Alahai!!! Kesian betul tengok nasib malang yang menimpa YAB Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO. Dia bercakap, tak de orang nak dengar.
Acap kali YAB Presiden UMNO menekankan penggunaan serta penguasaan media baru dikalangan ahli UMNO. Terutama bagi pemimpin UMNO tu sendiri.
Tapi malangnya, masih ada dikalangan pemimpin UMNO yang menolak pengunaan aplikasi tersebut dengan alasan yang tak masuk akal belaka.
Ada yang kata, penggunaan aplikasi media sosial ni tak penting. Nak pulak Facebook, twitter, blog dan sebagainya. Semua tu mengabihkan masa je katanya.
Apa saja info atau bahan yang tersebar dalam Facebook dan aplikasi media sosial yang lain tu tak perlu nak dijawab sebab kebanyakkannya hanya spekulasi semata - mata.
KONONnya, bagi pemimpin UMNO tersebut, apa saja isu yang ditimbulkan oleh pembangkang dalam laman media sosial ni fitnah belaka.
Tapi, pemimpin UMNO tu terlupa. Dek kerana persepsi yang dimainkan dalam media sosial tu la membuatkan anak - anak muda mudah terpengaruh.
Malah sifat membenci dikalangan anak - anak muda terhadap UMNO juga tercetus apabila isu sedemikian dimainkan dalam media sosial dan menjadi viral.
Tambah memalukan ialah apabila isu yang disebarkan tu tidak dijawab sendiri oleh pemimpin - pemimpin yang berkenaan diperingkat akar umbi.
Mereka - mereka yang berkenaan hanya sekadar memberi alasan yang tak masuk akal bila menolak kepentingan media sosial ni. Katanya, semua tu tak perlu.
Malah, untuk mencadangkan agar Biro Media Sosial ditubuhkan dalam Bahagian juga ditolak mentah - mentah dengan alasan ianya tidak penting dalam Politik hari ini.
Masalahnya, kalau amalan konvensional yang biasa digunakan oleh UMNO boleh memberi kesan dalam memberikan penerangan mengenai satu - satu isu tu, tak pe la jugak.
Ini tidak. Jentera Penerangan UMNO di Bahagian tu sendiri pun GAGAL berfungsi dan memainkan peranan dalam memperjelaskan isu yang dibangkitkan diperingkat akar umbi.
Masing - masing selesa menggoyang kaki dan memanaskan kerusi sewaktu Mesyuarat Agung diadakan. Kadang - kadang, dalam dewan Perhimpunan Agung pun jarang nampak.
Itulah hakikatnya dengan pemimpin UMNO yang ada pada hari ini. Bila kita kata diorang ni RETORIK, bercakap tak serupa bikin dan banyak bagi alasan, tau pulak diorang marah. Tapi, memang itulah HAKIKATnya!!! Setakat pandai bercakap je, baik tak payah!!!
wahahahaha mesti idea kena tolak dengan orang tua dalam umno
BalasPadamOrg melayu ni suka membuang masa di twitter face book, mbuang masa kalau buat utk menjaga agama dari dicemari atU menyatukan anak bangs mendidik mereka cintakan negara agama dan bangda ada manfaatnya, ini tidak
BalasPadam