Jumaat, Mac 28, 2014


Ini sekadar Teori yang dibuat oleh sahabat SH malam semalam. Jika difikirkan dari segi logik, memang masuk akal jugak apa yang dinyatakan oleh sahabat SH ni.

Ekoran pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri Malaysia berkaitan dengan misteri pesawat MH370 tu, banyak pihak telah memberikan respon masing - masing.

Muktahir ini, diberitakan dalam laman - laman media antarabangsa mengenai ketidak-puasan hati rakyat Negara China terhadap pihak Kerajaan Malaysia.

Hakikatnya, semua orang tahu bahawa hubungan diplomatik Malaysia - China sebelum ini terjalin dengan cukup erat. Malah, Malaysia sering kali dianggap sebagai sekutu kuat China.

Namun, sejak timbulnya spekulasi kehilangan pesawat MH370 sebelum ini membuatkan ramai pihak mula mengambil kesempatan untuk memutuskan hubungan tersebut.

Nak pulak dikalangan media - media barat yang jelas cuba menunding jari dan membakar sentimen dengan dakwaan KONONnya Kerajaan Malaysia ni telah membunuh rakyat China.

Media - media utama seperti CNN, Fox News dan sebagainya seolah - olah sengaja mahu menjejaskan hubungan baik diantara Malaysia - China dengan mempergunakan isu ini.

Semuanya atas sebab kepentingan diri mereka sendiri. Mereka cuba untuk mengurangkan sokongan Negara - Negara Asia terhadap China dan menjadikan Malaysia sebagai sasaran.

Umumnya, semua orang pun sedia maklum bahawa Negara Barat sering kali menganggap Negara China sebagai seterunya yang paling kuat di rantau Asia.

Tambahan pulak China turut disokong oleh Negara - Negara seteru dengan Amerika termasuk Iran dan Rusia. Maka sebab itu mereka sentiasa berhati - hati dengan China.

Jika dilihat dari satu sudut, logiknya memang ada. Jika tidak, kenapa pulak tiba - tiba Negara Barat menyokong penuh usaha yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia?

Sedangkan sebelum ini kita tak pernah dengar pun sebarang sokongan yang diberikan oleh Negara Barat secara terang - terangan. Tapi sejak akhir - akhir ni lain pulak reaksi mereka.

Dalam masa yang sama, respon dari rakyat Negara China sendiri dilihat Negatif terhadap usaha yang telah dibuat oleh Kerajaan Malaysia. Maka kemungkinan itu tetap ada.

Mahu atau tidak, kebarangkalian itu perlu kita fikirkan sedalam - dalamnya sebelum kita sendiri terjebak dalam konspirasi yang sengaja dimainkan oleh media - media barat ni. 

Diorang pun macam puak - puak Pakatan Haramjadah tu jugak. Suka ambik kesempatan dalam kesempitan orang lain demi kepentingan diri diorang sendiri. Semuanya ada agenda yang tersembunyi. Bukannya diorang nak buat laporan sangat pun!!!!

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping