Pelantikan Datuk Dr Haron Din sebagai Mursyidul Am Pas baharu bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disifatkan sebagai yang terbaik.
Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Ulama Pas Pusat, Dr Abu Bakar Abdullah berkata, pihaknya menyokong penuh pelantikan sebulat suara Majlis Syura Ulama Pas itu dengan menganggap ia sesuai dengan kemampuan dan kebolehan beliau.
Beliau turut mengharapkan pelantikan tersebut mampu mengukuhkan kekuatan parti dalam menghadapi cabaran politik masa kini.
“Harapan kita supaya beliau dapat kuatkan lagi parti dan mantapkan perpaduan dalam kalangan ahli dan kepimpinan semua peringkat serta memajukan ahli, bukan sahaja nasional tetapi antarabangsa,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Selain melantik Haron sebagai Mursyidul Am Pas, Majlis Syura Ulama juga turut melantik pemangku Ketua Dewan Ulama Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob sebagai timbalannya.
Mengulas perkembangan sama, Abu Bakar yang juga Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu tidak menolak sikap sesetengah pihak yang membandingkan Haron dengan Nik Aziz.
PS: Nampak gayanya, meroyan lagi puak - puak Pencacai Tegar DAPigs dalam PAS bila baca kenyataan yang dikeluarkan diatas.
Jika tidak sebelum ini, diorang memang cukup 'Jijik' bila dengar kenyataan yang dikeluarkan oleh Haron Din. Nak pulak jika ianya berkaitan dengan 'Perpaduan Ummah'. Lagi la diorang meroyan!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.