Kalau selama hari ini, Si Karpal Whilchar tu suka buat tundaan untuk menagguhkan kes liwat Si Ketua Penipu tu dimahkamah. Berapa kali tunda tak pasti la pulak. Banyak sangat.
Tapi kali ini, dia terpaksa buat tundaan bagi diri dia sendiri agar dia ada masa nak kumpul duit tabung untuk bayar denda tersebut. Bukan banyak sangat, RM 4,000 je.
Kena denda pun bukan salah orang lain. Dia sendiri yang celupar mulut dan membuat tuduhan serta menghasut orang tak tentu arah sebelum ni. Jadi sendiri bikin, sendiri tanggung la!!!
KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP Karpal Singh memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhi hukuman denda RM4,000 bagi pertuduhan menghasut kerana mempersoal tindakan Sultan Perak menggugurkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar pada 2009.
Peguam Zaleha Al-Hayat, yang mewakili Karpal Singh, ketika dihubungi berkata, notis itu difail di Pejabat Pendaftar Jenayah Mahkamah Tinggi di sini Selasa.
"Salinan sudah diserah kepada Peguam Negara dan Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan," katanya.
Beliau memaklumkan sepucuk surat berkaitan dakwaan salah laku Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin pada 11 Mac lepas turut diserah kepada Tan Sri Abdul Gani Patail.
Katanya, salinan surat itu turut diserah kepada Noorin pada kira-kira 5 petang.
Karpal Singh, 73, didenda RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah melakukan perbuatan itu di firma guamannya di Jalan Pudu Lama pada 6 Februari 2009.
Dia didakwa mengeluarkan perkataan berbaur hasutan bahawa pengguguran Mohammad Nizar dan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baharu boleh dipersoal di mahkamah.
Nasib baik di Msia,kalau di Thai dah kena sumbat penjara dah,tidak ada tangguhx dan jamin.Itu pun masih berlagak sombong.
BalasPadamMahkamah Malaysia yer?
BalasPadamBoleh!
Bila nak mampos laknatullah ni?
BalasPadamKALAU DIA ( KARPAL SINGH) MENGHASUT BOLEH, KALAU ORANG LAIN MENGHASUT..TAK BOLEH...DIA AKAN KATA " I SUE YOU IN COURT".. APA JENIS PUNYA PEGUAM NI!
BalasPadam