Demikian yang dijelaskan oleh Setiausaha PAS Selangor bila ditanya mengenai agenda PKR dalam perlaksanaan "Langkah Kajang" sebelum ini.
Katanya, PAS tetap akan memberi tentangan dan 'saingan' kepada PKR jika kedudukan Menteri Besar Selangor yang disandang oleh Khalid dikosongkan kelak.
SHAH ALAM: PAS Selangor tetap akan 'bersaing' bagi mengisi jawatan Menteri Besar sekiranya PKR bertindak menggugurkan penyandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk merombak kepimpinan kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu.
Bagaimanapun Setiausaha PAS negeri Mohd Khairuddin Othman mengesahkan perkara itu di sebalik spekulasi yang terus membara mengenai jawatan MB susulan pilihan raya kecil Kajang.
"Ya, itu berlaku kalau ada kekosongan (jawatan Menteri Besar). Jadi setakat ini sudah tiada apa-apa isu lagi," katanya kepada Antarapos.
Menyedari hakikat ini, mungkin membuatkan Si Kak Wan Omega tu menarik semula kenyataan bahawa agenda tersebut tidak akan dilaksanakan.
Walaubagaimana pun, pendirian pemimpin PKR Selangor jauh berbeza dengan apa yang telah ditetapkan oleh Presiden PKR ni. Diorang tetap nak gugurkan Khalid sebagai MB.
Itu tujuan asal "Langkah Kajang" atau "Kajang Move" tu dilaksanakan sebelum ini. Jika Khalid tak digugurkan, apa gunanya diorang masih nak teruskan "Kajang Move" tu?
Takkan pulak puak - puak PKR ni nak tarik balik apa yang telah dijanjikan kepada rakyat sebelum ini? Takkan pulak diorang nak menipu rakyat secara terang - terangan.
Percaya la. Andaikata PKR menipu sekali pun, ia bukan kali pertama diorang buat benda macam tu. Dah banyak kali dah benda yang sama diulang - ulang.
Penipuan demi penipuan telah pun dilakukan oleh puak - puak Parti Kecohkan Rakyat ni. Cuma pemimpin PAS je yang masih tak sedarkan diri dan sekadar jadi Pak Angguk Saja.
Sebelum ni pun, PKR sendiri menuduh kononnya wujud 40ribu pengundi hantu dikalangan warga Bangla, kejadian 'Blackout' di Pusat Pengiraan undi dan sebagainya.
Tapi akhirnya, diorang menafikan semua dakwaan dan tuduhan yang telah dibuat. Nampak sangat la yang diorang dah kantoi menipu. Tu pasal diorang nafikan perkara tersebut.
Jadi, untuk apa lagi puak - puak PAS ni masih nak menaruh harapan palsu terhadap puak - puak PKR tu? Takkan diorang seronok kena kencing dengan PKR. Kot kalau ye pun diorang suka kena kencing, jangan la sampai tahap membodohkan diri sendiri!!!
berani ke PAS nak bagi saingan??? anwar al-jub tegur nanti,terus tak berani.itu belum DAP tegur lagi.
BalasPadam