Alahai!!! Tolong la Kak Wan. Jangan la guna lagi alasan yang basi macam ni. Takkan la baru beberapa hari dia jadi ADUN di Kajang, dia dah mula hilang ingatan.
Masa berkempen tempoh hari, Kak Wan pernah nafikan bahawa dia sendiri tak tau cerita pasal pertukaran Si Khalid Ibrahim tu sebagai Menteri Besar Selangor.
“Khalid masih lagi menteri besar…tak saya tak tahu (akan berlaku pertukaran menteri besar),” katanya.
Masa tu, mungkin la pemikiran Kak Wan masih bercelaru sebab tak pasal - pasal je dia terpaksa jadi 'Bidan Terjun' untuk bertanding di Kajang.
Tapi selepas habis Pilihan Raya Kecil DUN Kajang tu, takkan la Kak Wan masih nak beri alasan yang sama? Takkan Kak Wan masih nak kata dia tak tau pasal perancangan tu?
Adalah sesuatu yang mustahil bagi seorang Presiden sebuah parti untuk tidak mengetahui lansung tentang perkembangan serta perancangan dalam parti dia sendiri.
Tambahan pulak, kenyataan mengenai agenda 'Langkah Kajang' untuk menggugurkan Si Khalid tu telah diulang semula oleh Si Azmin Ali selaku Timbalan Presiden PKR sebelum ini.
Kalau betul Kak Wan tak tau, bermakna Kak Wan ni tak layak dianggap sebagai pemimpin sebab benda yang berlaku depan matu pun dia boleh kata dia tak nampak.
Hakikatnya, seluruh dunia dah tau yang agenda mewujudkan Pilihan Raya Kecil DUN Kajang tu diadakan adalah untuk menggugurkan Si Khalid Ibrahim tu sebagai Menteri Besar.
Perancangan tu sejak dari awal lagi dah didedahkan oleh PKR sendiri. Jadi, tak masuk akal lansung kalau Kak Wan kata dia tak tau pun yang Si Khalid tu bakal digugurkan kelak.
Jadi sekarang, Kak Wan tu sendiri perlu buat pengakuan secara terang - terangan. Adakah dia tau atau pun tidak mengenai agenda untuk menggugurkan Si Khalid ni. Tak usah la dia nak buat - buat hilang ingatan pulak!!! - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.