Jumaat, Mei 18, 2012


Halamak!!! Kenapa la Si Din Pudu ni sanggup tikam Si Fuziah Thoron tu secara terang - terangan macam ni? Mana Si Fuziah tu nak sorok muka?

Tapi, bagus jugak. Sekurang - kurangnya, Si Fuziah tu perlu sedar diri sikit. Orang di Pahang ni tak perlukan wakil rakyat macam dia. Setakat cakap je pandai, buat apa!!!

Adalah lebih baik dia ikut jejak langkah Si Din Pudu ni dan balik bertanding di Negeri kelahiran dia sendiri. Ada jugak manfaat dari asyik menyusahkan orang.

Kalau dia dah lama duduk dan bermastautin di Pahang ni dari dulu sampai sekarang, tahan la jugak. Ini, berlaga bahu dengan Tok Empat pun tak kenal, menda kejadahnya!!! Balik je la ke tempat sendiri. Buat semak tempat orang buat apa!!!
KUALA TERENGGANU 18 Mei - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Kerian, Kelantan sebaliknya beralih ke Johor untuk bertanding pada pilihanraya umum ke-13 (PRU-13) nanti.


Pada masa yang sama beliau turut tidak menolak kemungkinan akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan juga kerusi Parlimen di negeri kelahirannya itu.



"Kami (Pas) telah buat keputusan bahawa saya akan bertanding sebagai calon di Johor pada PRU-13 akan datang. Mungkin dua kerusi, DUN dan Parlimen.



"Buat masa ini, kita sedang tunggu kawasan mana, ia mungkin di Tanjung Piai, Batu Pahat, Muar atau Kulai," katanya kepada pemberita selepas majlis ceramah pakatan pembangkang di Dataran Pas di Kuala Ibai dekat sini malam semalam.



Salahuddin seterusnya yakin dengan kepulangannya ke Johor akan dapat membantu barisan kepimpinan Pas serta pembangkang di negeri itu dalam usaha mencipta satu sejarah pada pilihan raya umum akan datang.



Jelasnya beliau menyifatkan Johor merupakan sebuah negeri yang "subur" bagi Pas dan diyakini mampu melakukan suatu perubahan selepas PRU-13.



"Saya bersedia menawarkan diri untuk memberi perkhidmatan di Johor berdasarkan pengalaman yang ada," katanya.
Categories: , ,

3 ulasan:

  1. Buka deme tak tau yg si poziah thoron tu menang sebab undi protes.... kali ini (PRU13), rakayat pahang khususnya kuantan takkan undi dia lagi daaaa....

    BalasPadam
  2. salahudin dikirim olih PR kejohor dengan membawa sebotol racun yang harum untuk disemburkan pada rakyat johor supaya rakyat johor bergaduh sesama sendiri dan berpecah belah dan dia juga membawa amanat daripada tuan guru nik aziz yang dulunya belajar diINDIA dimana india bukanlah sebuah negara ISLAM malah sebuah negara yang hendak menyerang negara islam[pakistan]dan dia bakal mengajar anak muda johor menjadi KURANG AJAR suka memaki hamun orang lain sebagai mana perbuatan penyokong pr dari negeri lain.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping