Khamis, Julai 25, 2013


Hehehe... itu satu perkara yang cukup melucukan kita sebenarnya. Bagi kita rakyat Malaysia ni dah lebih dari kenal dengan perangai Si Ketua Penipu tu.

Dia takkan mungkin nak meyerahkan diri kepada takdir. Dia takkan sesekali percaya kepada hakikat. Kalau dia percaya pada hakikat, dia takkan jadi macam sekarang.

Dia sendiri tau, peluang dia nak jadi Perdana Menteri sudah tidak ditakdirkan. Dia sedar semua benda tu. Tapi, dia memang jenis manusia yang tak boleh terima hakikat!!! Itu pasal la dia masih lagi meroyan tak tentu arah sampai hari ni!!!
AKHIRNYA Anwar Ibrahim akur dan secara tidak langsung ‘surrender’ kepada hakikat  setakat karisma semata-mata bukanlah jalan ke Putrajaya. Pandai bercakap sahaja tidak menjamin apa-apa.
Sebenarnya mukadimah di atas mengambil kira perkembangan sehari dua ini berhubung  prosiding rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi KL yang melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Kes yang boleh kita katakan bermula pada 26 Jun, 2008 memakan masa begitu lama. Ia sudah tertangguh berpuluh kali sehingga ramai yang geleng kepala. 
Justeru tidak hairan jika sekali lagi tumpuan semua pihak terhadap kes ini. Tapi malangnya mahkamah sekali lagi terpaksa menangguhkan prosiding pada 1 Ogos gara-gara peguam bela utama Anwar, Karpal Singh jatuh sakit.
Walau bagaimanapun  1 Ogos pun bukannya jauh sangat cuma kira-kira seminggu saja lagi.
Apa yang menjadi perbualan dan mengundang minat ialah kemasukan peguam tersohor Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah sebagai Timbalan Pendakwa Raya untuk prosiding ini. Atau dengan kata lain, Shafee bertindak membantu kerajaan dan Saiful.
Shafee bakal mengetuai pasukan pendakwaan manakala pada masa sama kita menyaksikan Karpal, seorang lagi peguam bela hebat, bertindak di pihak ketua pembangkang.
Tidak ada sesiapa boleh mempertikai kemasukan Shafee dalam barisan pendakwa kerana selagi ia tidak bertentangan dengan undang-undang, kita harus menghormati keputusan itu.
Kerajaan juga tentu mahukan Saiful mendapat pembelaan yang paling wajar. Apa yang menarik mengenai Shafee ialah pelantikannya sebagai Timbalan Pendakwa Raya merupakan kali pertama seorang peguam dilantik oleh Peguam Negara ke tugas ini. Shafee berkata dia dibayar gaji bagi memastikan pelantikannya “secara kontrak adalah sah.”
Melalui kuasanya, Peguam Negara dengan fiat (kebenaran) di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dan Artikel 145 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk mengendalikan kes rayuan di Mahkamah Rayuan—sejajar di bawah Seksyen 379 CPC.

Kita pun bukannya nak mengulas lebih-lebih tapi yang menarik ialah Shafee telah membina nama sebagai seorang peguam bela sejak hampir dua dekad. Kalau kita lihat kes-kes yang dikendalikan adalah berprofil tinggi.

Kliennya lazim pulang dengan senyuman. Sedang kita tidak punyai ramai peguam berbangsa Melayu yang sehebat Karpal, kita berbangga Shafee di kalangan kita. Tak malu kalau kita mendabik dada berkata peguam Melayu pun bukanlah calang-calang. 
Sebenarnya kita bukan nak buat Saiful senyum kerana sejak 2008 lagi wajah anak muda ini sering dibalut ketenangan.
Badai atau taufan politik langsung tidak menakutkan meskipun sekali sekala kita lihat dia hampir-hampir lemas.
Namun di sebalik semua itu, paling menyeronokkan ialah sudah tentu secara senyap-senyap Anwar menyimpan rasa takut - peluang ke Putrajaya tertutup sama sekali kerana kali ini dia bukan berdepan nama-nama peguam kelas kedua yang tiba-tiba nama mereka disebut, tetapi seorang peguam yang mempunyai rekod trak cemerlang dalam kes-kes dikendalikan olehnya.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping