Ahad, Jun 30, 2013


Itu senario di negara luar. Pantang ada bekas pegawai Kerajaan yang dah bersara tapi masih didapati membocorkan rahsia akan tetap dikenakan tindakan.

Nak pulak kalau dari kalangan askar yang berpangkat tinggi. Siap ke hadap ke mahkamah tentera lagi dengan hukuman yang berat terhadap mereka.

Bermakna diorang ni jaga betul rahsia Negara dan imej Negara. Diorang tak mahu orang luar menjejaskan kestabilan dalam Negara mereka.

Tapi di Malaysia, ada jugak dikalangan bekas pegawai tentera yang masuk parti pembangkang dan memburuk - burukkan Kerajaan. Siap bocor rahsia lagi.

Itu nilai Kebebasan yang diberikan oleh Kerajaan kepada semua orang, termasuk bekas pegawai Kerajaan.Pun masih jugak diorang nak kata Kerajaan ni kejam?

Pun diorang masih nak kata yang Kerajaan ni menyekat Kebebasan Hak Bersuara? Kalau Kerajaan ni kejam, jangankan nak bersuara. Orang tu pun dah lama hilang.

Apa yang penting isu bab kesetiaan terhadap Negara tu yang perlu dijadikan persoalan. Apa gunanya dia bocorkan rahsia Negara dan memburuk - burukkan imej Negara?

Apa faedahnya dia buat semua benda tu? Hanya untuk dapat simpati dan juga membangkitkan rasa benci rakyat terhadap Kerajaan? Itu je ketujuan dia?

Patutnya Kerajaan perlu bertindak lebih tegas dalam hal ni. Jangan berdiam diri bila ada pihak yang sengaja nak memburuk - burukkan imej Negara. Orang macam tu tak payah nak dibicarakan sangat. Sumbat je terus kat dalam penjara. Habis cerita!!!
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT (AS) . Seorang bekas pegawai atasan ketenteraan Amerika Syarikat (AS), disiasat di bawah pertuduhan membocorkan maklumat rahsia mengenai serangan siber ke atas program nuklear Iran, semalam.

Lapor agensi berita NBC, Jeneral James Cartwright yang juga bekas pegawai kedua tertinggi disiasat bagi kebocoran maklumat membabitkan virus komputer rahsia, Stuxnet.

Dalam satu kenyataan, Stuxnet telah digunakan dalam 2010 bagi tujuan melumpuhkan sementara 1,000 pegempar sebatian uranium di kemudahan nuklear Iran.

Menurut rekod, Cartwright, merupakan individu kedua dalam senarai pegawai kanan dari 2007 hingga 2011 sekaligus berperanan dalam pembangunan Stuxnet.

Pembocoran itu dipercayai dilakukan sendiri oleh Cartwirght menerusi satu artikel yang disiarkan dalam akhbar New York Times pada tahun lalu.

Sementara itu, NBC melaporkan, virus Stuxnet mampu melumpuhkan perisian komputer orang awam dan menyebarkan virusnya menerusi pemacu boleh tanggal. 
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. ini ada ISA di hapus... punahsihat yg memunah bangsa Melayu..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping