Memaparkan catatan dengan label PPBM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PPBM. Papar semua catatan

Selasa, Jun 26, 2018

Ini yang diorang nak sangatkan? Yang selama ini diorang peluk cium DAPigs tu, ini hasil yang mereka perolehi. Tapi sekarang, pandai pulak diorang nak 'Kepala Bana' kan DAPigs?


Kalau sebelum ini, Pengerusi PPBM yang diagungkan oleh Macai Rejim Pakatan tu juga yang suruh diorang terima perjuangan DAPigs. Kononnya, dasar parti itu selama ini telah disalah tafsir.


Padahal dia yang sebelum ini pernah dilabelkan dengan gelaran Musuh Nombor Satu DAPigs juga yang melabelkan parti itu sebagai sebuah parti yang sarat dengan agenda Ultra Chauvinist.


Tapi, dek kerana rasa benci kepada Kerajaan BN yang tidak memberi muka kepada kroni - kroni dia membuatkan 'Manusia Suci' dalam PPBM itu berubah arah dan menyokong DAPigs.


Sekarang, bila dah dapat kuasa, dah berani melakukan apa sahaja yang mereka mahu, Ketua Rejim Pakatan Haprak tu masih lagi cuba nak pertahankan Menteri DAPigs yang telah melacurkan Bahasa Melayu.


Tinggal lagi, Macai PPBM diperingkat bawahan nampak gayanya mula menjadi tak tentu arah apabila Ketua Rejim Pakatan Haprak tu tidak mengambil sebarang tindakan yang sewajarnya. Maka sebab itu mereka terpaksa meng-KEPALA BANA-kan DAPigs dalam blog sendiri!!!

Rabu, Mei 30, 2018

Hahaha!!! Kesian melihat Macai Rejim Pakatan Haprak ni apabila Naib Presiden PKR tu buat kenyataan secara terbuka berhubung faktor kemenangan mereka merampas Putrajaya baru - baru ini.


Nampak sangat yang mereka ni dari jenis manusia yang tidak mampu menerima hakikat. Maka sebab itu mereka mudah melatah dan meroyan tak tentu arah bila Rafizi keluarkan kenyataan tersebut.


Padahal, apa yang diperkatakan oleh Si Rafizi tu ada kebenarannya juga walaupun ia buat hanya sekadar untuk menghilangkan ketaksuban Pencacai Rejim Pakatan terhadap Mahathir.


Dari satu sudut, faktor kemenangan Rejim Pakatan Haprak tu bukan kerana Tun Mahathir semata - mata. Tetapi penyelewengan fakta yang dimanipulasikan oleh Pakatan itu yang membuatkan mereka meraih kemenangan.


Jika tidak isu seperti 1MDB, GST dan Tol itu yang menjadi zikir puak Pakatan Haprak, mana mungkin ianya boleh membangkitkan rasa kebencian terhadap Kerajaan BN sebelum ini?


Cuba bayangkan jika kesemua isu itu tidak dibangkitkan, tinggal Tun Mahathir sahaja yang berkempen dalam Pilihan Raya Umum yang lalu, adakah puak Pakatan Haprak tu boleh menang?


Sedangkan Tun Mahathir sendiri pun sibuk menjaja cerita pasal 1MDB, pemberian BR1M, perlaksanaan GST itu merata tempat. Itu pun puak Macai Rejim Pakatan Haprak tu masih cuba nak menafikannya?


Belajar la terima hakikat. Jika kemenangan Rejim Pakatan Haprak tu hanya disebabkan Tun Mahathir sahaja, nampak sangat perjuangan mereka adalah kerana kepentingan Politik Peribadi semata - mata, bukannya sebab diorang nak menjaga kebajikan rakyat!!!

Sabtu, Mei 05, 2018


Selain isu pengundi Bangladesh, pembangkang juga galak memainkan isu pengundi hantu sebab nak burukkan SPR kononnya pilihan raya di Malaysia ini langsung tak bersih. Mereka dakwa kerajaan peralat SPR untuk memberi kemenangan kepada BN.


Isu-isu ini akan dimainkan berulang-ulang kali setiap kali tibanya musim pilihan raya. Tapi, adakah mereka tampilkan dengan bukti? Tak ada! Dalam isu pengundi hantu misalnya, istilah itu sendiri sebenarnya hanya propaganda, dan pengundi hantu tak wujud pun!


Hakikatnya, terdapat segelintir pemilih berdaftar yang telah berpindah dan tidak lagi bermastautin di kawasan yang mana mereka telah mendaftar sebagai pemilih atau terdapat pemilih yang bertukar alamat bahagian pilihan raya.


Sebab itu kadang-kadang ada penduduk yang tak mengenali mereka, sedangkan mereka ini adalah pemilih berdaftar yang sah dari segi undang-undang. Janganlah mudah percaya dengan dakwaan pembangkang. Mereka sebenarnya kehabisan modal sebab mereka tahu mereka akan kalah. Itu saja! 

Khamis, Mei 03, 2018

Tidak menolak sebarang kemungkinan keadaan yang sama seperti Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu bakal berulang lagi dalam PRU kali ini. Nak pulak jika ianya ada kaitan dengan Pakatan.


Kalau dalam Pilihan Raya Umum yang lepas, Pakatan Haprak tu tampil dengan pelbagai dakwaan serta tuduhan terhadap pihak Kerajaan Barisan Nasional tanpa sebarang bukti yang kukuh.


Mereka mendakwa Kerajaan Barisan Nasional dah siap import pengundi Bangladesh seramai 40 ribu orang sebagai Pengundi Hantu. Tapi ianya GAGAL dibuktikan secara terbuka.


Malah, puak Pakatan Haprak itu juga turut membuat kecoh di Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan menyebarkannya melalui laman media sosial untuk mewujudkan keadaan huru hara.
Dan sudah semestinya, rakyat tidak akan lupa dengan insiden Blackout yang didakwa berlaku di kawasan Parlimen Bentong apabila calon DAPigs kalah tipis kepada Datuk Seri Liow Tiong Lai.


Habis satu dunia puak Pakatan Haprak tu hasut rakyat dan mendakwa kononnya insiden itu berlaku bagi memberikan kemenangan kepada Presiden MCA itu. Tapi ternyata itu semua hanya pembohongan mereka.


Perkara itu telah disahkan sendiri oleh ADUN DAPigs yang turut bertanding dalam Parlimen Bentong selang beberapa hari selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 secara terbuka.


Maka, tidak mustahil sekiranya puak Pakatan Haprak tu akan mencipta satu lagi skrip drama 'Blackout 2.0' sekiranya mereka masih GAGAL untuk merampas kuasa dan menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum kali ini!!!

Selasa, Mei 01, 2018


Taktik kotor Pakatan yang sudah dirancang lama dengan membuat pelbagai tohmahan and berita palsu mengenai PRU14. Terbaharu, Calon PKR Bukit Mertajam, Steven Sim berkata, hari pengundian pada 9 Mei nanti akan dipenuhi hantu. 


Ini kerana Steven mendakwa kononnya banyak nama pengundi yang telah meninggal dunia masih berada di dalam daftar pemilih yang dikeluarkan SPR. Ini lah perangai Pakatan.


Tak habis-habis dengan tohmahan mereka mengenai isu pengundi hantu. Bila tanya mana bukti, masing-masing buat pusingan U pula!


Jika dulu, mereka yang gembar gembur ada pengundi hantu 40 ribu Bangladesh, tetapi bila siasatan dibuat tiada pun bukti seperti didakwa pemimpin Pakatan. Sebaliknya mereka pula yang buat pusingan U mengenai tohmahan mereka sebelum itu.


Selagi Pakatan tak menang, selagi itulah mereka akan dakwa PRU di negara ini paling kotor dalam sejarah. Taktik kotor Pakatan ini sebenarnya sudah boleh dibaca. Sebab sebelum ini pun mereka sendiri pernah mengakui akan protes dan melakukan mogok terhadap keputusan PRU!!!

Jumaat, April 27, 2018

Nampak gayanya, kebebalan pucuk pimpinan PKR terhadap rasa kecewa ahli diperingkat akar umbi masih tidak diendahkan dan ianya membuatkan ahli parti itu semakin bertambah meluat.


Keadaan itu membuatkan PPBM kini terpaksa berdepan dengan situasi sukar apabila bantahan dilakukan oleh lima cabang PKR Perak yang tidak bersetuju mereka menggunakan logo parti itu pada PRU14.


Sebelum ini juga ada beberapa bantahan oleh akar umbi PKR yang tidak berpuas hati berkenaan isu logo ini. Namun PKR cuba menafikannya dengan mendakwa pihak tersebut bukan ahli parti.


Tapi, rasanya logik bantahan ini dilakukan kerana PPBM menjadi punca banyak kerusi yang sepatutnya ditandingi PKR terpaksa dikorbankan tanpa persetujuan akar umbi, terutama di Perak.


Malah persediaan berkempen di kawasan masing - masing menjadi sukar apabila difahamkan calon dari parti ‘payung terjun’ tiba - tiba dicalonkan dan menggunakan logo PKR.


Difahamkan juga, lima kerusi Parlimen dan lima kerusi DUN di Perak yang sepatutnya diberi kepada PKR bakal diserahkan kepada calon PPBM termasuk di Lumut, Tapah, Gerik, Bukit Chandan dan Bota.


Rasanya, apa tindakan PKR? Takkan hanya diam saja dan tak ambil peduli dengan bantahan yang dibuat oleh mereka yang berada diperingkat akar umbi sendiri? Kalau dengan ahli parti pun PKR dah buat tak peduli, inikan pulak rakyat yang takde kaitan dengan parti tersebut!!!

Selasa, April 17, 2018

Pelik juga apabila melihat definasi Keadilan orang zaman sekarang. Yang ada kes di mahkamah, yang didedahkan dengan bukti dan dijatuhkan hukuman dianggap seperti dewa.


Malah ada diantara mereka yang menganggap pemimpin Pakatan Haprak tu sebagai Wira setelah dijatuhkan hukuman kerana didakwa telah menjadi Mangsa kezaliman pihak Kerajaan Kleptokrasi.


Padahal orang yang tidak ada kes dimahkamah, yang tidak dapat dibuktikan bersalah pula yang dilabelkan sebagai penjenayah yang didakwa telah melakukan pelbagai jenis kesalahan.


Orang yang tidak ada kes dimahkamah itu pula yang cuba diheret menggunakan sistem keadilan Negara yang sebelum ini mereka dakwa berat sebelah dan dikawal oleh pihak Kerajaan.


Macam-macam cara mereka lakulan termasuk memfailkan saman hanya berdasarkan bukti 'Cakap Mulut' sahaja. Bila mahkamah tolak permohonan mereka, mula diorang menuduh yang bukan-bukan.


Terang-terang Lim Guan Eng ada kes dimahkamah, Nurul Izzah mengaku menabur fitnah, Rafizi dijatuhkan hukuman kerana melanggar Akta Bafia dan Anwar Ibrahim ke penjara kerana keghairahan sendiri.


Tapi yang bersalah tetap juga pihak Kerajaan. Kes 1MDB yang tiada pendakwaan dimahkamah didakwa bersalah. Perdana Menteri yang tidak terlibat pun turut dilabel sebagai penjenayah.


Jenis mentaliti apa yang cuba dipamerkan oleh puak Pakatan Haprak ini? Keadilan apa yang mereka cuba buktikan sebenarnya? Dan kebenaran apa yang cuba mereka sembunyikan dari pengetahuan rakyat? Adakah diorang ingat rakyat BODOH seperti mereka!!!

Rabu, April 11, 2018

Nampak gayanya, PPBM sekarang ni bukan sahaja berada dalam keadaan yang sangat terdesak, malah mereka sedang berusaha sedaya upaya untuk menutup kemaluan yang telah terdedah kepada orang ramai.


Jika sebelum ini, parti itu sibuk mendabik dada membuat dakwaan kononnya mereka mampu untuk menggantikan UMNO dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara yang lebih maju.


Tapi hakikatnya, PPBM yang dibarisi oleh pemimpin - pemimpin tersohor itu tidaklah sehebat mana apabila mereka GAGAL mengurus-tadbir parti itu dengan baik sehingga terpaksa digantung.


Namun kelemahan parti itu sekarang ni cuba dipertanggungjawabkan ke atas RoS dan tuduhan liar dilemparkan terhadap Kerajaan sedangkan mereka yang GAGAL menjaga parti sendiri.


Keadaan itu kini menyebabkan pemimpin - pemimpin PPBM terpaksa Menjilat Ludah sendiri dan menjadi kesipuan apabila kemaluan mereka dibuka oleh PKR secara terang - terangan.


Sebagai langkah terakhir, parti itu cuba meraih sokongan simpati dari kalangan rakyat dengan memberikan gambaran seolah - olah parti itu sedang menjadi mangsa kezaliman pihak Kerajaan.


Walhal yang buat salah diri mereka sendiri. Mereka yang GAGAL menyerahkan dokumen yang diminta oleh RoS. RoS pula bertindak atas laporan serta aduan yang dibuat oleh ahli - ahli parti itu sendiri. Yang diorang nak jugak salahkan orang lain tu pasal apa!!!

Sabtu, April 07, 2018

Ketua Parlimen DAPigs, Lim Kit Siang, mengakui marah apabila logo parti itu yang sudah berusia 50 tahun, tidak akan digunakan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


Kit Siang mengakui berasa kecewa dan marah dengan keputusan menggunakan logo bersama berbanding penggunaan logo Roket sebelum ini bagi mewakili parti itu yang diguna pakai sejak 50 tahun lalu.


"Bukan saja ada ahli DAP yang marah dengan keputusan itu, saya juga marah tetapi kita akan ikut logo yang diumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad di Pasir Gudang malam ini," katanya.


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, sebelum ini mengumumkan persetujuan menggunakan satu lambang yang dipersetujui semua parti dalam PH bagi PRU-14.


Keputusan terbabit diambil selepas kegagalan PH didaftar sebagai pakatan untuk bertanding dalam PRU14 gara - gara kegagalan PPBM untuk menyerahkan dokumen yang dikehendaki oleh RoS.


Dari satu sudut, tindakan Pakatan memilih logo PKR dan mengenepikan logo Roket yang mewakili DAPigs turut dianggap sebagai satu Penghinaan serta memberikan gambaran seolah - olah Tun Mahathir berjaya menundukkan Lim Kit Siang. Itu pasal la Apek tu marah!!!
Jangan salahkan pihak lain sebaliknya PPBM harus akur kesilapan bermula daripada partinya sendiri, kata bekas Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman.


Beliau berkata PPBM walaupun diterajui pemimpin berpengalaman jelas tidak mampu menguruskan perkara-perkara asas, hingga menyebabkan partinya terbubar, selepas hanya setahun ditubuhkan.


“Jangan cuba untuk menuding jari kepada pihak lain. Semua pihak perlu akur dengan keputusan ini.


“Saya tidak lihat keputusan ini berpunca daripada salah guna kuasa di pihak ROS, sebaliknya ia jelas disebabkan kelemahan tadbir urus para pemimpin parti,” katanya dipetik Utusan Oline.


Hamidah berkata demikian ketika diminta mengulas pembubaran sementara parti tersebut seperti yang diumumkan Pendaftaran Pertubuhan(RoS) hari ini.


RoS dalam kenyataan semalam mengumumkan pembubaran PPBM berdasarkan Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan 1966 selepas parti tersebut gagal menyerahkan lima dokumen berkaitan pendaftarannya kepada jabatan tersebut.


Mengulas lanjut, Hamidah turut mempersoalkan kewajaran pengasas parti tersebut meletakkan klausa yang mereka sendiri tidak mampu penuhi dalam perlembagaan parti.


Katanya, kegagalan parti menubuhkan cawangan parti menonjolkan kepincangan kepemimpinan parti dalam memahami perlembagaan sendiri.


“Kalau sudah tahu mereka tidak mampu nak tubuhkan cawangan, mengapa dimasukkan klausa tersebut dalam perlembagaan?” soalnya.

Jumaat, April 06, 2018

Ahli Parlimen PKR Pandan Mohd Rafizi Ramli menafikan spekulasi yang mengatakan Tun Dr Mahathir Mohamad dan partinya, PPBM, akan mencetuskan tsunami Melayu yang akan memenangkan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


Naib Presiden PKR yang mengetuai badan kaji selidik Invoke Malaysia berkata rumusan itu berdasarkan data-data yang dikumpulkan hasil penyelidikan badan pemikirnya itu.


“Sekiranya anda bertanya kepada saya apakah akan berlaku tsunami disebabkan PPBM dan Dr Mahathir, saya katakan tidak, itu tidak akan berlaku,” katanya dalam satu kenyataan.


Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata tanpa ‘Tsunami Melayu’ harapan Pakatan DAP untuk menawan Putrajaya menjadi semakin sukar.


“Rafizi Ramli berkata kajian Invoke telah mendedahkan bahawa Mahathir gagal mencetuskan ‘Tsunami Melayu’ dan itu sepatutnya menjadi peranan Mahathir dan PPBM.


“Tanpa ‘Tsunami Melayu’ ini, pencapaian PH mungkin lebih buruk daripada pada PRU-13 apatah lagi memenangi 120 kerusi Parlimen yang mereka sasarkan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Selasa, April 03, 2018

Seorang bekas pengasas PPBM mempertikaikan tindakan Muhyiddin Yassin yang cuba menyekat ahlinya daripada bersuara dan menyatakan kepincangan yang berlaku dalam parti serpihan Umno itu.


Kamarul Azman Habibur Rahman menyifatkan tindakan mahu memecat ahli-ahli PPBM yang mempersoalkan kesahihan dokumen yang dihantar kepada RoS sebagai tidak selari dengan perjuangan yang dibawa parti itu. 


"Apabila Muhyiddin dipecat dari Umno dahulu, kemudian beliau kononnya mahu memperjuangkan keterbukaan dan hak besuara sekiranya beliau berjaya menubuhkan kerajaan bersama PH.


"Tetapi apa yang berlaku sekarang ialah dimana ahli PPBM sendiri belum apa-apa lagi tidak boleh mempertikaikan apa yang pucuk kepimpinan lakukan.


"Jelas menunjukkan apa yang diperkatakan tidak benar dan inilah bahaya yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin seperti Muhyiddin sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan," katanya kepada Antarapos.


Semalam Muhyiddin mahu memecat ahlinya ekoran mempertikaikan kesahihan dokumen yang diserahkan parti itu kepada RoS dan menyelar mereka sebagai 'bodoh' kerana tidak melihat dan memahami dokumen berkenaan tetapi mahu mempertikaikannya.

Isnin, April 02, 2018

Nampak gayanya, puak Pakatan Haprak tu terpaksa mengakui secara terbuka kebodohan dan kedangkalan pemikiran mereka menabur janji Pilihan Raya Umum yang dibuat sebelum ini.


Kalau sebelum ini, bukan main lagi puak Pakatan Haprak tu sibuk mendesak Kerajaan agar memberikan pendidikan percuma kepada rakyat. Malah, ianya termasuk dalam manifesto mereka.


Tapi kali ini, puak Pakatan Haprak tu berjaya dimalukan oleh bekas Perdana Menteri yang selama ini dituduh sebagai Diktator apabila dia menyatakan bahawa pendidikan percuma Pakatan itu tidak relevan.


Tun Mahathir yang juga merupakan Pengerusi Pakatan Haprak itu menjelaskan bahawa Pakatan Haprak tidak akan menawarkan pendidikan percuma kepada rakyat seperti yang dilakukan sebelum ini.


Bekas Perdana Menteri yang berusia 93 tahun itu mendakwa, majoriti pelajar yang diberikan pendidikan percuma itu tidak akan rajin belajar kerana menganggap ianya tidak penting.


Bahkan, Tun Mahathir juga turut membuat dakwaan dan mengumpamakan janji pendidikan percuma yang ditawarkan dalam manifesto Pakatan Haprak dalam Pilihan Raya Umum sebelum ini sama dengan 'Sampah'!
Kalau sebelum ini, bukan main lagi puak penyokong PPBM tu menuduh kononnya UMNO merupakan sebuah parti yang kejam terhadap ahli - ahlinya kerana bertindak terburu - buru.


Tuduhan tersebut dikeluarkan selepas beberapa orang pemimpin utama parti itu dipecat dan digugur keahlian mereka kerana secara terbuka mempersoalkan tindakan pucuk pimpinan parti.


Kata mereka, UMNO cuba menutup kelemahan dan kesalahan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan parti itu dengan mengambil tindakan memecat keahlian pemimpin seperti Muhyiddin Yassin.


Malah kata mereka, UMNO ni tidak mengamalkan sikap terbuka dan tidak boleh ditegur. Kononnya mereka menggambarkan kepimpinan UMNO ni sebagai parti yang tidak boleh disentuh.


Tapi hakikatnya, tindakan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan PPBM itu sendiri jauh lebih kejam dan zalim dari UMNO apabila mereka mengeluarkan ugutan untuk memecat ahli yang menuntut kebenaran.


Masuk kali ini, dah berapa ramai ahli parti itu yang dipecat tanpa sebarang usul periksa hanya semata - mata kerana mereka tampil menuntut penjelasan berhubung isu yang dibangkitkan.


Kali ini, kepimpinan PPBM sekali lagi membuat ugutan untuk memecat mana - mana ahli parti yang tampil mempertikaikan kesahihan dokumen yang diserahkan kepada RoS sebelum ini.


Dari satu sudut, nampak sangat kepimpinan PPBM ni jenis manusia yang suka bercakap tak serupa bikin. Nak tunjuk kononnya diorang ni maksum sedangkan dalam masa yang sama, diorang ni hanya mengamalkan sifat MUNAFIK secara terbuka!!!

Rabu, Mac 28, 2018

Sejak beberapa hari yang lalu, ramai dikalangan pengamal media sosial khususnya bercerita mengenai isu kegagalan Pakatan Haprak tu didaftarkan sebagai sebuah gabungan politik pembangkang.


Rata - rata menyifatkan tindakan itu memperlihatkan ketakutan pihak Kerajaan terhadap gabungan Pakatan pembangkang itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang.


Namun hakikatnya, apa yang cuba disampaikan oleh mereka itu hanya sekadar taktik untuk meraih sokongan simpati dari kalangan rakyat dengan memberikan gambaran kononnya mereka menjadi Mangsa.

Maka, bermula la drama 'Air Mata Buaya' puak Pakatan Haprak dengan mengeluarkan kenyataan kononnya mereka terpaksa menggunakan satu logo untuk menghadapi PRU ke 14 nanti.


Realitinya, gabungan Pakatan Haprak itu tidak dapat didaftarkan dalam masa terdekat adalah disebabkan kegagalan PPBM menghantar laporan yang dikehendaki oleh pihak RoS sebelum ini.


Tapi, dalam diam, DAPigs yang turut mempunyai masalah yang sama dengan PPBM sebelum ini setidak - tidaknya mampu tersenyum melihat keadaan malang yang menimpa rakan sekutunya itu.


Paling tidak, ianya akan menjadi modal DAPigs untuk menunjukkan bahawa parti Melayu dalam Pakatan Haprak itu tidak kompetan jika hendak dibandingkan dengan parti Chauvanis mereka.


Kiranya, DAPigs memiliki modal untuk menidakkan orang Melayu sebagai Ketua Pentadbir Negara dimasa akan datang. Mana tidaknya, sedangkan nak hantar laporan pun PPBM tak mampu, bagaimana mungkin diorang boleh mentadbir Negara dengan baik!!!

Selasa, Mac 27, 2018

Kalau bab bercakap guna air liur tanpa merujuk kepada realiti dan juga keadaan sebenar, suruh budak sekolah tadika pun pandai. Tak payah susah - susah nak jadi Perdana Menteri selama 22 tahun.


Realitinya, puak Pakatan Haprak tu memang tidak mempunyai sebarang modal untuk menarik sokongan dari pengundi. Maka mereka terpaksa menipu walaupun dalam janji Manifesyo mereka.


Perkara itu diakui sendiri oleh Tun Mahathir yang menyifatkan puak Pakatan Haprak tu tidak mampu untuk menunaikan janji Populis yang ditaburkan oleh sesetengah pemimpin mereka.


Bekas Perdana Menteri itu membuat dakwaan, kepemimpinan Pakatan tidak terikat kepada kenyataan dan janji dibuat pemimpin tertentu jika mendapati ia di luar kemampuan kewangan.

"Kita sedar, bahawa sebelum kita menyiapkan manifesto, ramai juga daripada pemimpin-pemimpin pakatan harapan yang membuat kenyataan tertentu (berhubung janji kepada rakyat).

"Kita tidak terikat dengan kenyataan dibuat itu, jika dapati tidak dapat dilaksanakan apabila menerajui kerajaan," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden PH di Galeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Menara Yayasan Selangor, di sini hari ini.

Tapi, kenyataan yang dibuat oleh Tun Mahathir itu bukan la satu perkara yang baru bagi rakyat Malaysia sebab sebelum ini pun, puak Pakatan Haprak tu sendiri pernah mengaku bahawa Manifesto itu Bukan Janji. Ianya hanya sekadar 'Gula - Gula' untuk menipu rakyat!!!

Isnin, Mac 26, 2018

Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail tampil menyifatkan kerjasama dengan Tun Mahathir, orang sama yang pernah menyingkirkan suaminya 20 tahun lalu, umpama “mimpi”.
“Ia seperti bermimpi. Apakah ia benar-benar berlaku?” katanya dipetik akhbar The Sydney Morning Herald (SMH) semalam.
“Tetapi ya, ia benar dan bagi saya ini menunjukkan betapa teruknya keadaan sehinggakan bekas perdana menteri yang memilih Datuk Seri (Najib Razak) sebagai perdana menteri, sampai ke tahap beliau sendiri (Dr Mahathir) perlu menjatuhkan orang yang dipilihnya.”
Namun bagi sesetengah pihak, kenyataan yang dibuat oleh Wan Azizah itu hanya sebagai satu sindiran terhadap bekas Perdana Menteri yang berusia 93 tahun itu secara terang - terangan.


Bagi mereka, apa yang cuba digambarkan oleh Wan Azizah ialah berkaitan dengan kedudukan Tun Mahathir itu sendiri sedang berada dalam keadaan yang sangat teruk pada ketika ini.


Jika sebelum ini, Tun Mahathir pernah memecat suami Wan Azizah dari jawatan Timbalan Perdana Menteri atas dakwaan salah guna kuasa dan terlibat dalam skandal seks diluar tabiie.


Kemudian Tun Mahathir juga pernah mengerakkan usaha untuk menjatuhkan Tun Abdullah Badawi yang dipilih oleh dirinya sendiri sebagai pengganti Perdana Menteri Malaysia.


Maka kali ini, Tun Mahathir dilihat berada dalam keadaan terdesak untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri sehingga terpaksa bergabung dengan puak Pakatan.


Dalam erti kata lainnya, kenyataan Wan Azizah itu memberikan gambaran bahawa bekas Perdana Menteri yang berusia 93 tahun itu sedang berada dalam keadaan yang sangat teruk untuk menjamin kedudukan legasinya dimasa akan datang!!!

Sabtu, Mac 24, 2018

Bukan satu berita yang menghairankan apabila RoS buat pengumuman bahaw pendaftaran Pakatan Haprak tu tidak dapat diteruskan kerana PPBM telah GAGAL menghantar laporan yang dikehendaki.


Jelas RoS, ia berikutan salah satu rakan komponennya iaitu PPBM, masih belum menjawab dan menyerahkan semua maklumat dan dokumen yang diminta mengikut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1966.
"Dengan ini Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mengesahkan bahawa pendaftaran Pakatan Harapan (PH) buat masa ini masih tidak dapat diproses," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Realitinya, kita pun tau PPBM tu dipimpin oleh siapa. Sedangkan sebelum ini pun, pemimpin yang mengepalai PPBM tu juga pernah menyebabkan UMNO diharamkan pendaftarannya.


Jadi, tak hairan la jika kali ini pun, parti yang dipimpin oleh orang yang sama menjadi punca kegagalan Pakatan Haprak tu didaftarkan sebagai sebuah parti gabungan sebelum PRU ke 14.


Salahnya pada diri mereka sendiri yang GAGAL mentadbir. Diorang sendiri yang GAGAL menguruskan parti sendiri. Takkan itu pun diorang masih nak salahkan orang lain tak tentu arah?


Logiknya, pemimpin dalam PPBM tu semuanya terdiri dari kalangan mereka yang dah lama dalam sesebuah organisasi. Kiranya bukan BERUK yang jadi pemimpin parti tersebut. Jadi, tak masuk akal kalau perkara seperti itu boleh berlaku.


Hakikatnya, pemimpin PPBM tu hanya setakat pandai nak salahkan orang lain je diatas kelemahan diri mereka sendiri. Kalau nak menguruskan parti sendiri pun diorang tak mampu, bagaimana mungkin diorang boleh menguruskan pentadbiran Negara dimasa akan datang!!!

Jumaat, Mac 23, 2018

Akibat malas membaca, Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi dikritik netizen kerana membuat rumusan awal daripada tajuk berita tanpa memahami keseluruhan artikel.

Syed Saddiq menerusi twitternya membidas kenyataaan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang bercadang meningkatkan gaji pekerja tempatan yang berkemahiran kepada RM3,500.

Walhal, cadangan untuk meningkatkan gaji minima kepada RM3,500 adalah bagi pekerja berkemahiran tinggi sahaja dan bukannya kepada semua sektor seperti yang dicadangkan oleh Pakatan.

Zahid ketika membuat cadangan tersebut berkata, tangga gaji tersebut menyamai gaji pekerja mahir asing yang bekerja di Malaysia pada ketika ini.

Bercakap kepada wartawan selepas merasmikan Ekspo TVET semalam, Zahid berkata, ianya juga sebagai usaha menggalakkan lebih ramai anak muda menceburi jurusan Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Ujarnya, gaji minimum ditawarkan kepada pekerja mahir tempatan kini adalah RM1,200 dan beliau mencadangkan menjelang 2030, gaji tersebut dapat ditingkatkan kepada RM5,000.

Lantaran itu, tidak hairanlah Syed Saddiq dibidas netizen dan ada yang menggelarkan beliau sebagai dungu. Seorang pengguna twitter membalas tweet Syed Saddiq menggesanya membaca keseluruhan artikel sebelum membuat rumusan awal.

“Bro, boleh tak baca kenyataan penuh dan berhenti memutarbelit. Adakah kamu begitu bodoh dengan hanya membaca tajuk sahaja?” tweet @yusof_haq.
Sementara Farah Harith berkata:” penjelasan ada didalam artikel. Samaada kamu dungu yang memilih untuk membaca tajuk atau kamu dengan mudahnya mengabaikan fakta untuk mengapi-apikan si dungu lain yang hanya membaca tajuk, dan tweet bodoh kamu sahaja”.

Rabu, Mac 21, 2018

Sebanyak 34 ahli dan pemimpin PPBM Kota Bharu diketuai Naib Ketuanya, Mohd Nor Hashim Che Min mengisytihar keluar parti kerana hilang keyakinan kepada parti yang dipimpin oleh Tun Mahathir itu.

Pada masa sama, kumpulan tersebut yang turut disertai Ketua Armada, Nik Mohd Adhwa Nik Haris dan Ketua Srikandi, Noormala Abdul Kadir mengumumkan penyertaan ke dalam PAS.

Mereka menyerahkan borang keahlian bagi menyertai PAS kepada Setiausaha Agung PAS yang juga Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu majlis ringkas di Kediaman Rasmi Menteri Besar, JKR 10 di sini hari ini.

Mohd Nor Hashim berkata, tindakan keluar parti dilakukan kerana mereka kecewa dengan sikap Dr Mahathir yang dilihat terlalu mengutamakan DAP dalam setiap tindakan dan keputusan parti sehingga mengenepikan kepentingan orang Melayu.

"Kami hilang keyakinan kepada PPBM yang dipimpin Tun Dr Mahathir dan khasnya PPBM Kota Bharu yang diketuai Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman yang juga merupakan Naib Presiden PPBM.

"Kami juga kecewa parti-parti dalam Pakatan Harapan di Kelantan amat sibuk berebut kerusi berbanding berkhidmat untuk rakyat walaupun tidak mempunyai kekuatan di akar umbi," katanya dalam sidang akhbar selepas penyerahan borang menyertai Pas yang turut disaksikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping