Khamis, September 28, 2017

Penyelaras SAMM, Si Chagubard sekali lagi tampil membuat laporan kepada SPRM bagi mendesak satu siasatan berhubung penjualan tanah di Ijok yang bernilai kira-kira RM1.18 bilion.

Si Chagubard tu mendakwa, ia ekoran wujud beberapa elemen 'mencurigakan' memandangkan tanah berkenaan sebelum ini terlibat dengan proses perundangan dibawah pimpinan Khalid Ibrahim merampasnya daripada dua buah syarikat iaitu Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd kerana kegagalan membangunkan tanah tersebut.   

Malah dia juga turut mendakwa tanah berkenaan telah dipulangkan kembali kepada dua syarikat tersebut apabila Si Azmin Ali tu berjaya merampas jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.
"Syarikat yang memiliki tanah ketika itu telah membawa kes ini kepada dua peringkat mahkamah iaitu Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan. Kedua-dua mahkamah membuat keputusan mempertahankan tindakan kerajaan negeri menarik tanah tersebut. 
"Tetapi syarikat terus membawa (kes) tanah itu ke Mahkamah Persekutuan. Ketika di Mahkamah Persekutuan, menteri besar bertukar tangan iaitu daripada Tan Sri Khalid kepada Datuk Seri Azmin Ali.
"Tiba-tiba (kes) tanah tersebut diselesaikan secara luar mahkamah di mana tanah tersebut diberi hak kepada syarikat berkenaan semula, dan dijual dengan harga yang jauh lebih tinggi kepada sebuah syarikat lain untuk dimajukan. Ini nampak sangat-sangat tidak kena," katanya kepada pemberita di hadapan pejabat SPRM di sini sebentar tadi.   
Chegubard turut membawa dokumen yang menyatakan butiran secara jelas sebagai menyokong dakwaannya itu. Bagaimanapun dia enggan mengulas lanjut soal dari mana dia mendapat sumber dokumen tersebut.

Dalam pada itu, Si Chagubard itu turut mempersoalkan bagaimana Azmin boleh memulangkan semula tanah kepada dua syarikat tersebut sedangkan kerajaan negeri tidak mempunyai kewajipan undang - undang (legal obligation) terhadap syarikat terbabit.
"Dia (Khairuddin) orang politik, orang Dr Mahathir di mana kita tahu hubungan Dr Mahathir dengan Azmin. Dokumen yang sangat lengkap daripada geran tanah, keputusan mahkamah, surat menyurat dengan tanda tangan dia sendiri, saya rasa SPRM tidak ada alasan untuk tidak membuat siasatan dan pendakwaan dalam kes ini," ujarnya.
Sebelum ini NGO, Inspirasi Melayu Gombak (IMPAK) turut tampil membuat laporan kepada SPRM menggesa agar kes itu disiasat ekoran urus niaga berkaitan tanah berkenaan menimbulkan pelbagai keraguan khususnya kaedah yang digunakan Azmin sewaktu menyelesaikan isu tersebut.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping