu di DUN Semenyih mendakwa Orang Melayu Semenyih tidak seperti Melayu di Cameron Highland.

Maka timbul sedikit persoalan mengenai kenyataan Azmin itu, Adakah dia menganggap orang Melayu di Cameron Highland bodoh hanya semata - mata kerana mereka mengundi calon Barisan Nasional ketika PRK yang lalu?

Adakah Azmin juga terlupa bahawa Orang Melayu di 56 Parlimen lain juga masih lagi mengundi Barisan Nasional sewaktu Pilihan Raya Umum tempoh hari? Itu tidak termasuk Melayu yang undi Ahli Parlimen PAS. Adakah mereka semuanya bodoh belaka?

Sebagai ahli Politik, Azmin mungkin terlupa atau sengaja buat - buat lupa bahawa terdapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang calon itu dipilih sebagai wakil rakyat. Mereka bukan dipilih hanya semata - mata kerana parti yang diwakili sahaja.

1. Faktor Calon - rakyat memilih wakil mereka berdasarkan kepada kredibiliti calon itu secara langsung. Dalam kes PRK Cameron Highland, Ahli Parlimen yang mewakili BN itu dari kalangan orang Asli Islam yang berpendidikan tinggi serta merupakan anak tempatan. 
Maknanya, bukan Melayu sahaja yang memilih wakil mereka di Cameron Highland tu. Sebaliknya, masyarakat Orang Asli sendiri mahu diwakili oleh kaum mereka. Maka, adakah Orang Asli itu pun dianggap bodoh?
2. Faktor Kerjasama PAS dan UMNO - buat pertama kalinya dalam sejarah Politik di Malaysia, sebuah parti yang selama hari ini berseteru diantara satu sama lain bergabung bagi menentang pemerintah Rejim Pakatan yang secara jelas dikuasi oleh DAPigs.
Adakah Azmin terlupa bahawa kedudukan dia sewaktu berjaya merampas kerusi Menteri Besar Selangor dari Khalid Ibrahim dahulu pun adalah disebabkan sokongan dari PAS? Adakah Azmin juga anggap penyokong dan ahli PAS ini semuanya bodoh?
3. Faktor Kegagalan Rejim Pakatan - ini faktor paling ketara yang menyebabkan Orang Melayu di Cameron Highland menolak calon DAPigs yang mewakili Rejim Pakatan Hancing tu sebagai Ahli Parlimen mereka. Kegagalan Rejim Pakatan ini tak perlu dinafikan.
Realitinya, Perdana Menteri Rejim Pakatan itu sendiri sering mengakui secara sinis atau pun secara terbuka mengenai kekecewaannya terhadap kepimpinan Rejim Pakatan itu. Adakah Azmin cuba nak menutup kegagalan dirinya sendiri?

Ini baru 3. Banyak lagi faktor lain yang menyebabkan rakyat di Cameron Highland dan kemungkinan di Semenyih serta seluruh menolak calon yang mewakili Rejim Pakatan itu walaupun mereka sudah menguasai pemerintahan di Putrajaya.

Pokok pangkalnya, rakyat di Cameron Highland memilih wakil rakyat bukan hanya berdasarkan kepada faktor kehadiran BOSSKU semata - mata. Tetapi hakikatnya, rakyat dah muak dengan permainan Politik Rejim Pakatan yang GAGAL menjaga kebajikan mereka!!!

Rabu, Mei 30, 2018

Hahaha!!! Kesian melihat Macai Rejim Pakatan Haprak ni apabila Naib Presiden PKR tu buat kenyataan secara terbuka berhubung faktor kemenangan mereka merampas Putrajaya baru - baru ini.


Nampak sangat yang mereka ni dari jenis manusia yang tidak mampu menerima hakikat. Maka sebab itu mereka mudah melatah dan meroyan tak tentu arah bila Rafizi keluarkan kenyataan tersebut.


Padahal, apa yang diperkatakan oleh Si Rafizi tu ada kebenarannya juga walaupun ia buat hanya sekadar untuk menghilangkan ketaksuban Pencacai Rejim Pakatan terhadap Mahathir.


Dari satu sudut, faktor kemenangan Rejim Pakatan Haprak tu bukan kerana Tun Mahathir semata - mata. Tetapi penyelewengan fakta yang dimanipulasikan oleh Pakatan itu yang membuatkan mereka meraih kemenangan.


Jika tidak isu seperti 1MDB, GST dan Tol itu yang menjadi zikir puak Pakatan Haprak, mana mungkin ianya boleh membangkitkan rasa kebencian terhadap Kerajaan BN sebelum ini?


Cuba bayangkan jika kesemua isu itu tidak dibangkitkan, tinggal Tun Mahathir sahaja yang berkempen dalam Pilihan Raya Umum yang lalu, adakah puak Pakatan Haprak tu boleh menang?


Sedangkan Tun Mahathir sendiri pun sibuk menjaja cerita pasal 1MDB, pemberian BR1M, perlaksanaan GST itu merata tempat. Itu pun puak Macai Rejim Pakatan Haprak tu masih cuba nak menafikannya?


Belajar la terima hakikat. Jika kemenangan Rejim Pakatan Haprak tu hanya disebabkan Tun Mahathir sahaja, nampak sangat perjuangan mereka adalah kerana kepentingan Politik Peribadi semata - mata, bukannya sebab diorang nak menjaga kebajikan rakyat!!!

Selasa, Mei 29, 2018

Agak menghairankan juga kenapa Si Rafizi ni acap kali tampil mengkritik Rejim Pakatan baru yang dipimpin oleh Tun Mahathir secara terbuka. Tiba - tiba dia boleh jadi terencat akal ke?


Ini kali kedua Rafizi mengeluarkan kenyataan yang agak negatif terhadap pemerintahan Rejim Pakatan baru ini. Secara tidak lansung ianya menunjukkan dia ada agenda tersendiri yang sudah diketahui secara umum.


Hakikatnya memang tidak boleh dinafikan. Semua orang sedia maklum bahawa sokongan Macai Rejim kepada kemenangan Pakatan Haprak tu adalah kerana faktor Tun Mahathir sendiri.


Maka sebab itu awal - awal lagi Punaisihat Rejim Pakatan dah beri amaran bahawa kemenangan mereka adalah disebabkan Tun Mahathir. Kalau Pakatan buat sendiri memang tak mampu.


Jesteru, secara tidak lansung, sokongan yang dilihat hari ini adalah kerana Tun Mahathir. Bukan sebab faktor isu yang dibangkitkan oleh puak Pakatan Haprak seperti Si Rafizi sebelum ini.


Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila GST diumum akan dimansuhkan, Macai Pakatan masih boleh menerima kenaikkan harga barang secara mendadak dengan hati yang terbuka.


Alasan mereka, selagi Tun jadi PM, semua itu bukan satu masalah besar. Mereka masih mengharapkan Tun untuk menyelesaikan isu kenaikkan harga barang yang sedang melanda Negara pada ketika ini.


Jadi, tak perlu la Si Rafizi tu nak buat dakwaan kononnya faktor Tun Mahathir tidak memainkan peranan yang penting dalam menentukan kemenangan Rejim Pakatan Haprak tu. Kot ya pun dia nak jilat bontot Anwar, jangan sampai dia cuba nak menipu diri sendiri!!!

Ahad, Mei 20, 2018

Bila Golongan MUNAFIK Berkata - Kata.

Nampak gayanya, semua kata - kata hinaan yang dilemparkan oleh Rejim Pakatan Baru terhadap kepimpinan Kerajaan sebelum ini mula memakan diri mereka sendiri satu persatu.


Rakyat ketika ini sedang melihat permainan Politik Munafik yang dilaksanakan oleh Rejim Pakatan apabila satu persatu hinaan itu seolah - olah terkena pada batang hidung mereka sendiri.


Jika dulu, Rejim Pakatan itu mendakwa pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia ini sebagai satu bentuk Rasuah terbuka dan menjatuhkan hukum HARAM bagi sesiapa yang menerimanya.


Mereka mendakwa tindakan Kerajaan sebelum ini memberikan BR1M hanya semata - mata untuk memancing undi sedangkan realitinya semua tahu bahawa tidak semua yang terima BR1M undi Barisan Nasional.


Bantuan Rakyat 1Malaysia ni dah mula diberikan sebelum Pilihan Raya Umum ke 13. Dan keputusan pada ketika itu, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan masih tidak dapat dikuasai oleh BN.


Dalam erti kata lainnya, dakwaan mengatakan bahawa Bantuan itu diberikan untuk memancing undi adalah tidak benar. Ianya hanya sekadar propaganda Politik Sempit Pakatan semata - mata.


Tapi sekarang, mereka tetap mengekalkan pemberian Bantuan tersebut dengan alasan kononnya ianya diperlukan oleh golongan yang memerlukan. Tinggal lagi, sekarang Rejim Pakatan Haprak tu tak sebut ianya sebagai Rasuah.


Sebaliknya, fatwa berkaitan dengan pemberian bantuan tersebut sudah di-HALAL-kan oleh Rejim Pakatan walaupun sebelum ini mereka sendiri melabelkan pemberian itu sebagai amalan "Cash Is King". Sekarang, siapa King yang suka MENIPU RAKYAT???

Khamis, Mei 17, 2018

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar turut tampil memberikan pendapatnya mengenai serbuan itu di laman Twitter miliknya dengan mengatakan bahawa sebarang siasatan perlu dilakukan dengan bijak.


Jelasnya, pihak polis telah hadir ke rumah bekas perdana menteri itu pada waktu yang tidak sesuai dan memohon pihak berkuasa untuk sentiasa menerapkan prinsip keadilan dan berhemah dalam melakukan siasatan.


“Sebagai bekas mangsa geledah polis pada awal subuh, saya mesti menyatakan rasa tidak bersetuju ini terhadap tindakan geledah mana-mana kediaman pada waktu awal pagi dan tidak bersesuaian,” tulisnya di Twitter, hari ini.


Beliau mengulas tindakan polis yang menggeledah kediaman bekas Perdana Menteri itu di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur, malam tadi.


Dalam erti kata lainnya, tindakan menggeledah rumah seperti yang dilakukan itu juga merupakan modus operandi yang sama pernah dipraktikkan sewaktu Anwar dipecat dari jawatan Timblan Perdana Menteri.


Persoalannya, adakah pihak Polis membuat serbuan tersebut mengikut Standard Operation Protokol (SOP) biasa atau mereka bertindak selepas menerima arahan dari pihak tertinggi seperti yang berlaku sebelum ini???

Rabu, Mei 16, 2018

Itu persoalan yang sedang bermain diminda penyokong Rejim Pakatan pada ketika ini. Kenapa lantikan Anwar sebagai Perdana Menteri perlu dilengah - lengahkan? Kenapa tidak dibuat segera?


Diantara penjelasan yang diberikan, tindakan untuk menukar Perdana Menteri itu adalah sesuatu yang tidak bijak. Sebarang peralihan kuasa sepatutnya berlaku pada pertengahan penggal.


Malah, salah seorang Ahli Penasihat Rejim Pakatan baru itu mendakwa, kejayaan mereka merampas Putrajaya adalah hasil usaha Tun Mahathir, bukannya titik peluh pemimpin PKR itu.
“Anda semua mencuba nasib banyak kali dalam pilihan raya tetapi gagal. Sama ada anda suka atau tidak, Tun Dr Mahathir Mohamad berjaya.
"Jika anda mungkir janji kepada rakyat, mereka tidak akan percaya anda lagi," katanya dalam temu bual dengan akhbar Singapura, Straits Times.
IRONIKnya, kenyataan yang dibuat oleh pemimpin PKR bertentangan dengan apa yang diluahkan Penasihat Rejim Pakatan itu. Mereka mendakwa kejayaan itu adalah milik Anwar.


Nurul Izzah dalam laporan antarabangsa mendakwa, ianya bukan satu perkara yang mudah untuk mempercayai seorang bekas Diktator. Maka pembebasan segera Anwar adalah untuk mengelakkan sebarang 'pelanggaran'.


[BACA: Putri Anwar Ibrahim Mengaku Tak Mudah Mempercayai Mantan Diktator]


Dari satu sudut, tindakan Rejim Pakatan cuba memberi alasan berhubung lantikan Anwar itu memberikan gambaran seolah - olah ada usaha tersembunyi untuk menidakkan dia dari menjawat jawatan tersebut. Persoalannya, adakah itu yang sedang berlaku pada ketika ini???

Isnin, Mei 14, 2018

Rafizi Ramli dinasihatkan tidak mengikut selera sendiri dan membuat sebarang kenyataan mengenai isu pengumuman menteri yang boleh merugikan Pakatan Harapan (PH).


Ahli Jawatankuasa Komunikasi dan Mobilisasi Pakatan Harapan (PH) Khairuddin Abu Hassan menegaskan, Naib Presiden PKR itu seharusnya dikenakan tindakan kerana dilihat menggunakan platform media tanpa menggunakan saluran dalaman.


"Rafizi adalah Naib Presiden PKR. Apa sahaja yang dia tidak berpuas hati; bercakaplah melalui saluran parti," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.


Sebelum ini, Rafizi menjelaskan, PKR menganggap perbincangan masih berjalan bagi pengagihan jawatan menteri dalam Kabinet dan pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini tidak muktamad.


Tegas Rafizi, sebarang keputusan mengenai apa-apa pelantikan mestilah dipersetujui secara bersama oleh keempat-empat parti di dalam PH.


Tambah Khairuddin, PH mempunyai platform dan saluran dalaman parti yang sedia mendengar luahan atau apa sahaja pandangan secara tertutup.

Jumaat, Mei 11, 2018

Jika dilihat semula perjanjian yang dibuat oleh Ahli Parlimen Kuantan terhadap penduduk dikawasan tersebut sebelum ini, maka sudah pasti perkara itu akan ditunaikan seberapa segera.


Ahli Parlimen Kuantan serta Ahli Parlimen Bentong yang baru pernah berjanji secara terbuka untuk menutup kilang yang didakwa mengeluarkan bahan radiasi itu sekiranya Pakatan berkuasa.


Perkara itu telah menjadi sebahagian daripada bahan jajaan kempen yang digerakkan oleh kedua - dua Ahli Parlimen tersebut melalui gerakan Hijau yang dilaksanakan sebelum ini.


Kini, Pakatan sudah berjaya merampas Putrajaya dan membentuk Rejim yang baru. Maka persoalannya, adakah kedua - dua Ahli Parlimen itu akan menunaikan janji yang telah mereka buat?


Adakah kilang kontroversi yang telah menyebabkan rakyat di Kuantan berpecah belah itu akan ditutup seperti mana yang telah dijanjikan oleh kedua - dua Ahli Parlimen itu sebelum ini?


Apa yang pasti, rakyat sudah tentu akan menunggu tindakan selanjutnya. Nak pulak apabila Ahli Parlimen Bentong itu masih ada kes saman fitnah yang difailkan dimahkamah oleh syarikat tersebut. Adakah Rejim Pakatan itu berani mengambil tindakan sedemikian???
Jika sebelum ini, Rafizi dengan penuh lagak sombong mendabik dada menyatakan bahawa dia tidak akan dipenjara dan terlepas dari hukuman sekiranya puak Pakatan berjaya menakluki Putrajaya.


Rafizi dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menabur fitnah serta mendedahkan dokumen sulit secara terbuka dibawah Akta BAFIA yang telah difailkan oleh Pengerusi NFCorp.


Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara terhadap Rafizi kerana didapati bersalah melakukan tuduhan tersebut sebelum ini sehingga menyebabkan dia hilang kelayakan untuk bertanding.


Malah Rafizi juga masih berhadapan dengan kes saman fitnah yang difailkan oleh Tabung Haji kerana membuat dakwaan terhadap institusi kewangan Islam itu. Kes itu masih sedang dibicarakan.


Persoalannya, adakah Si Rafizi itu akan terlepas dari sebarang hukuman seperti mana yang didakwa sebelum ini? Adakah pihak Rejim Pakatan yang baru akan mengambil tindakan terhadap pendakwaan yang dibuat?


Dan bagaimana pula dengan kes saman syarikat Lynas terhadap Ahli Parlimen Bentong yang sedang menanti keputusan dari mahkamah ini? Adakah kes itu juga akan digugurkan begitu sahaja?


Kalau sebelum ini, mereka sering mendakwa Kerajaan Barisan Nasional menyalah-guna kuasa dan mencampuri urusan Mahkamah. Maka adakah kali ini Rejim Pakatan baru itu akan melakukan perkara yang sama bagi mengelakkan pemimpin mereka dijatuhkan hukuman???

Rabu, Mei 09, 2018

Jika sebelum ini, hari RABU menjadi trending dilaman media sosial apabila Perdana Menteri mengumumkan hari ini sebagai hari pembuangan undi bagi Pilihan Raya Umum ke 14.


Maka, pelbagai spekulasi mula bertebaran dilaman media sosial mempersoalkan tarikh yang telah diumumkan. Kononnya berlaku konspirasi tertentu untuk memberi kemenangan kepada BN.


Tapi anehnya, keadaan dan suasana Hari Pembuangan Undi yang diadakan hari ini agak berlainan. Suasananya tidak seperti pada ketika Pilihan Raya Umum yang diadakan sebelum ini.


Tiada sebarang provokasi yang tidak diundang berlaku. Tiada sebarang dakwaan kononnya wujud pengundi hantu di Pusat Daerah Mengundi walaupun ada satu dua kes yang dibangkitkan.


Namun, melihat kepada pola pengundian kali ini juga agak berbeza. Tiada sebarang 'Bot Luar' yang menghantar pengundi - pengundi yang telah dipindahkan. Tiada sebarang muka asing kelihatan.


Sesungguhnya, keadaan ini dilihat agak menghairankan dan ianya menjadi satu misteri. Ada juga laporan yang mengatakan bahawa kumpulan tertentu tidak menerima 'Arahan' untuk keluar mengundi.


Apa pun keadaannya, hari ini adalah hari penentu kepada masa depan Negara. Rakyat diberi tanggungjawab untuk memilih sama ada mereka mahu menjadikan Malaysia kekal sebagai sebuah Negara Hebat atau membawa bencana dimasa akan datang!!!

Isnin, Mei 07, 2018


"Kalau Saya Jadi Rafizi, Saya Malu". Itu kata Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB berhubung fitnah yang sering dikitar semula oleh puak - puak Pakatan Haprak tu. Nak pulak kepada Rafizi. (BACA SINI)


Hakikatnya, Si Rafizi tu memang takde kemaluan. Maka Sebab itu dia tanpa ada sebarang rasa bersalah menyebarkan fitnah secara terbuka. Malah fitnah itu sudah menjadi kebiasaan bagi dia.


Dan apa yang pasti, nafsu buas Si Rafizi tu menabur fitnah bukan setakat terhadap 1MDB dan Barisan Nasional sahaja. Bahkan pemimpin Pakatan Haprak tu sendiri pernah difitnah oleh Si Rafizi.


Kalau sebelum ini, Si Rafizi tu pernah menabur fitnah terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim bagi menjayakan agenda Langkah Kajang untuk menggugurkan Menteri Besar Selangor tu dari jawatannya.


Malah, Si Rafizi tu juga pernah menabur fitnah terhadap Azmin Ali yang didakwa melakukan penyelewengan dalam pemerintahan Rejim Pakatan Selangor dan mengamalkan Rasuah Betina.


Maka secara kesimpulannya, Si Rafizi Ramli tu memang tidak ada sebarang kemaluan. Dan sebab itu dia berani menabur fitnah terhadap mana - mana pihak. Mungkin Si Rafizi tu ingat dia boleh selamat didunia. Tapi diakhirat kelak, dia tak kebal dari azab api neraka!!!

Ahad, Mei 06, 2018

SELAIN hilang kepercayaan terhadap pemimpin Parti Warisan Sabah (WARISAN) serta PKR, rayuan ibu menyebabkan bekas Ketua Cabang PKR Batu Sapi, Mustafah Talib keluar parti.


Mustafah yang disertai kira-kira 1,000 ahli menyerahkan borang menyertai BN dalam pertemuan dengan Pengerusi BN Sabah, Tan Sri Musa Aman selepas Majlis Pecah Tanah Kompleks Pusat Islam Libaran di Sungai Kayu, semalam.


Mustafah berkata, ibunya yang juga Ketua Cawangan UMNO di Batu Sapi, Armah Abdul sering memujuknya untuk kembali ke pangkuan BN selepas keluar UMNO pada 2016 kerana mahu mengikut jejak langkah pemimpin WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.


Bagaimanapun, katanya, dia hilang kepercayaan terhadap pemimpin WARISAN yang menjadi idolanya serta Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew kerana hanya mementingkan diri sendiri, terutama dalam soal pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


“Saya tak sanggup derhaka kepada ibu kerana dia sudah berulang kali memujuk dan merayu sehingga menitiskan air mata, lagi pun BN terutama Ketua Menteri yang banyak berjasa kepada keluarga saya.


“Selain itu, saya hilang kepercayaan terhadap presiden WARISAN dan Pengerusi PKR Sabah.


“Dulu Shafie pernah jadi idola saya, namun baru setahun jadi pembangkang, beliau hilang pertimbangan, tiada lagi semangat menghormati dalam parti dan kerjasama apabila membolot semua kerusi,” katanya.


Mustafah berkata, dia meninggalkan UMNO sebelum ini kerana kecewa dan tanda protes apabila Mohd Shafie dipecat daripada jawatan menteri kanan dan kembali semula kepada BN selepas tidak lagi sehaluan dengan pemimpin berkenaan.
Jentera pilihan raya gabungan pembangkang PKR di Felda Mempaga dekat sini lumpuh selepas ahlinya bertindak untuk tidak lagi berkempen bagi calon PKR di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari, Syefura Othman atau lebih dikenali sebagai Rara.


Bukan setakat itu, kesemua mereka seramai 45 orang yang juga merupakan ahli PPBM dan PKR turut keluar parti itu ekoran tidak berpuas hati dengan kepemimpinannya di Parlimen Bentong yang seolah-olah tidak mempedulikan keperluan mereka semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang sedang berlangsung.


Ketua jentera pilihan raya gabungan pembangkang PKR Felda Mempaga,  Rozaini Mokhtar, 35,  berkata, penat lelah mereka berkempen untuk Syefura selama ini seakan-akan tidak dihargai malah dituduh pula menjadi dalang mensabotaj pusat gerakan gabungan PKR  bagi PRU-14 di Felda tersebut.


"Disebabkan salah satu program mereka di sini tidak mendapat sambutan, salah seorang petugas Rara mengugut untuk membuat laporan polis dan mahu melibatkan saya dalam kejadian sabotaj pusat gerakan berkenaan.


"Bimbang menjadi mangsa keadaan, saya turut membuat laporan polis  dan menafikan terlibat dalam kejadia tersebut. Saya tidak boleh tahan lagi, selepas berkerja keras berkempen untuk Rara di sini saya dituduh pula mensabotaj," katanya dalam sidang akhbar di Felda Mempaga di sini malam ini.


Dalam pada itu, ahli terawal PPBM di Felda Mempaga,  Mazlan Zahar, 50, berkata, ekoran rasa dipergunakan dan diambil kesempatan oleh DAP, dia bersama rakan-rakan yang lain bertindak untuk keluar parti.

Sabtu, Mei 05, 2018


Selain isu pengundi Bangladesh, pembangkang juga galak memainkan isu pengundi hantu sebab nak burukkan SPR kononnya pilihan raya di Malaysia ini langsung tak bersih. Mereka dakwa kerajaan peralat SPR untuk memberi kemenangan kepada BN.


Isu-isu ini akan dimainkan berulang-ulang kali setiap kali tibanya musim pilihan raya. Tapi, adakah mereka tampilkan dengan bukti? Tak ada! Dalam isu pengundi hantu misalnya, istilah itu sendiri sebenarnya hanya propaganda, dan pengundi hantu tak wujud pun!


Hakikatnya, terdapat segelintir pemilih berdaftar yang telah berpindah dan tidak lagi bermastautin di kawasan yang mana mereka telah mendaftar sebagai pemilih atau terdapat pemilih yang bertukar alamat bahagian pilihan raya.


Sebab itu kadang-kadang ada penduduk yang tak mengenali mereka, sedangkan mereka ini adalah pemilih berdaftar yang sah dari segi undang-undang. Janganlah mudah percaya dengan dakwaan pembangkang. Mereka sebenarnya kehabisan modal sebab mereka tahu mereka akan kalah. Itu saja! 
Berita hangat yang diterima sejak tengahari tadi mendedahkan berlakunya beberapa pergeseran diantara jentera PKR di kawasan Felda Mempaga dan juga jentera calon DAPigs Ketari.


Dari laporan yang diterima, kehadiran calon DAPigs itu tidak diterima sepenuhnya oleh golongan anak muda yang telah mengambil tindakan drastik memulaukan program anjuran calon tersebut.
Dah macam - macam FITNAH kita dengar dari mulut puak Pakatan Haprak, terutamanya dari pemimpin PKR berhubung isu pemecatan Si Khalid Ibrahim sebagai ahli parti tersebut sebelum ini.


Ada yang mendakwa Si Khalid Ibrahim tu dipecat kerana enggan menyerahkan tampuk pemerintahan Selangor kepada Wan Azizah. Maka dia dipecat kerana tidak memberi laluan kepada Presiden.


Kemudian ada juga yang mendakwa Si Khalid Ibrahim itu dipecat sebab dia nak melaksanakan lebuhraya bertol. Tapi bila Khalid dipecat pun, Rejim Pakatan Selangor tetap menjalankan projek tu juga.


Tak kuran juga fitnah yang dilemparkan terhadap Khalid Ibrahim kononnya bekas Menteri Besar Selangor itu cuba berkompromi dalam isu pengambil-alihan pengurusan air di Selangor.


Tapi, dalam pendedahan terbaru yang dibuat oleh Khalid Ibrahim sendiri, dia menyatakan bahawa dia telah dipecat kerana enggan mengambil duit rakyat untuk kegunaan Politik partinya sendiri.


Soalnya, adakah pendedahan yang dibuat oleh Khalid Ibrahim itu benar? Jika tidak, adakah PKR akan mengambil tindakan terhadap bekas Menteri Besar Selangor itu kerana membuat dakwaan yang bukan - bukan?

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping