Sabtu, Mac 14, 2015

Adakah ini balasan yang setimpal dikenakan terhadap Pengkhianatan yang telah dipamerkan oleh Si Azmin tu terhadap rakyat berhubung isu perjanjian bekalan air sebelum ini?

Adakah ini yang sewajarnya dilakukan terhadap Si Azmin tu diatas sikap egois serta perangai sombong dan bongkak yang sebelum ini cuba ditonjolkan secara terang - terangan?

Bagi sesetengah pihak, ianya boleh dianggap satu balasan yang mencukupi bagi seorang pemimpin yang jelas tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang telah dirampasnya.

Mana tidaknya. Tindakan Si Azmin tu dilihat jelas tidak mempedulikan kebajikan rakyat dan hanya sekadar mementingkan agenda Politik Peribadinya semata - mata berhubung isu tersebut.

Maka tidak salah sekiranya kemaluan dia kini didedahkan kepada umum bagi memperlihatkan watak sebenar dan perangai hodoh yang cuba ditonjolkan oleh Si Azmin tu selama ini.

Terdahulu, Bekas Menteri Besar Selangor, Si Khalid Ibrahim tampil memberikan sebab dan mendedahkan tembelang Si Azmin tu agar ianya diketahui oleh seluruh rakyat Negeri Selangor sendiri.

Antara lain, Si Khalid Ibrahim tu mempersoalkan tindakan Azmin yang menganugerahkan lesen operasi air bersih kepada Syarikat Konsesi Air SPLASH tanpa sebarang butiran dimaklumkan.
"Saya juga hairan apabila dimaklumkan bahawa kerajaan negeri hari ini telah mengeluarkan lesen operasi air bersih kepada syarikat konsesi Splash. Perkara ini nampaknya bercanggah dengan usaha dan semangat rakyat Selangor untuk menjadi pemilik mutlak industri air di Selangor apabila penstrukturan air dimuktamadkan," katanya dalam satu kenyataan.
Dari sumber yang didedahkan sebelum ini, syarikat konsesi tersebut mempunyai seorang anggota yang mempunyai kepentingan dan turut menjadi Lembaga Pengarah Institut Rakyat, 'think tank' kepada ekonomi PKR.

Maka persoalannya, adakah 'penganugerahan' lesen operasi itu kepada syarikat berkenaan dibuat atas dasar untuk menjaga kebajikan rakyat atau menjaga kepentingan kroni PKR semata - mata?

Jelas, persoalan itu yang perlu dijelaskan oleh Si Azmin tu kepada rakyat secara jujur. Jangan pulak dia nak gunakan alasan yang bukan - bukan dan cuba menunding jari kepada orang lain tak tentu arah demi untuk menutup kemaluan diri dia sendiri pulak!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping