Tak payah la Si Azmin tu nak buat muka kesian kalau tengok Si Khalid tu bawak kumpulan penyokong dia nanti. Buat mengabihkan masa je. Tak mendatangkan faedah lansung.
Hakikatnya, Si Khalid tu dah banyak beri sumbangan kepada sekutu- sekutu dia dalam PKR. Tapi Si Azmin ni hanya sekadar nak memperjuangkan diri sendiri je.
Biarpun Si Khalid ni tetap GAGAL melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar, tapi Si Azmin tu pun apa kurangnya. Dia sendiri pun GAGAL menyelesaikan masalah dalaman parti.
Sepatutnya sebagai seorang TIMBALAN PRESIDEN, adalah menjadi tanggungjawab dia untuk memastikan tidak wujud sebarang pertikaian dalam parti.
Sebaliknya, Si Azmin tu bukan nak menyelesaikan masalah tersebut. Tapi DIA SENDIRI YANG MENJADI MASALAHNYA!!! Dia sendiri yang buat pasal tak tentu arah.
Jadi dia nak bising pasal apa? Sebab dia tak dapat jadi Menteri Besar? Sebab dia kena buang dari jadi Ahli Lembaga Pengarah PKNS? Semuanya atas dasar peribadi semata - mata.
Bukannya dia nak memperjuangkan rakyat sangat pun!!! Maka untuk apa lagi ahli - ahli PKR perlu kekalkan dia sebagai Timbalan Presiden kalau kerja dia sendiripun dia masih tak mampu nak lakukan demi kepentingan rakyat!!!
SHAH ALAM: Bahang pemilihan pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin panas apabila lebih 300 ahli parti itu dijangka mengadakan perhimpunan bagi menyatakan sokongan padu kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertanding jawatan Timbalan Presiden parti pada Mei depan.
Menurut urusetia pemilihan, perhimpunan tersebut diadakan di Restoran Media, Jalan Tropikana Selatan 1 Petaling Jaya, Sabtu ini pada pukul 9 pagi.
Katanya, perhimpunan tersebut bagi membuktikan Abdul Khalid mempunyai penyokong dalam langkahnya mencabar Timbalan Presiden parti, Azmin Ali selain meraikan hari pencalonan untuk pemilihan PKR 2014.
"Rakan-rakan kepada ahli-ahli parti yang ingin berikan sokongan moral kepada MB boleh lah hadir meraikan bersama-sama beliau," katanya kepada Antarapos hari ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.