Jumaat, Mac 28, 2014


Menjadi isteri orang kenamaan atau VIP tidak menjanjikan kebahagiaan. Itu dihadapi seorang wanita di sini apabila kini berdepan trauma selepas didera secara mental oleh lelaki yang dikahwini sejak 14 tahun lalu.

Malah, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Lisa, 37, turut memberitahu, dia sering dimaki hamun oleh suaminya yang berstatus Datuk  berusia 63 tahun itu.

Menurutnya, keadaan itu sudah berlarutan hampir 10 tahun dan merasakan hubungan mereka sudah tiada lagi persefahaman, sekali gus menuntut agar suami menceraikannya secara baik menerusi proses mahkamah.

Lisa berkata, suaminya sering melontarkan kata-kata kesat terhadapnya serta sanggup mengatakan dirinya sebagai 'perempuan sial', 'bodoh' dan pernah mengugut untuk menghantarnya ke hospital mental gara-gara dirinya cuba membunuh diri.

“Saya tidak tahan lagi dan pernah suatu hari dia menggunting rambut saya secara paksa hanya kerana marah saya berkawan dengan orang luar kerana kebetulan saya memang aktif berpuisi di radio.

“Dia juga turut menyekat saya untuk berhubung dengan keluarga termasuk ibu bapa saya sendiri, malah pernah menghalau saya dari rumah.

"Paling tidak tahan, dia pernah mencabul pembantu rumah saya,” katanya yang mengadukan masalah itu di Pejabat Pembela BN Melaka, dekat sini, semalam. Lisa berkata, hasil perkahwinan, mereka dikurniakan lima anak berusia dari 14 hingga tujuh tahun.

“Saya kesal berkahwin dengannya sebab dia tidak meletakkan kedudukan seorang isteri di tempat yang betul dan sekarang saya serta anak-anak sudah enam bulan tidak tinggal bersamanya.

“Setakat ini sudah 29 kali saya menuntut cerai dengannya dan masuk kali ini barulah saya memfailkan tuntutan fasakh,” katanya.

Sementara itu, Penasihat Guaman Pembela BN, Mohd Adly Ithnin berkata, di dalam kes terbabit, masing-masing tidak lagi boleh meneruskan perkahwinan dan membuatkan penangguhan tuntutan berkaitan seperti tuntutan harta serta nafkah anak-anak.
Categories: ,

3 ulasan:

  1. maaf, saya kenal dia ni. ex suami sblm bersuamikan vip ini pun lepas habis harta dikikis diminta cerai. bn melaka kena dengar cerita 2belah pihak. kalau vip ini kejam sgt seperti yg diadukan, xkan segala harta dah berpindah milik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau siapa nak nilai org ?? Bro lu kate lu kenal dia eh ? Gua lagi Kenal dia , VIP tu pon gua kenal .. Jgn ckp isteri nya je yg didera tp anak2 nya pon didera . jgn ckp byk ahh gua pon malas nak bikin hal kt sini.. Kalau lu x puas jumpa gua .. Jgn jadi bangang nak menang kan yg salah.. Aku tahu mane dia tinggal , berapa org anak , brapa umur dia semua aku tahu. So x payah buat2 kenal LA der..

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping