Jumaat, Ogos 26, 2011


Rentetan pendedahan yang dibuat oleh dua orang ahli saintis mengenai isu Lynas baru - baru ni dah membuatkan Si Fuziah 'Reaktor' tu terasa panas punggung dan tak senang duduk.

Bahangnya turut dapat dirasai di laman twitter dimana Si Fuziah dihujani dengan pelbagai soalan dari rakyat mengenai pendedahan yang dibuat oleh dua orang saintis tu.

Dengan 'hashtag' #fuziahtipu, dia mula dilemparkan pelbagai kritikan, dakwaan dan soalan kerana sengaja menakut - nakutkan rakyat mengenai isu pembinaan kilang Lynas.

Diantara yang menjadi persoalan mereka ialah:
“YB @fuziah99, stop opposing for the sake of opposing. Trust me, you won’t gain any political mileage from this.”
“U should check your facts, don’t make assumptions, if you are not capable of doing such things, please quit for the interest of rakyat.
Tidak ketinggalan juga, pengguna aplikasi twitter memuji keberanian Ali Parlimen PAS, Che Rosli Che Mat kerana membuat pendedahan tersebut walaupun dia bakal berhadapan dengan tindakan dari partinya sendiri.

Rabu lalu, Dr. Che Rosli telah mengkritik Si Fuziah kerana mengaitkan kilang Lynas dengan reaktor Nuklear sedangkan ianya tidak seperti yang digambarkan.

Katanya, dakwaan yang dibuat oleh Fuziah tu adalah tidak secara saintifik dan tidak secara akademik sehingga membuatkan dia bertindak untuk menyuarakan pendapatnya.

Ketua Bahagian MCA Kuantan, Dato Ti Lian Ker, Dr. Rosli telah membuat kenyataan berdasarkan kemampuan dia didalam bidang tersebut sedangkan Fuziah hanya membuat dakwaan berdasarkan Politik semata - mata.

Malah Ti juga turut menyatakan bahawa Fuziah sengaja mengaitkan isu kilang Lynas dengan tragedi yang berlaku di Fukushima.
“It is two totally different things. One is a factory, one is a reactor,” he pointed out, adding that the Lynas issue had been over-politicised.
Tapi Si Fuziah tu nak jugak menegakkan benang dia yang basah dengan menyatakan bahawa dakwaan yang menyatakan bahawa dia menipu rakyat adalah tidak benar.

Kata Si Fuziah, pendedahan yang dibuat oleh Dr. Rosli adalah secara 'simplistic' ke atas kilang tersebut tanpa mengambil kira perkara lain.
“As an MP, I need to look at the overall impact on the community, not just radioactivity alone. I am very confident of my facts,” she said.
Uik!!! Dia tak sedar ke yang kawasan kilang tu bukan dalam Parlimen dia? Kenapa dia sibuk sangat dengan kawasan orang sedangkan Azan Ismail pun tak pernah bising?

Lepas tu ada hati pulak dia nak mempertikaikan pendedahan yang dibuat oleh Dr. Che Rosli tu sedangkan orang tu ada kelayakan dalam bidang tersebut.

Yang dia apa ada? Setakat sijil lulus akademi menipu dari Universiti Al - Juburi je buat apa. Dia ingat dia bijak sangat ke? Ceit!!! Pigidah!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping