Jumaat, Julai 31, 2020

Bunyi macam tak masuk akal. Tapi hakikatnya, itulah yang sedang berlaku di Sabah pada ketika ini. Shafiee dakwa Musa Aman sedang merampas hak rakyat Sabah dengan membeli beberapa orang ADUN dengan niat mahu meruntuhkan Kerajaan pimpinannya.

Tapi Shafiee sedikit pun tidak rasa bersalah apabila dia juga telah mengambil langkah yang sama sejurus selepas Pilihan Raya Umum yang lalu. Pada ketika itu, banyak cara dilakukan. Bukan setakat dibeli sahaja ADUN Sabah tu. Tapi mereka juga turut diugut.

Realitinya rakyat Sabah juga sama seperti rakyat di Semenanjung. Mereka juga sudah muak dengan permainan Politik yang dipamerkan oleh pemimpin diperingkat atasan. Tapi, perkara itu pun tidak diakui oleh Shafiee. Dia dakwa itu hanya spekulasi semata - mata.

Jika benar ia hanya spekulasi, kenapa parti pimpinan Shafiee KALAH dalam Pilihan Raya Kecil Kimanis sebelum ini? Tidakkah keadaan itu membuktikan bahawa rakyat Sabah sudah tidak lagi percaya dengan kepimpinan yang diterajuinya?

Masa Shafiee berusaha nak merampas Sabah sebelum ini, alasan yang digunakan ialah Sabah tidak mungkin dapat sehaluan dengan Rejim Pakatan Hancing sekiranya mereka masih kekal menyokong Barisan Nasional pimpinan Musa Aman.

Dengan alasan sebegitu yang membuatkan ramai ADUN terpengaruh dan ada juga dikalangan mereka yang melompar keluar parti. Kebanyakkannya bimbang nama akan dipanggil mengadap SPRM dan kemungkinan hilang jawatan sebagai ADUN.

Tapi dalam situasi sekarang, ADUN yang tampil memberi sokongan kepada Musa Aman memberikan justifikasi yang sama. Sekali lagi Shafiee cuba menafikan spekulasi tersebut dan mendakwa usaha yang dijalankan adalah dengan membeli ADUN tersebut.

Inilah dilema seorang Perompak apabila hasil rompakan dia dirompak oleh oleh lain. Nak bagi alasan kononnya tindakan yang dibuat selama hari ini adalah untuk rakyat. Tapi apabila keadaan tidak menyebelahi dia, banyak pulak alasan lain yang diberikan. Dasar manusia tak sedar diri sungguh!!!

PS: Yang paling untung dalam situasi sekarang ialah PKR. Hari tu nama Shafiee menjadi sebutan sebagai calon Perdana Menteri Pakatan. Tapi hari ini, peluang Anwar kembali cerah. Yang hilang kemaluan sudah pastinya Tun Mahathir yang mencalonkan Shafiee sebelum ini!!!

Khamis, Julai 23, 2020

Ramai hari ini yang bercakap soal nak memperkasakan institusi itu dan ini. Tapi dari sudut perlaksanaan, hanya sekadar bercakap dibibir sahaja. Tiada implimentasi khusus dilakukan secara serius dimana - mana peringkat sekali pun.

Malang sekali apabila UMNO sendiri tidak mengimplimentasikan agenda pemerkasaan itu diperingkat akar umbi. Tapi dimulut jenuh bercakap soal nak memperkasakan parti. Perlaksanaannya? Implimentasinya? Masih diperingkat "Perbincangan"?

Dalam Perhimpunan Agung yang lalu, UMNO meluluskan pindaan berhubung isu pemilihan calon bagi mewakili rakyat bagi kawasan Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri. Tapi berita yang diterima sejak kebelakangan ini agak mengecewakan.

Katanya diperingkat pusat, isu berkaitan pembahagian kerusi sedang dijalankan diantara parti - parti yang membentuk Kerajaan Perikatan Nasional. Maknanya pihak yang terlibat ialah UMNO, PAS dan juga PPBM serta proksi yang melibatkan bekas pemimpin PKR.

Itu belum masuk parti lain dalam Barisan Nasional. (Kecuali parti dari Negeri Sarawak yang memang kekal dengan kuasa autonomi mereka). Jadi soalnya, dimana keberkesanan pindaan yang dibuat oleh UMNO sebelum ini? Katanya nak bagi UMNO Bahagian yang tentukan calon?

Bagaimana sekiranya, pucuk pimpinan menentukan satu kawasan itu untuk parti tertentu misalnya PPBM bertanding tetapi UMNO diperingkat Bahagian menolak keputusan yang telah dibuat? Tidakkah ia akan mewujudkan 'Reperkusi' dalaman? Sudahkah perkara itu diambil kira?

Persoalan itu kini hangat diperkatakan diperingkat akar umbi parti dan seharusnya pucuk pimpinan mengambil berat tentang isu ini. Atau adakah suara ahli diperingkat akar umbi ini masih lagi terpinggir dari pendengaran pucuk pimpinan atasan?

Zaman sekarang bukannya seperti zaman dulu. Kalau dulu, setiap keputusan pucuk pimpinan perlu diperakui oleh ahli diperingkat akar umbi. Apa saja keputusan pucuk pimpinan, ahli kena akur begitu sahaja. Zaman itu sudah berlalu. Zaman itu yang menyebabkan UMNO tersungkur.

Sewajarnya pucuk pimpinan parti memberi perhatian secara serius berkaitan perkara ini. Suara ahli diperingkat akar umbi perlu didengar dan diambil kira. Mereka berhak ke atas keputusan untuk menentukan siapa calon yang dirasakan sesuai untuk mewakili mereka sama ada diperingkat Parlimen mahupun DUN.

Rabu, Mac 04, 2020

Sesiapa pun tidak dapat menafikan bahawa kemelut Politik yang berlaku seminggu yang lalu mempunyai kaitan secara langsung dengan tindakan rakus DAPigs yang sememangnya Gila Kuasa. Perkara itu sudah diketahui umum.

Setakat yang kita tahu, DAPigs sering kali memberi desakan secara terbuka kepada Tun Mahathir untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri dan diserahkan kepada Anwar Ibrahim secepat yang mungkin. Kenapa beria sangat? Apa agenda sebenar mereka?

Jika semalam, ada pihak mendedahkan bahawa DAPigs tidak berpuas hati dengan tindakan Tun Mahathir yang dilihat cuba mendahului kroni dalam urusan berkaitan konsesi tol di Malaysia. Adakah 'Perang Kroni' ini menjadi agenda utama DAPigs?

Malah soalan yang paling membungkam dijiwa rakyat, kenapa DAPigs terdesak mahu Anwar menjadi Perdana Menteri sehingga menyebabkan mereka memberi tekanan yang cukup besar kepada Tun Mahathir?

Menurut kajian yang dijalankan, DAPigs bukan sekadar mahu mengaut segala keuntungan dengan menjual aset Negara yang ada. Dalam masa yang sama mereka juga mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah Republik dengan secepat yang mungkin.

Dikhabarkan bahawa DAPigs telah menyusun beberapa agenda bagi membolehkan mereka memenuhi hasrat tersebut sementara masih memegang tampuk kuasa di Putrajaya. Namun tembelang mereka itu dapat dihidu lebih awal.

Ia bukan satu "Kebetulan" Peguam Negara mahu menggugurkan kes berkaitan dengan kumpulan penyokong pengganas LTTE. Ia juga bukan "Kebetulan" Peguam Negara Boneka DAPigs itu mahu KDN mentafsir semula istilah "Pengganas".

Tapi ia merupakan salah satu agenda DAPigs agar dapat 'Membebaskan' kumpulan Komunis supaya tidak lagi dianggap sebagai "Pengganas". Itu tujuan sebenar DAPigs dan ia dilaksanakan oleh Peguam Negara.

Bahkan DAPigs sedang mengatur rancangan untuk menjadikan Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya sebagai sasaran utama bagi menambah jumlah bilang kerusi Parlimen yang mereka kuasai sebelum ini.

Ambil contoh, kawasan Parlimen Seputeh. DAPigs menang dengan majoriti yang cukup besar iaitu sebanyak 51 ribu undi. Maka kawasan itu boleh dipecahkan lagi bagi menambah jumlah bilangan kerusi sedia ada.

Misalnya setiap kawasan tersebut diagihkan sama rata, setidak - tidaknya DAPigs boleh menambah sebanyak 5 kerusi dalam satu Parlimen itu sahaja. Secara tidak langsung, ia akan turut menambah bilangan wakil mereka didalam Parlimen.

Jika perkara seperti ini berlaku, tidak mustahil sekiranya agenda DAPigs mahu menjadi pemerintah dan melaksanakan segala agenda Cauvanis mereka selama ini akan berjaya. Adakah itu yang rakyat khususnya dikalangan orang Melayu mahukan!!!

Selasa, Mac 03, 2020

Rumah Terbakar, Boleh Nampak.
Dendam Di Hati, Siapa Yang Tahu!!!
Fiasco Politik Negara yang bermula sejak seminggu yang lalu memperlihatkan betapa kuatnya perasaan dendam dikalangan pemimpin Pakatan Hancing itu sendiri. Mereka tanpa segan silu mempamerkannya secara terbuka dikhalayak ramai.

Malangnya, sifat Politik Dendam pemimpin Pakatan Hancing itu yang menyebabkan mereka tumbang. Sifat itu turut didorong dengan hawa nafsu serakah yang tidak terkawal serta diselubungi kemaruk kuasa pada tahap tertinggi.

Asalnya Pakatan Hancing itu menyimpan dendam terhadap Datuk Seri Najib. Lalu pelbagai fitnah dilemparkan dengan penipuan demi penipuan dihidang kepada rakyat. Ia menyebabkan BN Kalah dalam PRU yang lalu.

Tapi kitaran hidup itu sentiasa berubah. Dulu kita buat orang. Hari ini, orang lain pula buat perkara yang sama terhadap kita. Dulu, Tun Mahathir yang desak Tun Abdullah letak jawatan. Dia hasut orang UMNO untuk jatuhkan Tun Abdullah.

Kemudian Tun desak pula Datuk Seri Najib letak jawatan kerana menggugurkan jawatan Menteri Besar yang disandang oleh Mukhriz di Kedah. Sekarang, Tun pula diasak oleh pasukannya dalam Pakatan Hancing dan didakwa dikhianati oleh Presiden partinya sendiri.

Namun, sifat Dendam itu tidak terhenti setakat itu sahaja. Ia terus memekar apabila perseteruan Tun Mahathir dengan Anwar Ibrahim kembali disemarakkan oleh pengikut masing - masing. Diapikan pula oleh DAPigs dan PAN menjadi 'Tukang Kipas'.

Api dendam itu membuatkan nafsu serakah yang tersemat didalam jiwa Anwar Ibrahim semakin membara. Dia dan konco dia tentu tidak akan lupa tindakan Tun Mahathir sebelum ini. Tun Mahathir yang buat mereka merana.

Maka pelbagai percaturan diatur supaya. Desakan terhadap Tun Mahathir dibuat setiap hari sehingga membuatkan Pengerusi PPBM itu menjadi muak. Anwar tetap mahu menjadi Perdana Menteri. Tapi Tun tetap tak nak bagi laluan.

Itu belum cerita pasal dendam Azmin terhadap Anwar Ibrahim. Dendam itu yang membuatkan PKR berada dalam kemelut kepimpinan sehingga berpecah dua kumpulan. Malah sifat Dendam itu juga yang menjadi pendorong kepada serakah Kuasa yang menggila.

Pokok pangkalnya, bak kata seorang Veteran Politik, dalam hidup ini jangan berdendam kerana khuatir ia akan menyebabkan kita hilang pertimbangan. Bila Manusia itu hilang pertimbangan, apa pun sanggup dilakukan. Waima menggadai Negara sekali pun!!!
Kemelut Politik yang menyelubungi Negara lebih seminggu yang lalu boleh dilihat sama seperti ketulan ais batu yang pada asalnya membeku namun menjadi air sedikit demi sedikit. Itulah metafora yang paling hampir untuk dijelaskan.

Sifat Ais Batu ini pada asalnya kukuh dan utuh. Namun ia menjadi cair apabila hadirnya haba yang membuatkan ketulan ais batu itu berubah bentuk. Demikian juga dengan situasi Politik yang berada di Malaysia.

Pada awalnya, Politik di Negara ini dilihat begitu utuh pada ketika kita menyambut kemerdekaan. Rakyat hidup berbilang kaum dan bersatu pada dalam keadaan yang sangat harmoni. Masyarakat majmuk saling hormat menghormati.

Namun kemelut Politik yang melanda membuatkan suhu sekitar semakin meningkat sehingga menyebabkan konflik berpanjangan. Bahang itu menjadi semakin panas sehingga mencairkan ais batu tersebut.

Dalam keadaan cair itu yang kita dapat lihat perubahan Politik sejak seminggu lepas mudah berubah tanpa mengikut waktu. Pagi lain pendirian yang diberikan. Tiba waktu tengahari, lain pula kenyataan yang keluar. Belum sempat 24 jam, berubah lagi.

Perubahan itu bergantung kepada arah mana bekas yang menakung ais batu itu sendiri. Jika ia condong ke kanan, maka ke kanan ia pergi. Kalau ke kiri, ke kiri jawapnya. Apa yang pasti, ia sudah mula mencair dan membimbangkan.

Mujur ketulan ais batu itu tidak mencair keseluruhannya. Yang cair setakat ini hanya sifat pemimpin Politik, kestabilan ekonomi, kesejahteraan sosial dan kepincangan undang - undang. Yang masih utuh hanya Kedaulatan Raja - Raja Melayu dan Perlembagaan.

Maka sebab itu jika kita kihat ketulan ais batu itu masih ada yang terapung dipermukaan. Pada permukaan itu kita harapkan suhu sekelilingnya juga akan menurun. Jika suhu itu dibiarkan berterusan panas, maka cair la ia. Belum tentu ia akan menyejukkan rakyat secara keseluruhan!!!

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping