Khamis, Mei 17, 2012


Kalau siapa yang rajin masuk blog Semut dan baca artikel yang ada, tentu korang ingat satu artikel pasal Gerbang Kerjaya Bersih 4.0. Kalau tak, boleh klik dan baca dulu.

Semut ingatkan saja - saja je nak buat artikel tu untuk perli geng - geng Beruk Kuning yang dok sibuk merusuh tak tentu arah dalam Bersih 3.0 dulu.

Tapi, rupanya, cerita tu sudah menjadi kenyataan. Memang peserta Bersih ni bakal diberikan kerja sewaktu Perhimpunan Bersih 4.0 yang akan datang.

Sebabnya, bagi sesiapa yang pergi ke Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 yang lalu, mereka diberikan sijil tauliah sebagai tanda penghargaan. 

Sijil tu boleh diguna untuk mereka mendapat kerja dalam Bersih 4.0. Mungkin boleh jadi Supervisor Rusuhan. Ianya sama la dengan sijil yang diterima oleh kakitangan awam.

Bagi kakitangan awam, kalau nak naik pangkat, mereka perlu pergi kursus dulu. Lepas tu, baru boleh naik pangkat. Kira lebih kurang macam tu la.

Tapi, jangan terkejut. Sijil tu bukan hanya boleh diguna pakai ketika Bersih 4.0 sahaja. Ianya sah laku ketika tiba dipadang Mahsyar nanti. Mungkin sijil tu jugak boleh dijadikan tiket ke syurga kelak!!! Tak mustahil perkara tersebut boleh berlaku!!!
Semalam berlangsungnya Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Melaka kali ke-37 yang bertempat di Parlimen Jasin yang bermula pada awal pagi dan berakhir jam 3.00 petang yang turut dihadiri oleh pemerhati jemputan dari DAP yang diwakili oleh YB Tiey Kok Kiew dan juga PKR oleh Law Bing Haw.

Turut diundang dalam majlis itu juga adalah wakil dari Badan Perhubungan PAS, Asri Shaik Abdul Aziz selaku Setiausaha, Ashraf Mukhlis Minghat selaku Ketua Penerangan dan juga Pengarah Jabatan Pilihanraya Negeri, Bahiki Islamil, Dewan Muslimat PAS Melaka dan juga Dewan Ulama PAS Melaka serta beberapa NGO dan wakil-wakil media yang diundang.


Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Melaka kali ke-37 ini dirasmikan oleh Suhaizan Kaiat, Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Johor.

Beberapa anugerah juga turut disampaikan kepada wakil dewan pemuda kawasan antaranya anugerah Jundullah bagi mereka yang ditahan kerana terlibat demonstrasi I.S.A dan juga BERSIH 2.0 dan 3.0. Selain itu penyampaian hadiah kepada PASTI terbaik bagi kawasan Bukit Katil. - Sumber
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. tuan guru nik aziz ada simpan anak kunci pintu syurga agaknya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping