Untuk siapa Si Tian Chuak ni bertanding sebenarnya? Seperti yang kita sedia maklum, Si Tian Chuak ni sentiasa ada agenda tersendiri yang tersembunyi.
Jadi, adalah sesuatu yang cukup mencurigakan bagi semua orang bila tiba - tiba Si Tian Chuak ni mendaftarkan diri sebagai calon untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden.
Sebelum ini, kita telah dimaklumkan bahawa Si Khalid Ibrahim dan Si Azmin Ali tu bakal bertembung dalam pemilihan jawatan tersebut. Ianya satu pertembungan epik.
Memandangkan pergelutan kuasa dan konflik kepimpinan PKR Selangor berpunca dari mereka berdua, maka sudah tentu PKR akan berpecah kepada fraksi tertentu.
Sudah pasti PKR akan terbelah dua akibat pertembungan yang berlaku diantara dua orang pemimpin tinggi dalam parti tersebut. Sekarang masuk pulak Si Tian Chuak.
Nampak sangat la yang dia ada kemungkinan ingin menangguk di air yang keruh dan cuba nak mengambil kesempatan dalam keadaan ini. Bila gajah sama gajah bertembung, kancil ambik kesempatan.
Seperti yang kita semua sedia maklum, kedudukan sebagai Timbalan Presiden bakal menyaksikan seseorang pemimpin tu mampu mendapat kuasa mutlak tak lama lagi.
Memandangkan Si Ketua Penipu tu dikatakan bakal menerajui parti tersebut dengan merampas gelaran Presiden, maka itu bakal memberi peluang kepada Timbalan untuk berkuasa.
Ye la, mana tidaknya. Walaupun Si Ketua Penipu tu berjaya merampas kedudukan sebagai Presiden, dia tetap jugak akan disumbat ke dalam penjara tak lama lagi.
Jadi, bila Si Ketua Penipu tu dah dihumban ke dalam penjara kelak, siapa lagi yang akan pegang kuasa dalam parti kalau bukan Timbalan Presiden.
Tu pasal la masing - masing Gila nak bertanding jawatan tu sebab semuanya Gila Kuasa belaka!!! Bukannya diorang nak memperjuangkan dasar parti. Jauh sekali kalau diorang nak menjaga kepentingan rakyat!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.