Isnin, September 07, 2015

Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din hari ini menolak pendapat bahawa baiah dibuat oleh wakil rakyat PAS boleh ditebus dengan membayar kafarah seperti disebut oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad semalam.

Malah, Haron juga berkata, sumpah Bai'ah yang dibuat oleh ke semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS itu sebenarnya berbaiah dengan Allah SWT.

Sehubungan dengan itu, Mursyidul Am PAS itu juga turut menegaskan, tidak timbul soal membayar kafarah seperti yang didakwa oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad sebelum ini.
"Yang pertama hendaklah terlebih dahulu memahami perkara-perkara yang boleh dibayar dengan kafarah dengan perkara-perakara yang yang tidak boleh dibayar kafarah.
"Yang boleh dibayar dengan kafarah itu ialah sumpah, melanggar sumpah dan perlu bayar kafarah. Yang mereka hadapi sekarang ini ialah apa yang mereka lakukan ialah baiah.
"Baiah tidak boleh bayar kafarah sebab jelas daripada ayat Allah SWT yang bermaksud sesungguhnya orang-orang yang berbaiah dengan kamu wahai Muhammad, mereka sebenarnya berbaiah dengan Allah," katanya kepada Antarapos.
Beliau mengulas mengenai kenyataan Khalid Samad yang menyatakan wakil rakyat PAS yang menyertai Amanah akan membayar kafarah yang sesuai sebagai 'denda' kerana melanggar baiah parti itu.
"Dari segi melanggar baiah ini ada kaedahnya, di mana ada kafarah yang perlu dibayar dan perkara ini akan saya lakukan dan akan diadakan sidang media mengenainya esok.
"Kafarah ini macam denda. Memang dalam syariat Islam ini ada …. yang membenarkan kita (yang) terpaksa melanggar sesuatu janji atas sebab-sebab tertentu, maka kita boleh membayar kafarah untuk menebus dosa atau pun kesalahan melanggar baiah ini," katanya.
Susulan kenyataan Khalid itu, Haron sekali lagi mengingatkan agar kesemua wakil rakyat PAS untuk merujuk kepada pihak yang mempunyai autoriti dan pihak berkuasa berhubung isu baiah yang mereka lafazkan. - seterusnya...
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping