Jika tidak salah ingatan saya,Perdana Menteri Malaysia Dr.Mahathir mendapat perkhabaran tentang peristiwa berdarah Memali pada November 1985 ketika beliau hendak berangkat untuk lawatan rasmi ke Republic Rakyat China.
Ketika itu saya bersama pemberita akhbar lain serta anggota anggota rombongan yang mengiringi beliau masih berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang untuk menunggu masa berlepas.
Mahathir kelihatan tiba tiba sugul dan kami tidak tahu sebabnya dan hanya mengetahui dari pegawainya. Maka itu Dr.Mahathir tidak berada di tanah air beberapa hari selepas berlakunya peristiwa berdarah itu.
Maka itu saya meragukan laporan berita portal yang mengatakan Musa mendakwa Mahathir berada dalam negeri beberapa hari selepas kejadian itu yang menyebabkan beliau menerima semua tuduhan mengenai pertempuran antara anggota dan pengikut Ibrahim Libya yang memakan korban nyawa.
Jika ingatan saya benar maka ternyata Musa cuba untuk membasoh tangan dan tidak mahu bertanggungjawab tetapi jika saya salah saya memohon maaf lebih dahulu. - Zamkata
PS: Dari telahan SH, Si Musa Hitam ni bertindak buat dakwaan sebelum sebab dia mula rasa terdesak kerana diserang oleh Tun Mahathir.
Ada desas desus mengatakan yang anak Tun Mahathir bakal mengambil alih saham Proton dan secara tak lansung boleh menyingkirkan dia.
Hakikatnya, tindakan Si Musa Hitam ni didorang oleh perasaan dan emosi. Bukannya berlandaskan kepada Kebenaran. Jadi, mungkin sebab tu dia buat dakwaan yang bukan - bukan!!!
hmm... aku sgt hormat pada tun M and tun siti hasmah sekeluarga kecuali marina. hakikatnya keluarga tun sudah sgt kaya... diminta tun pertimbangkan hasrat anaknya utk ambil alih saham proton itu dan cadangkan millionaire/billionaire melayu/bumi/islam yg pro UMNO/BN?GOV yg lain utk takeover saham2 itu kerana dijangka ia mungkin tidak menguntungkan dari segi politik kepada UMNO.
BalasPadam