Ahad, September 06, 2015

Maaf. Artikel ini bukan nak menghukum. Tetapi sekadar memberikan pencerahan kepada tindakan dan perlakuan yang telah ditonjolkan oleh puak - puak Geng Haprak Baru tu sendiri.

Hakikatnya, apa yang mereka lakukan hanya menyerlahkan lagi tiga ciri - ciri utama bagi golongan MUNAFIK iaitu, Berdusta, Khianat dan juga Mengengkari Janji yang telah dibuat.

Sesungguhnya, perkara tersebut telah dinyatakan jelas didalam hadis serta bersandarkan kepada nas Al-Qur'an yang turut menerangkan perkara yang sama mengenai ke-MUNAFIK-an seseorang Muslim.

Dari Hadis yang berkaitan dengan sifat MUNAFIK ini telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a dan juga Anas berkata, Rasulullah S.A.W telah bersabda, antara lain bermaksud:
"Tanda orang munafik ada tiga; Apabila berbicara ia dusta, apabila berjanji ia menyalahi janji dan apabila dipercayai ia berkhianat." - Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi dan Nasa'i.
Selain itu, Al-Qur'an juga turut menjelaskan mengenai sifat - sifat orang MUNAFIK ini yang tidak diterima oleh Allah S.W.T, sama ada mereka dari kalangan lelaki mahupun perempuan.
Maka persoalannya, bagaimana mungkin mereka yang menyertai Geng Haprak Baru tu nak mendabik dada mengatakan bahawa mereka membawa 'Amanah' rakyat sedangkan mereka tergolong dalam golongan MUNAFIK?

Adakah layak mereka yang melakukan perbuatan sedemikian dilabelkan sebagai golongan MUNAFIK yang terang berdasarkan kepada keterangan Al-Qu'an dan Hadis serta digantikan mereka sebagai Ahli Neraka? Selebihnya, korang fikir la sendiri!!!
JOHOR BAHRU – Seramai 443 orang termasuk anggota PAS menyertai Parti Amanah Negara (PAN) hari ini.

Timbalan Pengerusi PAN Johor, Dzulkefly Ahmad berkata mereka terdiri daripada 62 orang dari kawasan Parlimen Pasir Gudang, Gelang Patah (131), Johor Baharu (100), Pulai (100) dan Tebrau (50).

“Keputusan mereka menyertai PAN adalah untuk meneruskan harapan besar rakyat yang disandarkan kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum ke-13 lalu,” katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan borang keanggotaan PAN di sini.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. senang kata 'takleh pakai' ho ho ho!
    eh mlm senin aaa ada orang nak pakai aq ..he he,selamat mlm.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping