Hah! Bukan la satu kenyataan yang memeranjatkan apabila Si Wan Azizah ni mendakwa bahawa puak Pakatan Haprak tu menolak tawaran SPRM untuk buat saringan ke atas calon - calon mereka.
Secara tidak lansung, tindakan itu membuktikan bahawa mereka tidak mempunyai sifat keterbukaan terhadap perjuangan untuk menentang gejala rasuah dikalangan mereka sendiri.
Pakatan Harapan (PH) tidak memerlukan bantuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyaring calon-calonnya dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
"SPRM siapa? Kenapa mereka yang kena saring? Kita yang akan buat saringan," katanya di sidang media PH di ibu pejabat PKR, tengah hari tadi.
Dalam pada itu, Wan Azizah juga mempertikai ketelusan SPRM yang dilihat sering berat sebelah apabila melakukan pendakwaan terhadap pembangkang berbanding pihak Kerajaan.
"Kita ada saringan dalam tersendiri. Jika mereka mahu saringan sudah pasti kita pun lakukan. Tetapi kita tahu SPRM, dari pengalaman lepas-lepas, kita buat aduan namun tindakan kepada pembangkang cepat. Tetapi disebelah sana, ada pendakwaan terpilih," dakwanya.
Namun malangnya, 'Saringan Dalaman' yang dimaksudkan oleh Si Wan Azizah itu seolah - olah tidak membawa sebarang erti apabila ramai pemimpin Pakatan Haprak tu terlibat dengan kes rasuah.
Kalau sebelum ini, Setiausaha Agung DAPigs tu didakwa dimahkamah atas dua tuduhan menyelewengkan kuasa dengan pembelian rumah mewah "Terlajak Murah" di Pulau Pinang.
Tidak ketinggalan juga kes rasuah yang melibatkan 'Anak Ikan' Ahli Parlimen PKR Ampang, Si Zuraidah Mak Lampir tu kerana didakwa memiliki harta kekayaan peribadi yang sangat luar biasa.
Kemudian timbul pulak kes rasuah dan penyelewengan kuasa yang melibatkan pemimpin dibawah pentadbiran Rejim Pakatan Selangor pimpinan Si Azmin Ali tu melalui MBI.
Dan yang terbaru, kes rasuah yang melibatkan seorang pegawai khas kepada Ahli Parlimen PKR Subang yang ditahan oleh pihak SPRM baru - baru ini. Kemungkinan itu yang membuatkan Si Wan Azizah ni takut dengan bayang - bayang sendiri!!!
Maaf kan dia. Kerana dia dalam politik kurang cerdik sikit.
BalasPadam