Ahad, Mac 30, 2014


Nampak gayanya, Si Khalid Ibrahim tu cuba hidup dalam 'Denial' sehingga menyebabkan dia tak boleh terima apa yang sedang berlaku dihadapan mata dia sendiri.

Maka sebab itulah dia bagi alasan kononnya pencalonan yang ramai bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR tu sebagai salah satu tanda protes.

Sebelum ini ada pihak yang kata, kemenangan bagi merebut jawatan tersebut akan menyebelahi Si Azmin tu sebagai penyandang. Peluang yang lain agak tipis.

Kemungkinan itu adalah salah satu taktik yang digunakan oleh Si Azmin tu bagi menyekat kemaraan Khalid dan tewas dalam pemilihan kali ini. Siapa tau ye tak, kebarangkalian tu tetap ada. Lagi pun, dalam PKR ni diorang memang suka main kotor!!!
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan andaian bahawa banyaknya pencalonan untuk jawatan tertinggi PKR tahun ini sebagai menunjukkan protes terhadap kepimpinan parti yang ada sekarang.
   
Menyifatkan ia hanya perkara biasa, Abdul Khalid menyatakan pertambahan jumlah itu menunjukkan parti tersebut sentiasa terbuka kepada mana-mana pihak untuk bertanding sebarang jawatan.
   
"Tiada protes...ini memang perkara biasa sebab tiada sekatan untuk sesiapa mahu bertanding," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program U-Pustaka peringkat negeri Selangor di sini hari ini.
   
Dalam pemilihan parti itu yang dijadual berlangsung pada Mei depan, Abdul Khalid yang bertanding jawatan nombor dua parti bakal berdepan lima calon antaranya Setiausaha Agung Saifuddin Nasution; Naib Presiden Tian Chua; dan penyandang jawatan itu Azmin Ali.
   
Pemilihan parti itu tahun ini menyaksikan dua jawatan tertinggi iaitu Timbalan Presiden dan Naib Presiden mencatatkan bilangan calon teramai menyerahkan borang pencalonan.


Ketika ditanya mengenai peluangnya untuk memenangi jawatan tersebut, Abdul Khalid berkata: "Mereka (anggota PKR) boleh menaruh kepercayaan pada saya".
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Assalammualaikum wmt,
    Sama-samalah kita tunggukan bagaimana kerusi dan meja berterbangan dalam mesyuarat PKR kali ini.
    Hidup mati Azmin dalam PKR akan ditentukan tak lama lagi.
    Bila Anwar ke dalam, Wan Azizah bebas melanyak Azmin bersama Khalid dan Izah.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping