Kalau Si Wan Azizah ni nak ganti tempat Si Tony Puaka tu, alamat panjang cerita la jadinya. Sedangkan nak tanya soalan dalam sidang DUN pun terketar - ketar bahasa, inikan pulak nak diajak berdebat!!!
Sejak kebelakangan ni ramai ahli parlimen mempertikaikan tindakan Tony Pua yang kononnya nak tunjuk hebat mencabar untuk berdebat dengan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB dalam isu skandal syarikat tersebut.
Walaupun Tony dilihatgah di mata orang lain, namun Tony sebenarnya takde telur sebab dia langsung tidak berani untuk melepaskan jawatannya sebagai anggota PAC seperti yang dituntut jika dia mahu teruskan perdebatan.
Jadi kalau Tony takde telur dan tak layak untuk berdebat dengan Arul, siapa agaknya yang lebih layak untuk menggantikan tempat Tony??
Pengerusi MARA Tan Sri Anuar Musa mencadangkan dan merasakan bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah insan yang lebih layak untuk berdebat dengan Arul. Haha! Ini kelakar, Gomez tak rasa yang Wan Azizah layak sebab dia kan kurang sikit dari segi pendengaran. Kihkih!
Anuar menyifatkan Tony seorang yang penakut kerana jika dia mempunyai bukti yang kukuh dan mahu menegakkan keadilan mengenai salah laku dalam 1MDB, jadi mengapa dia teragak-agak untuk meletak jawatan.
“1MDB adalah satu syarikat yang sedang disiasat oleh SPRM, PDRM dan PAC. Tidak ada satu cara pun yang memungkinkan 1MDB untuk sorok apapun. Syarikat ini telah ‘ditelanjangkan’ sepenuhnya malah 1MDB juga telah bersedia bersikap terbuka.
“Malah Perdana Menteri juga telah menegaskan sekiranya sebarang salah laku dapat dikesan semasa siasatan maka tindakan undang-undang akan diambil tidak kira siapapun,” katanya
Sebab itulah Anuar menegaskan bahawa yang sebetulnya Wan Azizah patut berdebat kerana bagi membuktikan bahawa dirinya bukan boneka pembangkang semata-mata dan membongkarkan penyelewengan yang berlaku dalam syarikat tersebut seperti didakwa. - lapor UtaraNews

0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.